Thursday, April 30, 2009

another boy in the family

Yesterday was a hectic day too. Di sebelah paginya saya bertungkus lumus menyiapkan persediaan untuk bengkel hujung minggu ini. Ya saya akan bekerja di hujung minggu ini (huhuhu..). Kakak saya called bagitahu dia sakit perut dah, nak pergi hospital. Wah saya terasa pula saya patut pergi hospital sebab kesian pula dekat abg ipar tak dapat nak temankan kakak saya sebab kena jaga 2 orang lagi anaknya itu. Tapi saya ada appoinment khadijah. Dalam kesibukan itu, saya telah terlupa untuk apply half day leave. Saya rasa rugi untuk cuti sebab saya dah datang buat kerja tanpa henti separuh hari (cehh berkira lak tu). Jadi, saya decide untuk pergi hospital bawa khadijah dulu, saya boleh dapat time slip di sana jadi saya tak perlu cuti (heheh saya menyelam sambil minum air nih..). Jadi, pukul 2 ptg saya bawa khadijah pergi hospital. Seperti biasa, sesi menunggu sampai lah pukul 3.45ptg baru dapat turn. Oh rupanya bukan jumpa the real dietician, pensyarah sedang membuat ujian keberkesanan pada student pemakanan mereka. So i feels sort of frustrated juga datang tapi memikirkan dah sampai ni, takkan nak balik macam tu je. She said khadijah ni underweight, sepatutnya berat dia should be 7.2kg instead of 6.3kg now. Dia interviewed lah apa anakanda ku makan minum semua. Saya pun jawab je lah dengan jujur, tapi part yang tak best nya ialah bila dia suruh 'if puan rasa breastmilk tak cukup, puan boleh tambah susu formula di pasaran'. Saya dengan confident cakap buat masa ini cukup, tapi dia cakap mcam tu juga. Pensyarah tu pun mengiyakan juga. Kalau ikutkan hati, saya nak juga argue balik yang bukan kah susuibu itu yang terbaik tapi sebab saya memang nak cut of the dialog cepat, so saya biarkan je. Angguk tidak, membantah pun tidak. Yang jadi mangsa serangan balas hujah ialah husband ku. Dia cakap eh ada juga ke dietician cakap macam tu?? Terbukti lah kan..
Well, student tu juga suggestkan saya tambah feeding time khadijah. Saya cakap kat dia, sekarang ni dia dah makan 3x sehari, minum susu, air masak, makan biskut lagi in between. Agaknya bila lagi nak suh dia makan?Takkan tak payah tidur, mandi, main pula kan. Fuhh ntah apa-apa je rasanya. Pastu dia jawab balik, takpelah puan bagi lah bila dia nak makan kerapkan 2 jam sekali. Saya terfikir, adakah serius kes anak saya ni sampai kena buat mcam tu? They knew my baby is a prem baby, so expected lah kan kalau berat dia tak naik banyak accordingly. Saya sebagai mak ni pun takde lah risua sangat because i know my baby, dia dah increase weight every month pun dah kira baik. Walaupun dia kecik, tapi dia aktif sangat. Mulut dia asyik sebut 'abah..abah..abahh..' je sekarang ni. Rasanya ummi pun dia sebut abah, abah pun dia sebut abah. Pagi tadi sangat clear dia panggil abah dia 'abah..'.

Ummi jeles dia dapat panggil abah dulu, tapi takpelah ummi tahu susah nak sebut 'ummi' kan. Aisyah dulupun perkataan pertama ialah 'abah'. Selain tu, adik suka sebut 'ma..ma..ma..'. Ni tak pasti panggil sapa. Adakah panggil nama pengasuh dia, sebab anak2 pengasuh tu panggil mak diaorg 'mama'. Apapun, saya suka perkembangan dia setakat ini except for suka gigit n*pple. Sakit dik..

Ok kami beredar dari hospital serdang jam 4.20 petang, so kira fair lah kan dapat time slip sampai kul 5ptg sebab nak balik hantar khadijah, patah balik semula ofis mesti dah pukul 5ptg. Kami ambil aisyah dan tinggalkan khadijah semula kat rumah pengasuh. Kami bincang dengan pengasuh tak nak bawa khadijah sebab kesian pula kat dia nak bawa ke hulu ke hilir nanti, nak tengokkan anak kakak lagi. Pengasuh tu setuju as usual. Kami headed to hosp selayang sampai dalam pukul 6 petang. Lepas jumpa abg ipar dan ambil anak2 dia dan bergilir solat, pastu abg ipar keluar bagitau rupanya kakak dah bersalin pukul 3 ptg td lagi tapi nurse tu tak bagitahu walaupun kakak dah pesan suh call kan. Ye lah imagine kami semua risau tak tahu apa status kakak masuk labour room sejak pukul 8.30 pagi hingga 6.00 ptg belum keluar lagi. Dan dia cakap lelaki lagi. Oh takpelah kan, memang mereka mengharapkan anak perempuan sebab dua yang di atas dah lelaki.

Dipendekkan cerita selepas settlekan kakak, solat maghrib dulu, kami pun berangkat pulang. Cari kedai jual sate, nak bagi pada anak-anak pengasuh alang-alang kami pun kelaparan nih membuatkan kami sampai ke sg merab. Ambil khadijah dalam pukul 9.30 malam, dia belum tidur lagi. Dah dapat agak, mesti dia tunngu ummi nak bf tu. Selepas makan dulu baru tidurkan adik. Pergh penat sungguh rasa. Bangun semula pukul 4pagi settlekan kerja rumah, pump susu dan sampai sekarang belum tidur semula lagi. Mengantuk gak ni.

