Tuesday, April 28, 2009

Hospital visit lagi?

Adik
Lama sungguh tak tulis blog kan. Minggu lepas sangat sibuk dengan bengkel, appoinment klinik khadijah, reports kena submit dan bagai-bagai lagi. Dan minggu ni bermula dengan appoinment khadijah di klinik paed hosp serdang pula semalam. Apapun kami semua sihat ni. Berat khadijah 6.3kg semalam. For a baby age 1 yr old, memang kecik lah kan. Tapi nak buat macamne. Semalam khadijah kena amik darah, wah melalak lah dia tersedu-sedu, terus ummi bagi susu sampai tertidur dia. Dr Eliza suggestkan khadijah jumpa dietatician, sekali time tu around pukul 11.30 pgi then nurse cakap dietaticion dah balik bilik dia, jadi suh datang lagi rabu ni (esok). Apakah? Adakah mereka ingat ummi ni keje company sendiri kah boleh sesuka hati datang lepak kat klinik tu dari pukul 8 pagi sampai pukul 12 tengahari? Huh sakit kepala dek stress bila balik dari hospital semalam.

Kalau nak ikutkan sepanjang 3 minggu ni, tiap2 minggu kami ada visit ke hospital/ klinik. 3 minggu lepas (13/4), bawa khadijah pergi klinik paed sebab dia batuk selsema tak berhenti dah dua minggu waktu tu, sekali nurse tu suh pergi emergency dept (ED). Ok lah kami pergi dapat antibiotik. Alhamdulillah adik sembuh lepas makan antibitik tu. last week, 21/4 appoinment kat klinik kesihatan amik injection setahun. Penat dan hilang fokus pada kerja sebenarnya bila seringkali kita kena hadapi keadaan sebegini. Memanglah tak boleh nak elakkan tapi serius ummi betul-betul stress bak kesihatan anak-anak ini. Lagi satu, penerimaan rakan-rakan sekerja. Payah nak explain tu, mereka tak tahu dan rasa apa kita alami. Namun, syukurlah rakan-rakan ramai memahami dan majikan juga tahu keadaan anak pramatang kami ini.

Semalam kakak ummi telefon, dia terkejut bila ummi cakap ummi baru balik dari hospital. Nak tahu reaction dia apa? Dia cakap "Eh pergi hospital lagi? Macamane nak jadi PTD ni? Boleh ke keluar macam ni juga lagi? Boss tak kisah ke?". Huh saya dah lama juga fikirkan hal ini. Tapi tak tahu lah komen. Sebab tu saya pernah cakap, alangkah bagusnya jika saya dapat settle down kat universiti ni je. Sekurang-kurangnya ia agak flexible dan bertimbang rasa, beban tugas juga tidak terlalu berat dan masih adjustable dari semasa ke semasa. I left the question dengan question mark juga.

Kakak
Oh ya saya dah mula start potty train kan aisyah. Ye lah she's dah 2 yrs 4months old. Kalau ikutkan macam kecil lagi, tp sebab dia kan quite tall dan badan pun boleh tahan tapi takdelah obes just normal weight according dgn height dia which is 90 cm(ya ke hampir lupa pula, nnt check semula) 13.3kg (ni last few weeks recorded masa timbang kat carefour siap ada check BMI sekali) apapun bmi dia dalam range normal. Pergh berat weh nak angkat budak 14 kg tu, hari tu masa pergi smartkids edufair bawak dia, mahu patah pinggan dukung dia sebab dia dah penat tak larat nak jalan. Dua hari ummi sakit pinggan dan kaki..huhu..
Eh berbalik cerita pottry train tadi, ya saya mulakan pada sabtu lepas. Dari tengahari sampai ke malam. No accident tapi tak nak pee, every 15 mins tanya pun cakap tak nak, siap bawak pergi toilet pun tak pee juga. At the end, pakaikan pampers nak tidur, baru lah pee dalam pampers. Buleh gitu? Ahadnya, juga strat tengahari sebab sebelah pagi kami keluar. Ok juga no accident, better sebab boleh pee kat toilet tu pun selepas ulang alik 3/4 kali pergi toilet suh pee tapi tak jadi. Dan malamnya, dia ter poo dalam seluar. Haha ni memang kelakar, dia tengah ralit tengok abah dia repair walker adiknya, imagine dia dalam posisi mencangkung k. Sekali agaknya abah dia dengar dia meneran dengan bau busuk kot, abah dia terus jerit, eh aisyah berak ni. Dan ummi sepantas kilat angkat dia masuk toilet. Mujur poo keras pastu tak pee sebab sebelum tu dah pee kat toilet. Haha kalau tidak, haru juga ummi mop lantai malam-malam tu. Lepas tu dah nak sleep, jadi pakaikan lah dia pampers semula.

