Friday, April 10, 2009

Aisyah part II

Aisyah (0-6 months)

She completed our lives.
Being the first granddaughter in my family, jadi ramai yang geram kan dia. Ya memang berat lahir dia kecil, tapi dalam masa 3 bulan, berat dia dah 5 kg tau. Tengok gambar2 ni k dulu..

Usia dalam 6 hari kot, baru sampai umah nenek& tokki kat Besut. Nampak small kan. Sarung tangan kaki dia selalu tertanggal je tau..

Ini pun gambar masih dalam pantang, kalau perasan, mata aisyah pun kuning lagi kena jaundice. Hari-hari neneknya mandikan dengan akar kayu beli dari kedai sensei cina tu.

Ha ini gambar dah besar juga dalam 2 bulan lebih kurang. Dah makin berisi kan.

Bergambar bersama dengan abahnya. Betul tak dia sangat chubby? Lihat lah lengan yang berketak-ketak tu.

Masa aisyah 4 bulan. Tengah gigih meniarap tu.

Tengok lah gambar ni, fuh semangat tau nak dukung dia. Suka tengok dia tidur. Sebelah buai tu ada meja kecil dan notebook untuk ummi melayari internet. Heheh...

Ok kita sambung cerita k. Aisyah kena kuning lama juga hampir 3 minggu. Tapi tak bawa pergi klinik sebab takut kena tahan tapi ramai yang cakap tahap kekuningan nya tu tak teruk, jadi banyakkan minum susu dengan mandi air ubat tu je lah. Mujur takde apa-apa kan, ummi memang zero knowledge psl jaundice time tu. Oh yes, ummi dapat breastfeed kan aisyah the first hour after delivery tuh. Bila nurse bawak datang baby cakap nah try bagi baby minum, then nurse suh ummi mengiring, dia letak baby sebelah, bila kena je nipple, aisyah terus grab dan hisap sampai nurse tu pun cakap, wah pandai budak kecik tu nenen. And that was the beginning of my breastfeeding journey. It wasn't bad at the first place kan.

Balik rumah, puting start melecet. Ha this time my mom suh beli susu fm, dia cakap kesian baby tak cukup. Being a new mother, mmg totally tak agree pun kena agree juga. Jadi beli lah satu tin kecik. Dan believe me, tak habis dan buang saja je susu tu walaupun mak cakap bagi lah sebotol kecik tu sekali siang dan malam. Kami balik kg masa aisyah berusia 5 hari, just 2 days before raya korban tahun tu. Masa sampai sana, breast dah bengkak tapi sakit bila baby minum sebab puting dua2 dah melecet teruk. With determination, ummi try pump guna manual pump yg kakak punya (entah apa brand nya) tapi to no avail, susu keluar pun bagai hidup segan mati tak mahu je tau. Jadi, ummi try pakai tangan pula. Mula2 dapat 0.5 oz je. Kolustrum warna kuning pekat tu. Since that bermula lah esok pumping ummi dari 0.5 oz hingga lah pernah dapat 12 oz per session. Pergh.. 12 0z per session tu berapa kali je dapat tau. Heheh yang kerap dan biasanya 8 0z lah masa ni (note:aisyah 0-6 months k). Semua orang tak sangka dengan determination ini. Yes, i'm a bit stubborn. Degil dan firm bertempat ok. Sebab ummi tak kerja, jadi maternity leaves berlangsung selama 6 bulan yea sehinggalah ummi dapat kerja sekarang nih. Kebetulan abah kena outstation di Kelantan, jadi abah duk rumah nenek je lah sampai habis kerja dia. Balik KL semula masa aisyah umur 5bulan lebih.


Bermula dari sini lah saya mengenali susuibu.com dan melihat kesungguhan forumer memberi susu ibu terbaik buat anak mereka, ummi juga tak mahu ketinggalan. Thanx to Sususibu.com sebab kalau ummi tak jumpa website itu, mungkin ummi takkan berjaya breasfeed anak-anak ummi seperti sekarang. Namun, ummi termakan juga kata-kata yang ummi kena bagi aisyah minum thru bottle takut nanti dia tak nak botol langsung. Inilah paling sedih sebab aisyah dah jadi nipple confuse dan ummi dah tak mampu nak berpatah balik. Stok susu banyak dulu, tapi sebab kurang ilmu juga lagi, keadaan peti ais rumah nenek yang kecil masa tu bercampur dengan lauk semua, banyak susu yang buang saja. Kalau perah hari ini untuk minum hari je. Kalau ada lebih, buang macm tu je. Huhu.. Juga sebab fikirkan macamne nak travel bawa balik KL kalau buat stok banyak pun. Jadi, ummi hanya buat stok bila kita dah balik KL saja. Hasilnya aisyah 5 bulan berat dia dah 6.4 kg kalau tak silap. Sangat tembam ya.


3 comments:

Unknown said...

Slm..tomeynyaa aishah..skang aishah hanya minum EBM sahaja kah?

Mommy Harith Hannah said...

Mirah,
Betulkah Aisyah cuma minum breastmilk sahaja sepanjang 0-6 bulan tue? Tak campur weight gain? ekekek... *joking*

Sgt tembam bambam!!!
Berketak sana sini... Tak tahan tgk gambar dlm buai tue... comel!

mirah said...

salam hayatie, aisyah minum ebm campur fm juga smpai umur 2 tahun. Pastu stop, bagi peluang ummi dia buat stok banyak utk adiknya pula..

Arnie, ya memang betul. Hoh semangat sungguh masa tu. Oh really miss her now..