Btw, malam ini kami akan ambil adik saya di pandan indah then heading ke rumah kakak di rawang. Dia dah boleh discharge petang ni. Esok petang baru balik rumah semula. Sabtu dan ahad saya ada bengkel kena uruskan di pejabat. Anak-anak belum tahu lagi bagaimana. Isnin depan sambung kerja semula hinggalah akhir minggu. Huhu bila masa ku nak uruskan rumahtangga pula ni? Harap-harap adalah kudrat ni nak mengusahakan semua itu.

Tuesday, April 28, 2009

Hospital visit lagi?

Adik
Lama sungguh tak tulis blog kan. Minggu lepas sangat sibuk dengan bengkel, appoinment klinik khadijah, reports kena submit dan bagai-bagai lagi. Dan minggu ni bermula dengan appoinment khadijah di klinik paed hosp serdang pula semalam. Apapun kami semua sihat ni. Berat khadijah 6.3kg semalam. For a baby age 1 yr old, memang kecik lah kan. Tapi nak buat macamne. Semalam khadijah kena amik darah, wah melalak lah dia tersedu-sedu, terus ummi bagi susu sampai tertidur dia. Dr Eliza suggestkan khadijah jumpa dietatician, sekali time tu around pukul 11.30 pgi then nurse cakap dietaticion dah balik bilik dia, jadi suh datang lagi rabu ni (esok). Apakah? Adakah mereka ingat ummi ni keje company sendiri kah boleh sesuka hati datang lepak kat klinik tu dari pukul 8 pagi sampai pukul 12 tengahari? Huh sakit kepala dek stress bila balik dari hospital semalam.

Kalau nak ikutkan sepanjang 3 minggu ni, tiap2 minggu kami ada visit ke hospital/ klinik. 3 minggu lepas (13/4), bawa khadijah pergi klinik paed sebab dia batuk selsema tak berhenti dah dua minggu waktu tu, sekali nurse tu suh pergi emergency dept (ED). Ok lah kami pergi dapat antibiotik. Alhamdulillah adik sembuh lepas makan antibitik tu. last week, 21/4 appoinment kat klinik kesihatan amik injection setahun. Penat dan hilang fokus pada kerja sebenarnya bila seringkali kita kena hadapi keadaan sebegini. Memanglah tak boleh nak elakkan tapi serius ummi betul-betul stress bak kesihatan anak-anak ini. Lagi satu, penerimaan rakan-rakan sekerja. Payah nak explain tu, mereka tak tahu dan rasa apa kita alami. Namun, syukurlah rakan-rakan ramai memahami dan majikan juga tahu keadaan anak pramatang kami ini.

Semalam kakak ummi telefon, dia terkejut bila ummi cakap ummi baru balik dari hospital. Nak tahu reaction dia apa? Dia cakap "Eh pergi hospital lagi? Macamane nak jadi PTD ni? Boleh ke keluar macam ni juga lagi? Boss tak kisah ke?". Huh saya dah lama juga fikirkan hal ini. Tapi tak tahu lah komen. Sebab tu saya pernah cakap, alangkah bagusnya jika saya dapat settle down kat universiti ni je. Sekurang-kurangnya ia agak flexible dan bertimbang rasa, beban tugas juga tidak terlalu berat dan masih adjustable dari semasa ke semasa. I left the question dengan question mark juga.

Kakak
Oh ya saya dah mula start potty train kan aisyah. Ye lah she's dah 2 yrs 4months old. Kalau ikutkan macam kecil lagi, tp sebab dia kan quite tall dan badan pun boleh tahan tapi takdelah obes just normal weight according dgn height dia which is 90 cm(ya ke hampir lupa pula, nnt check semula) 13.3kg (ni last few weeks recorded masa timbang kat carefour siap ada check BMI sekali) apapun bmi dia dalam range normal. Pergh berat weh nak angkat budak 14 kg tu, hari tu masa pergi smartkids edufair bawak dia, mahu patah pinggan dukung dia sebab dia dah penat tak larat nak jalan. Dua hari ummi sakit pinggan dan kaki..huhu..
Eh berbalik cerita pottry train tadi, ya saya mulakan pada sabtu lepas. Dari tengahari sampai ke malam. No accident tapi tak nak pee, every 15 mins tanya pun cakap tak nak, siap bawak pergi toilet pun tak pee juga. At the end, pakaikan pampers nak tidur, baru lah pee dalam pampers. Buleh gitu? Ahadnya, juga strat tengahari sebab sebelah pagi kami keluar. Ok juga no accident, better sebab boleh pee kat toilet tu pun selepas ulang alik 3/4 kali pergi toilet suh pee tapi tak jadi. Dan malamnya, dia ter poo dalam seluar. Haha ni memang kelakar, dia tengah ralit tengok abah dia repair walker adiknya, imagine dia dalam posisi mencangkung k. Sekali agaknya abah dia dengar dia meneran dengan bau busuk kot, abah dia terus jerit, eh aisyah berak ni. Dan ummi sepantas kilat angkat dia masuk toilet. Mujur poo keras pastu tak pee sebab sebelum tu dah pee kat toilet. Haha kalau tidak, haru juga ummi mop lantai malam-malam tu. Lepas tu dah nak sleep, jadi pakaikan lah dia pampers semula.