Semalam pula, selepas mandi malam tu tak pakaikan dia pampers, dia setuju. Pastu abah dia nak pergi masjid solat isyak, dia nak ikut. Ummi masa tu dalam hati tergerak nak ajak dia pergi toilet tp takpelah cakap biar abah dia pergi dulu. Sekali dia dari depan berlari-lari cakap 'ummi, aisyah kencing..' Huhu riuh lah ummi mop lantai dari depan ke tengah. Huh namun ummi tetap tak pakaikan dia pampers lepas tu tapi pesan bagai lah ni kat aisyah jangan kencing dalam seluar. kalau nak pee, bagitahu ummi tak pun terus pergi toilet je. Tahan pee dulu. Dia angguk cakap ok je. Siap demo jerit lagi kalau nak kencing cakap apa?Dia pun jerit lah 'ummi, abah, aisyah nak kencing'... Then selepas sejam lebih kurang, dia bagitahu sendiri ummi, aisyah nak kencing. Kelam kabut bawa dia pergi toilet, ingatkan dia saja nak main air, rupanya betul dia pee. Jadi kami pakat puji lah dia. Senyum simpul lah apa lagi budak itu kan.. Lepas tu terus pakaikan pampers sebab ummi dia nak naik bawa adik tidur. Kisah pagi tadi pula, dia bangun then cakap nak kencing. Ummi suh abah dia bukakan pampers biar dia kencing kat toilet sekali harung mandi lah kan. Itulah pencapaiannya setakat ini, untuk siang hari kat umah pengasuh, belum confident nak biar dia diaperless, kesian kat pengaush dia nak lap karpet semua dah lah umah dia semua karpet. Tunggu lah beberapa minggu lagi kalau aisyah dah betul-betul boleh control, dah boleh poo kat toilet (setakat ni belum poo kat toilet lagi) baru lah boleh biar dia diaperless. Apapun, it was a good start setelah sekian lama ummi pendamkan hajat nak train dia ni. I give myself and her 2 months time untuk laksana kan misi ini.. :)


Pesta Buku Antarabangsa KL 2009
Jummat lepas saya cuti sebab nak seettlekan beberapa urusan bank dan juga nak bersenang hati pergi ke Pesta buku. saya dah aim nak cari buku apa dan untuk siapa dengan budget sekian sekian. Mujur lah saya berjaya kawal diri dengan tidak menghabiskan budget tersebut dan saya rasa sangat berbaloi sebab dapat beli buku dengan harga rendah. Siap boleh duk belek buku lama-lama lagi kat sesebuah booth tu. Antaranya saya beli buku Aku Terima Nikahnya oleh Ust Hasrizal saifulislam.com tu. Dan siap dapat signature dia sebab kebetulan dia ada di booth itu. Segan pun ada nak minta tapi dah org galeri ilmu tu beria sua kan buku tu pada dia, maka ku terasa diri ini kecik lah kan. Heheh orang lain dah berzaman baca buku tu kan, saya baru membelinya. Walaupun kebanyaknan isinya dah baca di internet tapi tiada salah membacanya berulangkali, moga lebih terserap di hati. Saya juga beli buku Tunggu teduh Dulu karya faisal Tehrani. Dah lama tak membeli buku karyanya, belum sempat ku baca buku itu plastik pun belum buka.. :). saya hanya beli sebuah buku untuk aiysah. Dah lah tu sebab dia dah banyak sangat buku. Ummi dia ni kan gila beli buku kat dia, dia baca pun kekadang tidak. Saya beli buku rujukan dan latihan untuk anak2 pengasuh saya. Saja je sebab saya tahu mereka takkan berpeluang pergi dan itu yang saya mampu bagi. Moga ada manfaatnya buat mereka. Juga sebuah buku untuk dihadiahkan pd majikan saya. Dia pernah tanya saya apa books dia patut baca untuk certain purpose (rahsia lah kan) jadi saya belikan satu buku ini untuk dia. Belum bagi lagi. Saya belikan poster untuk aisyah, beli 5 rm20, jadi saya agihkan pada anak pengasuh sekeping, dua untuk aisyah dan 2 untuk anas dan muaz (sepupu aisyah). Selebihnya, saya beli buku novel english rm3, 2 buku motivation/ parenting dengan harga rm5 each, ni kena gali dan belek satu-satu kat tray tu yea, dan sebuah buku sodoku rm 7.50. Apa kes nya ummi nak buat sodoku ni kan? heheh saja je nak test mind power. Ada lagi beberapa item saya beli. Keseluruhannya, amat berbaloi dan puas hati. Saya beli untuk diri sendiri, juga untuk mereka yang sangat besar pengaruhnya dalam persekitaran saya. Jumaat lepas takde lah sesak mana.