Semalam pula, selepas mandi malam tu tak pakaikan dia pampers, dia setuju. Pastu abah dia nak pergi masjid solat isyak, dia nak ikut. Ummi masa tu dalam hati tergerak nak ajak dia pergi toilet tp takpelah cakap biar abah dia pergi dulu. Sekali dia dari depan berlari-lari cakap 'ummi, aisyah kencing..' Huhu riuh lah ummi mop lantai dari depan ke tengah. Huh namun ummi tetap tak pakaikan dia pampers lepas tu tapi pesan bagai lah ni kat aisyah jangan kencing dalam seluar. kalau nak pee, bagitahu ummi tak pun terus pergi toilet je. Tahan pee dulu. Dia angguk cakap ok je. Siap demo jerit lagi kalau nak kencing cakap apa?Dia pun jerit lah 'ummi, abah, aisyah nak kencing'... Then selepas sejam lebih kurang, dia bagitahu sendiri ummi, aisyah nak kencing. Kelam kabut bawa dia pergi toilet, ingatkan dia saja nak main air, rupanya betul dia pee. Jadi kami pakat puji lah dia. Senyum simpul lah apa lagi budak itu kan.. Lepas tu terus pakaikan pampers sebab ummi dia nak naik bawa adik tidur. Kisah pagi tadi pula, dia bangun then cakap nak kencing. Ummi suh abah dia bukakan pampers biar dia kencing kat toilet sekali harung mandi lah kan. Itulah pencapaiannya setakat ini, untuk siang hari kat umah pengasuh, belum confident nak biar dia diaperless, kesian kat pengaush dia nak lap karpet semua dah lah umah dia semua karpet. Tunggu lah beberapa minggu lagi kalau aisyah dah betul-betul boleh control, dah boleh poo kat toilet (setakat ni belum poo kat toilet lagi) baru lah boleh biar dia diaperless. Apapun, it was a good start setelah sekian lama ummi pendamkan hajat nak train dia ni. I give myself and her 2 months time untuk laksana kan misi ini.. :)


Pesta Buku Antarabangsa KL 2009
Jummat lepas saya cuti sebab nak seettlekan beberapa urusan bank dan juga nak bersenang hati pergi ke Pesta buku. saya dah aim nak cari buku apa dan untuk siapa dengan budget sekian sekian. Mujur lah saya berjaya kawal diri dengan tidak menghabiskan budget tersebut dan saya rasa sangat berbaloi sebab dapat beli buku dengan harga rendah. Siap boleh duk belek buku lama-lama lagi kat sesebuah booth tu. Antaranya saya beli buku Aku Terima Nikahnya oleh Ust Hasrizal saifulislam.com tu. Dan siap dapat signature dia sebab kebetulan dia ada di booth itu. Segan pun ada nak minta tapi dah org galeri ilmu tu beria sua kan buku tu pada dia, maka ku terasa diri ini kecik lah kan. Heheh orang lain dah berzaman baca buku tu kan, saya baru membelinya. Walaupun kebanyaknan isinya dah baca di internet tapi tiada salah membacanya berulangkali, moga lebih terserap di hati. Saya juga beli buku Tunggu teduh Dulu karya faisal Tehrani. Dah lama tak membeli buku karyanya, belum sempat ku baca buku itu plastik pun belum buka.. :). saya hanya beli sebuah buku untuk aiysah. Dah lah tu sebab dia dah banyak sangat buku. Ummi dia ni kan gila beli buku kat dia, dia baca pun kekadang tidak. Saya beli buku rujukan dan latihan untuk anak2 pengasuh saya. Saja je sebab saya tahu mereka takkan berpeluang pergi dan itu yang saya mampu bagi. Moga ada manfaatnya buat mereka. Juga sebuah buku untuk dihadiahkan pd majikan saya. Dia pernah tanya saya apa books dia patut baca untuk certain purpose (rahsia lah kan) jadi saya belikan satu buku ini untuk dia. Belum bagi lagi. Saya belikan poster untuk aisyah, beli 5 rm20, jadi saya agihkan pada anak pengasuh sekeping, dua untuk aisyah dan 2 untuk anas dan muaz (sepupu aisyah). Selebihnya, saya beli buku novel english rm3, 2 buku motivation/ parenting dengan harga rm5 each, ni kena gali dan belek satu-satu kat tray tu yea, dan sebuah buku sodoku rm 7.50. Apa kes nya ummi nak buat sodoku ni kan? heheh saja je nak test mind power. Ada lagi beberapa item saya beli. Keseluruhannya, amat berbaloi dan puas hati. Saya beli untuk diri sendiri, juga untuk mereka yang sangat besar pengaruhnya dalam persekitaran saya. Jumaat lepas takde lah sesak mana.

Due
Saya tengah on call ni. Heheh on call anytime kalau kakak saya nak bersalin, maka kami haruslah meredah jalan ke hosp sungai buloh itu. Dan kami belum dapat idea macamne nak buat kalau tetiba dia sakit tengah malam, adakah harus kami angkut anak-anak ini ke sana? Tunggu dan biarlah keadaan menentukan, kalau malam harus lah bawa mereka sama tak pun tunggu siang baru pergi. Anak-anak boleh hantar ke rumah pengasuh mereka. Oh anak saudara baru ku, tunggu lah jumaat ni baru keluar boleh tak? Cik Su keje lah ni... heheh..

Friday, April 17, 2009

Profile tag

ummi telah di tag oleh mummy hnh ni, so mujur ringkas je boleh lah jawab ni, kan lagi lama simpan terus lupa..

1) Letakkan gambar profile anda :



(2) Terangkan maksud gambar itu:
Gambar aisyah dan khadijah di satu majlis yang abah ummi dia pergi. Khadijah dalam stroller, aisyah pula menjengah dari belakang tu.

(3) Kenapa pilih gambar itu:
Sebab ini gambar mereka berdua secara close up. Kakak bertudung dan adik bertopi sedang malu-malu sebab menjadi perhatian auntie-auntie kat majlis itu.

(4) Nak tag siapa :
Siapa ya? sapa2 lah yg nak jawab tag ni silalah eh..

Thursday, April 16, 2009

She's in incubator

Dah lama nak compilekan gambar adik masa di NICU dulu kat sini. Bersangkutan juga dengan usia adik dah setahun ini, jadi ummi letakkan lah di sini.

Lihat ni adik masih sangat kurus, baru dipindahkan ke dalam inkubator dan masih menggunakan bantuan pernafasan. Jika tak silap, masa usia adik 2 minggu lebih kurang sebab adik dah mula minum ebm thru tiub kat mulut itu. Kiri kanan tangan semua kena cucuk. Wah macam terngiang-ngiang lagi bunyi mesin rekod pernafasan, kadar oksigen dan tekanan darah adik di sebelah inkubator tersebut. Dan kalau perasan juga, adik tengah buka mata tu. Oh ummi sungguh happy saat ini, dia pegang erat tau jari ummi abah bila kita letakkan satu jari di tangan kecil nya itu. Ummi juga sungguh takut nak pegang dia/ betulkan wayar-wayar berselirat itu sebab risau sakitkan adik. Tapi bila nurse suh tukarkan pampers sendiri, sapu losyen sendiri, lama-lama ok lah.

Menggeliat tuh..

Berat khadijah tika ini dah 1 kg lebih. probably up to 1.5kg sebab bila dah 1.6 kg, dia dah keluar dari inkubator duk dalam tray bed pula. Still very small, dah bernafas sendiri, masih minum guna tiub. Baru nampak cerah sikit kulitnya..hehe.. Tengoklah tu, tidur kaki mesti satu angkat letak atas kain tu, kalau kita tukar pun dia angkat semula. Masa ini juga dah pindah masuk keluar dari ICU NICU, tapi still kat NICU cuma dah tak dalam critical side. Kalau critical tu duk depan kaunter nurse tu. Ummi juga macam masih terbau sabun yang digunakan setiap kali sebelum pegang khadijah mesti kena basuh tangan. Setiap kali ya. Rindu??Heheh ummi tak nak anak-anak ummi seterusnya duk sana lagi kalau dapat. Lawatan singkat ke NICU isnin lepas sungguh mengimbau kenangan. I missed those exhausted, unpredictable days tapi biarlah hanya menjadi kenangan. Kenangan yang takkan dapat dilupakan sampai bila-bila.

Sangat mulus dan tenang anak ini sedang lena, kan.
.
.
.
.
.
dan sekarang....

Aisyah, Ummi dan Khadijah kini. Lihat tu adik yang selsema dan kakak yang gembira kesukaan dilayan ayah de nya. Picture taken 12/4/09.

Dan sekeping gambar candid kakak sedang membaca buku semasa dalam perjalanan ke rawang tempoh hari. Oh kakak dah big girl, cakap pun macam budak besar dah, full sentence cuma kalau kita suruh dia ikut kita cakap ayat yang panjang sangat melibatkan 5/6 ayat, hanya yang belakang je lah dapat dengar dia sebut clear.

__________________________________________

I love being a mother walaupun rasanya tidak lah menjadi ibu yang sempurna namun saya sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak dan suami tercinta. Moga hari depan menjanjikan lebih banyak kegembiraan, rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus buat kita sekeluarga.

Khadijah juga dah baik dari selsema cuma batuk masih bersisa namun keseluruhannya semakin baik. Alhamdulillah. Jadi, tak payah lah ummi bawa dia ke hospital semula sebab Dr Rohaizah cakap isnin masa jumpa dia di NICU, kalau adik masih tak ok atau menunjukkan tanda-tanda makin teruk/ tak berubah, kena bawa datang semula ke klinik paed jumpa dia selepas 2 hari. Ini dah 3 hari selepas isnin, nampak macam ok, jadi tak pergi lah ni. kali ni, Dr prescribed ubat demam paracetamol syrup kaler merah tu (sebenarnya adik tak demam pun), tapi rasanya itulah ubat untuk rawat selsema dia, dengan antibiotik Klasid, Dr cakap ini untuk kill all the typical virus. Huh sebelum ni bg augmentin tapi adik tak baik pun. Augmentin meant for all viruses, kira Klasid ni untuk certain virus lah kan. Dan juga nasal drop, kalau tengok nasal drop ni sebenarnya juga eye drop. Biasa beli kat farmasi sebagai eye drop rupanya boleh juga buat nasal drop untuk clearkan blocked nose. Takde ubat batuk pun walaupun adik masa tu batuk bunyi macam orang tua berkahak punya batuk tau. Adakah babies tak boleh bagi ubat batuk sebenarnya? seperti cerita salwa aka ibu kauthar dalam blog nya? Mm..ada benarnya kan.