Due
Saya tengah on call ni. Heheh on call anytime kalau kakak saya nak bersalin, maka kami haruslah meredah jalan ke hosp sungai buloh itu. Dan kami belum dapat idea macamne nak buat kalau tetiba dia sakit tengah malam, adakah harus kami angkut anak-anak ini ke sana? Tunggu dan biarlah keadaan menentukan, kalau malam harus lah bawa mereka sama tak pun tunggu siang baru pergi. Anak-anak boleh hantar ke rumah pengasuh mereka. Oh anak saudara baru ku, tunggu lah jumaat ni baru keluar boleh tak? Cik Su keje lah ni... heheh..

12 comments:

knv said...

anak2 dulu. ptd always second, kan?

:)

all the best sis!

hope everything's fine with your kids!

mirah said...

thanx k ana..
macam tu lah nampaknya tapi sukar juga buat keputusan ni..
moga Allah lorongkan yg terbaik buat saya.
thanx again... :)

Sue.Aleen said...

dapat anak prem plus ada complication lagi meleret senarai jumpak specialistnya... syafiah ni tiap 2 minggu sekali. kalo ada 2-3 pakar sekaligus kena setkan appointmentnya sehari terus.. tu belum cerita bab menunggu.. berjanggut dibuatnya!

Sue.Aleen said...

syafiah pun macam shrinking sket.. lost about 200gm recently.. adehhh...

mirah said...

K sue, ya lah kan.. Appoinment nya hampir tiap bulan, saban minggu pun ada. Saya ingatkan bila dah besar sket, dia should be better tapi rupanya masih jauh 'besar sket' yg saya harapkan itu. Kena continue supplement, 4 jnis tau. Saya mmg kekadang down juga ni.. huhu

rafiza said...

kak mirah,
dapat ke PTD?
keputusan dah keluarkan?
dapat di mana?

rafiza

Unknown said...

salam mirah,
apakah itu PTD?
dalam segala hal, memang perlu dahulukan anak-anak.. kakyong doakan semoga mirah tabah. Setiap kita Allah beri ujian berbeza, namun ujian itu lah yang buatkan hidup kita lebih bermakna.. kan..!

mirah said...

rafiza, belum sure lagi

kak yong,ptd tu pegawai tadbir diplomatik.
Btw thanx yea..

lia said...

lia ingt kan sesaper kena warded... mirah, syukur yang atleast kena visit hospital jer, tp anak2 sihat dari saper2 kena warded k... mntk d jauhkan...

ceria2 slalu k ;p

me_czar said...

Macamana adik? Camtula cabarannya anak prem kan. Tapi, insyaAllah dah besar tak ada masalah sangat. Adik ipar saya pun prem, lahir masa 26 wks. Now dh 9 tahun. Ok, sihat.

Seronoknya kakak dah potty trained. Saya pun looking fwd nak start potty train Nuryn. Ingatnya dia genap 2 tahun nanti nak cuba latih.

Dah baca TTD? Sebab buku tu lah saya jatuh chenta pada penulisan FT. Now tengah baca Tuhan Manusia. Agak berat buku tu berbanding TTD.

Dayah @ Real Ummu said...

Mirah
be tough and continue to be the best ummi to ur kids..insyAllah

kita sama2 doa utk anak2 kita and anak2 sahabat2kita agar semaunya dilindungi..ujian yg kecik tu tanda Allah ingat kita kan..

thanks for all the experienec yg MIrah jote here.leh jadikan panduan utk saya

mirah said...

me_czar,
khadijah ok cuma dia underweight lah as expected. memang byk cabarannya, sbg parents mmg kena tabah dan byk berkorban lah kan.
Mirah strat baca buku FT beberapa tahun lepas,yg latest ssempat beli yg TTD ni lah. Teruja nak baca tp masih belum berkesempatan. Baru membelek perlahan2 Aku terima nikahnya. Buku screamfree pun dah tak berganjak ni. Oh moga ku ada masa nanti..

Dayah,
thanx. InsyaAllah coretan ini juga untuk memotivasikan diri saya dan kalian yang membacanya. Ianya hanya sebuah perkongsian biasa.