Akhir sekali, syukur atas segalanya.




Monday, April 13, 2009

Khadijah - 1 year old*update

inilah wajah birthday girl - picture taken by ayah Da 12/4/09

Alhamdulillah khadijah berusia setahun semalam (12/4/09). Takde birthday party untuk dia pun. We weren't plan for one, kalau nak buat pun tunggu adik 2 tahun lah eh which means next year. Dah besar, dah boleh makan kek nanti kita buat birthday party kecil-kecilan ya. Ummi dan abah belikan cupcakes dan bawa pergi ke NICU Hosp Serdang pagi tadi, just untuk menyatakan rasa terima kasih tak terhingga kami di atas jasa baik semua doktor dan nurse merawat khadijah sepanjang khadijah di NICU Hosp Serdang 12/4 - 26/6 2008. Alhamdulillah tercapai niat ummi nak bagi sesuatu tanda terima kasih pada mereka. Sayangnya, as semua orang tahu, kamera kami masih belum dibuat apa-apa tindakan. Abah cakap beli je lah baru, tapi ummi pula nak tunggu hantar servis dulu, kalau boleh baiki dan berbaloi, buat apa beli baru kan.

Apapun, doa ummi agar khadijah terus membesar sihat, menjadi anak yang solehah, bijak dan santun moga menjadi penawar hati abah ummi dan kebanggaan keluarga. Moga juga dapat menitip doa untuk abah ummi bila kami tiada lagi nanti. Selamat ulangtahun kelahiran yang pertama, sayang!.


update! inilah gambar cupcakes yg ummi belikan dan bawa pergi NICU Hosp Serdang. Pic taken dari k pnut punya blog. Terima kasih yea k pnut.

note: ada banyak nak cerita tapi terbatasnya masa. Khadijah juga tak sihat sekarang ini, pagi tadi bawa dia pegi jumpa doktor. Kesian dia batuk dan selsema lagi. Huhu nanti ummi update k.

Friday, April 10, 2009

Aisyah part II

Aisyah (0-6 months)

She completed our lives.
Being the first granddaughter in my family, jadi ramai yang geram kan dia. Ya memang berat lahir dia kecil, tapi dalam masa 3 bulan, berat dia dah 5 kg tau. Tengok gambar2 ni k dulu..

Usia dalam 6 hari kot, baru sampai umah nenek& tokki kat Besut. Nampak small kan. Sarung tangan kaki dia selalu tertanggal je tau..

Ini pun gambar masih dalam pantang, kalau perasan, mata aisyah pun kuning lagi kena jaundice. Hari-hari neneknya mandikan dengan akar kayu beli dari kedai sensei cina tu.

Ha ini gambar dah besar juga dalam 2 bulan lebih kurang. Dah makin berisi kan.

Bergambar bersama dengan abahnya. Betul tak dia sangat chubby? Lihat lah lengan yang berketak-ketak tu.

Masa aisyah 4 bulan. Tengah gigih meniarap tu.

Tengok lah gambar ni, fuh semangat tau nak dukung dia. Suka tengok dia tidur. Sebelah buai tu ada meja kecil dan notebook untuk ummi melayari internet. Heheh...

Ok kita sambung cerita k. Aisyah kena kuning lama juga hampir 3 minggu. Tapi tak bawa pergi klinik sebab takut kena tahan tapi ramai yang cakap tahap kekuningan nya tu tak teruk, jadi banyakkan minum susu dengan mandi air ubat tu je lah. Mujur takde apa-apa kan, ummi memang zero knowledge psl jaundice time tu. Oh yes, ummi dapat breastfeed kan aisyah the first hour after delivery tuh. Bila nurse bawak datang baby cakap nah try bagi baby minum, then nurse suh ummi mengiring, dia letak baby sebelah, bila kena je nipple, aisyah terus grab dan hisap sampai nurse tu pun cakap, wah pandai budak kecik tu nenen. And that was the beginning of my breastfeeding journey. It wasn't bad at the first place kan.

Balik rumah, puting start melecet. Ha this time my mom suh beli susu fm, dia cakap kesian baby tak cukup. Being a new mother, mmg totally tak agree pun kena agree juga. Jadi beli lah satu tin kecik. Dan believe me, tak habis dan buang saja je susu tu walaupun mak cakap bagi lah sebotol kecik tu sekali siang dan malam. Kami balik kg masa aisyah berusia 5 hari, just 2 days before raya korban tahun tu. Masa sampai sana, breast dah bengkak tapi sakit bila baby minum sebab puting dua2 dah melecet teruk. With determination, ummi try pump guna manual pump yg kakak punya (entah apa brand nya) tapi to no avail, susu keluar pun bagai hidup segan mati tak mahu je tau. Jadi, ummi try pakai tangan pula. Mula2 dapat 0.5 oz je. Kolustrum warna kuning pekat tu. Since that bermula lah esok pumping ummi dari 0.5 oz hingga lah pernah dapat 12 oz per session. Pergh.. 12 0z per session tu berapa kali je dapat tau. Heheh yang kerap dan biasanya 8 0z lah masa ni (note:aisyah 0-6 months k). Semua orang tak sangka dengan determination ini. Yes, i'm a bit stubborn. Degil dan firm bertempat ok. Sebab ummi tak kerja, jadi maternity leaves berlangsung selama 6 bulan yea sehinggalah ummi dapat kerja sekarang nih. Kebetulan abah kena outstation di Kelantan, jadi abah duk rumah nenek je lah sampai habis kerja dia. Balik KL semula masa aisyah umur 5bulan lebih.


Bermula dari sini lah saya mengenali susuibu.com dan melihat kesungguhan forumer memberi susu ibu terbaik buat anak mereka, ummi juga tak mahu ketinggalan. Thanx to Sususibu.com sebab kalau ummi tak jumpa website itu, mungkin ummi takkan berjaya breasfeed anak-anak ummi seperti sekarang. Namun, ummi termakan juga kata-kata yang ummi kena bagi aisyah minum thru bottle takut nanti dia tak nak botol langsung. Inilah paling sedih sebab aisyah dah jadi nipple confuse dan ummi dah tak mampu nak berpatah balik. Stok susu banyak dulu, tapi sebab kurang ilmu juga lagi, keadaan peti ais rumah nenek yang kecil masa tu bercampur dengan lauk semua, banyak susu yang buang saja. Kalau perah hari ini untuk minum hari je. Kalau ada lebih, buang macm tu je. Huhu.. Juga sebab fikirkan macamne nak travel bawa balik KL kalau buat stok banyak pun. Jadi, ummi hanya buat stok bila kita dah balik KL saja. Hasilnya aisyah 5 bulan berat dia dah 6.4 kg kalau tak silap. Sangat tembam ya.


Baby Cute Contest

Heheh ummi tetiba terlebih rajin dan suka nak try plak contest ni. Dalam duk bloghopping terjumpa blog ni. Bukan senang ummi nak join contest ni, sebab memang ummi tak pernah join mana-mana contest apatah lagi online nih. Tapi datang angin nak mencuba nih.
So syarat2 nya adalah:

1. Add @ Link Mama_Aqish di blogroll/bloglist anda. - Sudah.
2. Anda diWajibkan untuk menjadi Follower Mama_Aqish - Sudah
3. Gambar yang dihantar mestilah merupakan gambar Baby anda yang Latest sekali.... - ya kira latest lah setakat ni.
4. Sila hantar hanya sekeping gambar sahaja.... - Noted
5. Sila nyatakan ape yang menarik tentang anak anda & mengapa dia layak menjadi pemenang baby cute contest???

Dari pandangan mata seorang ibu lah kan, sebab anak saya, khadijah lahir as preemie, jadi memang dia sangat bertuah. Considered lucky sebab survived walaupun Doc hanya bagi harapan 50-50 masa awal kelahirannya dan namun, sihat sehingga ke hari ini. Syukur padaMu ya Allah. Akan mencecah usia setahun ahad ni (12/4/09), walaupun masih belum mampu duduk sendiri, dia dah pandai bangun memanjat tau. Dalam sebulan lepas ni, baru pandai senyum, gelak dan bercakap dalam bahasanya nya. Saya suka gambar itu sebab dia sedang senyum simpul melihat saya mengambil gambarnya. So sweet walaupun rambut baru kena cukur. Heheh..
As added point, kalau menang contest ni, consider the tight as a birthday present lah kan. Setakat ni khadijah baru ada 2 tights size 3-6 bulan. Memang dah tak muat. Hihi alangkah best dapat tight baru ni kan.. :)

6. Bila dah siap, tinggalkan komen di entri ini beserta dengan email address. Untuk pemilihan pemenang nanti... - ok.

7. Gambar kesemua baby yang masuk contest berkenaan akan di paparkan pada blog ini...
8. Hadiah untuk pemenang ialah sehelai tight yang boleh dipilih sendiri dari website http://tightforbaby.blogspot.com/ & hadiah akan dihantar melalui pos sampai ke depan pintu rumah @ pejabat...

9. Pemenang akan diadili oleh hakim yang berpengalaman & keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tidak akan dilayan....

Ok dah siap. So mummies lain, try lah contest ni juga yea.

Thursday, April 9, 2009

Aisyah part 1

Lama tak cerita kat blog ni kan. Bukan takde cerita tetapi seakan malas nak menulis. Haha apa kena dengan ku ini.. Namun, teringin ni nak tulis pasal aisyah lagi. Rasanya sangat sedikit cerita pasal aisyah kan. Mostly cerita pasal adik kan. Jadi, ummi nak cerita pasal kakak lah pulak ni nanti bila kakak besar, kakak boleh tahu kisah kakak kat sini, kan. Kisah ini akan bersiri, nantikanlah sambungannya ya.. (heheh ada orang nak ikuti ke?)

Aisyah lahir masa kandungan ummi 37 wks. Sangat teruja sebab anak pertama kan. Wah shopping baju, kelengkapan bagai. Sangat suka. Walaupun pada mulanya kami mengharapkan anak lelaki tapi kami tetap juga gembira dan terima apa yang Allah bagi dengan tangan terbuka. Ya lah sapa kita nak tentukan semua itu kan. Masa tu beberapa hari lagi sebelum raya haji. Ummi ingatkan sempatlah balik beraya dulu then baru bersalin. Beberapa minggu sebelum itu, ummi dah siapkan kerja-kerja lab siap cakap kat Dr Jo saya tak datang lah dah. Huhu rupanya betul.

Awal pagi tu dalam pukul 5 pagi lebih kot, tetiba ummi bangun rasa nak pergi toilet. Sekali keluar air banyak sangat. Ummi kejutkan abah. Kami masing2 tak tahu apa nak buat. Nak bersalin ke ni? Tapi masih awal lagi. Pastu telefon mak. Mak cakap macam air ketuban pecah lah tu. Mak tanya sakit perut tak. Saya jawab tak pun. Pastu suami telefon mak dia pula. Mak dia pun cakap perkara sama dan minta pergi hospital sebab takut nanti air berkurang, pastu infection ke, anak emas ke. Fuhh suspens kami nih. Dalam duk kalut tu, dah masuk subuh pun. Suami cakap nak pergi solat di masjid dulu. Saya cakap ok lah. Saya pun takde lah sakit pun cuma air tak berhenti keluar. Ummi masih ingat lagi sempat gosok baju, tudung segala sebelum pergi hospital tu :). Ye lah confuse nak pakai apa, tak kan nak pakai kain batik. Ke?
Dalam hampir pukul 7 pagi kami keluar rumah. Suami tanya nak pergi hospital mana? Putrajaya ke Serdang je? Rumah kami memang dekat dengan Hosp Serdang, tapi Hosp Putrajaya pun takde lah jauh mana. Kenapa boleh ada persoalan kat situ? Sebab kononnya kami rasa Hosp Putrajaya tu macam best je. Haha.. Ummi yang mula rasa sakit perut ni buat keputusan kita pergi je lah Hosp Serdang, dah dekat ni. Kononnya on the way nak pergi hospital tu nak singgah beli sarapan ke apa sekali gerai pun tak buka lagi. Ye lah masih kira awal lagi waktu itu.

Abah cakap takpelah nanti sampai hospital dia belikan sarapan. Sampai di hospital, sebelum turun kereta ummi sempat minum seteguk air, dah tak lalu dah ni. Daftar semua, pastu nurse suruh masuk bilik menunggu tu. Dia check semua, pasang ECG kat perut tu. Ni dah start rasa sakit. Bila tengok jam dah 10 minit sekali nih. Nurse suruh tukar baju, bila dia check dah ada bukaan 3cm. Tunggu punya tunggu, dalam pukul 8 pagi, tak tahan rasa ni, panggil nurse. Dia check lagi sekali bukaan dah 4cm. Dia pun cepat2 lah suruh masuk labour room. Panggil suami masuk, tunggu lagi. Pastu ummi ngadu lah kat nurse tu yang ummi lapar dan dahaga. Nurse tu tak bagi ummi minum air langsung tau. Ummi cakap bagilah sikit je pun air masak tak pelah sebab rasa mulut dah kering sangat dah ni. Dia tak bagi juga. Dia kata once dah masuk labour room tak boleh makan minum dah, nanti takut muntah masa nak bersalin. Pastu ada sorang nurse tu siap cakap yang ummi ni mungkin akan bersalin lambat lagi, apatah lagi bila dia tahu ni anak pertama. Fuh ummi dah risau amat ni, dah lah kelaparan, sakit lagi. Then, dalam pukul 9 pagi, ummi tekan2 buzzer tu panggil nurse cakap tak tahan dah ni. Ada ke dia suh ummi duk telentang mcm tu, ummi cakap tak boleh, jadi ummi duduk mengiring merengkok tahan sakit. Sakit sampai ummi tak bagi abah pegang tangan ummi. Ummi pejam mata, baca doa tak henti sambil tahan sakit. Nurse tu pulak marah dia cakap 'eh, awak jangan tidur pula'. Ummi tak tidur lah, cuma duk tahan sakit tu.

Diaorang duk ulang alik keluar masuk. Pastu bila dah tak tahan sangat, ummi panggil nurse lagi. Nurse macam marah kat ummi sebab kejap2 panggil. Tapi kali ini bila dia check dah terbuka 8 cm. Apa lagi kelam kabut lah diaorang. Pastu suruh ummi tahan jangan teran dulu. Weh orang ni dah betul2 tak tahan, tadi bila mengadu tak nak dengar. Sejurus lepas dia buka paper yang letak bawah punggung kita tu kan, pastu dia suh teran. Mujur ada nurse tu ajar macamnea nak teran. Dia ajar baca Bismillah, then teran. Ada dalam 2 kali tak berjaya. Ummi pun dah kepenatan. Pastu nurse tu cakap kalau terasa sakit, teran je. Tapi jangan angkat punggung, nanti luka banyak. Yang ni memang ummi jaga lah. Control gitu walau sakit. Bila nurse gertak (ke?) ummi cakap heart beat baby dah lemah then dia cakap lagi 10 minit awak tak bersalin, saya panggil doktor. Bila ummi dengar panggil doktor tu, terus teran dah akhirnya lahirlah aisyah humaira'. Bila keluar tu, dah tak terasa apa dah. Sekejapan amat sampai ummi pun tak perasan, dah ke.

Alhamdulillah jam 9.28 pagi, aisyah lahir. Nurse tu angkat tunjuk baby kat ummi then suh cakap anak lelaki ke perempuan, siap kena signature time tu juga tu. Lepas itu, dia bawak pergi baby tuh, abah ikut tengok dan iqamat kan baby. then, baru lah dia bagi air. Air milo. Abah memang ada sepanjang masa ummi bersalin siap bagi support kat ummi. Terima kasih abang. Kalau ikut kronolginya, ramai yang cakap ummi consider sakit bersalin sekejap je lah tambah lagi anak pertama. Kalian bagaimana?


Aisyah Humaira' Muhammad Faisal
26/12/06 - 5 Zulhijjah 1428H; 9.28 pagi
2.2 kg
Hospital Serdang

Thursday, April 2, 2009

Award tag

I got these two awards dari arnie too, me_czar dan beberapa lagi tak ingat dah. Takpe, janji buat kan.


1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!

Kalau pasal aisyah, rasa awful kekadang bila sentiasa marah dia. Tapi bila fikirkan semula, ummi tak pernah marah dia teruk pun, cuma ada juga lah kena cubit sket ke, cuma terasa bersalah sebab ummi sebenarnya tak nak treat dia sebegitu.
Another one is, terkilan sebab aisyah nipple confused masa dia 5-6 bulan. Ummi pun tak cukup ilmu biarkan sahaja hinggalah dia hanya minum ebm sampai lah 11 months then stopped sebab ummi pregnant lagi.

Kalau pasal khadijah, how i wish dapat unpaid leave dulu masa dia baru balik dari NICU semata untuk jaga dia. Tapi apapun, alhamdulillah sebab semuanya ok sekarang ni.

2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.

1. Suka peluk cium mereka, especially time mereka baru bangun tidur.
2. Suka baca buku dengan aisyah. Khadijah belum ada skill baca buku tapi dia suka siap mengekek suka bila kita pegang tangan dia sambil dia berdiri then rendahkan badan dia mcam nak jatuh tu.. (erk faham ke?)
3. Suka masak untuk anak-anak, lagi lah suka kalu mereka dan abah nya makan byk. Heheh..
4. Sangat suka belikan mereka baju2 sebab baju budak girls kan cute. Tapi sekarang ni dah insaf. Hihi belanja berhemah ok. Dah lama rasa tak shopping baju, tunggu beli nak raya lah pulak kot.
5. Addicted to CD (cloth diaper) sekarang ni, tapi masih amalkan perbelanjaan berhemah jadi ku tahan diri dari klik order kat online shop tu.
6. Suka kalau dapat cuti panjang then lepak2 dgn anak2, pergi bercuti mcm pg CH dulu.
7. Lastly, suka lah segalanya aktiviti dgn mereka.. Rasa tak lengkap kalau anak-anak takde. Setiap benda mesti akan teringatkan mereka.


3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.

Ramai dah buat kan.

Birthday wishlist tag

Dah lama tak buat tag. Memandangkan tengah tak busy, maka nak jawab lah tag arnie nih..

The rules :
1) Make a list of what u want on your birthday
2) The list should be 10 numbers
3) post the image of this award to your posting
4) give it to 10 frens of yours


Kena buat 10 ke? Ok kita tengoklah berapa yang ada yea... kehkeh..

1. Moga Allah sentiasa berikan nikmat iman, islam, panjang umur dan murah rezeki agar dapat juga hidup dalam mencari keredhaanNya.
2. Teringin kalau hubby bagi suprise ke, at least wish me without i have to remind him that it's my birthday. Boleh gitu? Hubby ku memang not-so-romantic type tapi i love him. I've accepted him that way..
3. Kalau tgh on leave best juga kan, pastu minta hubby pun cuti then boleh kami anak beranak keluar window shopping ke, jalan2 ke tak pun lepak je kat rumah. Mesti seronok.. jap let me check the calendar.. 29 July 2009 (dah bagi date ni, sape lupa memang saja buat2 lupa lah tu..hehe..) is wednesday. Err tengah2 minggu, boleh ke nak ambil cuti??
4. Nak makan choc cake. Choc cake kat fak food tech sini pun dah sedap, rasanya lagi sedap dr Baker's cottage. Kek2 dari kedai2 grand lain ummi tak pernah-teringin nak makan sebab ku meraguinya.. So ada sesape nak bagi ku kek tak? Takde orang bagi, beli sendiripun ok juga. Huhu..
5. I wish to have a new handphone, yg ada camera so that i can easily snap pictures of my kids instead of guna digi camera. Nak beli baru guna duit sendiri, ku agak kedekut. Boleh tak tunggu orang kasi free? Ada ke agaknya..
6. I wish to go to CH again. Entah kenapa tetiba ku teringin nak pergi lagi. Tapi kali ni pergi dengan santai lah, sebab previous ones, since first timer pergi banyak nak explore. Kali ni nak pergi berehat je sambil hirup udara nyaman. Ok gak kan..
7. Selalu doa agar anak-anak sentiasa sihat. Juga biarlah diri ini sentiasa sihat agar dapat urus- tadbir- jaga anak-anak dan suami sepanjang masa.
8. Moga makabah juga sentiasa gembira dan dilimpahi kasih sayang Allah jua di akhir usia mereka ni.
9. The best present i've already known is my msc degree convocation insyaAllah on early august nanti. Ni the best ever present lah. Tak sabar nak bergambar dengan jubah konvo dengan suami dan anak 2 orang. Heheh nampak sangat dari takde anak, sampai ada 2 anak baru convo..
10. Lastly, moga Allah sentiasa berikan yang terbaik buat diri ini. Kita merancang, Allah jua merancang dan yang pasti, perancangan Allah itu lebih baik buat kita.

Dah siap. Tak payah lah tag orang lain, ramai dah buat kan.