Thursday, November 6, 2008

Redha dan hikmah

On the way datang ofis tadi, dengar radio IKIM, sesi ZnZ (ust Zamri dgn Pn? Zahrita?) bicara tentang persediaan nak pergi haji. Ada seorang caller ni (nama tak payah sebut kot) dia bagitau pengalaman dia yg supposed dia dapat pergi haji tahun 2005, sekali last minit tak dapat pergi sbb kuota penuh. Punya lah dia cakap dia frust dan rasa diri kekurangan.. Tapi akhirnya dia terima lah tak dapat pergi tu (redha) dan semasa waktu wukuf musim haji tahun tu juga, ibu nya telah pulang ke rahmatullah (hikmah). See..bagaimana cantiknya aturan Allah kn. Dia tak bagi sesuatu yg kita nak tp Dia berikan kita hikmah disebaliknya.. Kalau lah encik tadi tu pergi menunaikan haji, pasti dia tak berkesempatan berjumpa ibunya buat kali terakhir. Dan itu lah hikmah di sebaliknya..

Dan tika itu juga, ummi terkenang kan kisah adik. Tapi, ummi taknak cerita hal adik sebab ia memang telah menjadi catatan paling berharga buat ummi cuma ummi nak kita sama2 renungkan bahawa kekuasaan Allah itu meliputi segalanya. Kun fa ya kun. Kalau Dia kata jadi, maka jadi lah. Dalam proses menjadi seorang muslim yang sejati, mehnahnya pasti banyak, jalannya pasti berliku2. Kita juga pejuang, kita juga pendakwah walaupun kita tidak secara directnya turun ke medan jihad/ turun mengajak orang kepada Islam. Kerana setiap kita membawa label Islam. Islam itu sejahtera. Islam itu cara hidup bukan boleh dipilih yang itu Islam dan yang ini bukan Islam. Dan setiap kita membawa contoh teladan untuk orang lain. Mengajak orang ke arah kebaikan dan menolak kemungkaran.

Kebergantungan diri pada Allah merupakan satu kunci mendapat pengampunan, kasih sayang dan rahmatNya. Betapa terasa jauhnya diri ini padaMu ya Allah.. Betapa kala susah sahaja aku berdoa sungguh2 padaMu, namun di kala senang, ku ketawa gembira dan lupa mengucapkan syukur padaMu. Ya Allah, moga Engkau tidak lalaikan dan jauhkan hati ini dariMu.. Kerana sesungguhnya aku pasti lemah dan tiada apa2 tanpaMu..

Terima kasih di atas nikmat iman, nikmat Islam, panjang umur dan murah rezeki yang Engkau kurniakan padaku, Ya Allah. Dan aku bersyukur padaMu kerana di atas dugaan yang Engkau timpakan pada kami, kerana aku dapat rasakan kasih sayang Mu kala itu.. Dan hadis sahih Bukhari(kalau tidak silap) ada menyebut; Allah berkata kepada malaikat 'Wahai malaikat, engkau timpakanlah kesusahan kepada hambaKu itu, kerana sesungguhnya aku rindu untuk mendengar rintihan mereka'... Oh Tuhan, kerdilnya diri ini. ampunkan lah segala dosa kami..

Gambar tiada kaitan dengan tajuk. Pemandangan pantai Santubong Julai 2006.

6 comments:

Mommy Harith Hannah said...

Mak saya kan patutnya pi Haji last year... Saya dah prepare minda nak kena pantang sorang2 kat umah sini...

Ditakdirkan, nama tak naik2 even dah last minit.. saya bersalin betul2 sehari sblm raya haji (awal 2 minggu dr EDD)... So, mak saya dapat jumpa cucu baru di Hari Raya Haji (as well as jaga saya dlm pantang... heheh)...
Itu lah hikmahnya...

Alhamdulillah, mak dah selamat sampai tanah suci...

mirah said...

alhamdulillah.
ya itu lah hikmahnya. Sebab itu juga kita kena sentiasa baik sangka dengan Allah. Tak boleh asyik2 nak mengeluh je kn..
Ni nasihat utk diri sendiri gak sbb tensen juga skrg ni kalau blk umah ptg2, aisyah suka buat hal mcm2, tp then mirah realized, she needs attention. Dah lah dia seharian kat umah org kn, balik2 kita pula sibuk nk msk. Tu dia jd mcm tu. Dia nak suh ummi dia lepak2 dgn dia..

Mommy Harith Hannah said...

hmm, Hakim pon sama... kdg2, hangin gak... tp, same cam mirah, saya raser dier nak attention tue... mesti boring siang2 kita pi keje kan...

so, sometimes, fikir 2-3 kali gak sblm nak marah dier... sometimes terlepas (marah) gak... oppss! heheh...

mirah said...

hihi mirah pun ada gak ter'marah' dia. Mana nak layan adik lagi. Abah diaorg balik lmbt sket.
Tapi lepas tu mesti cakap elok dgn dia. Mencabar juga menahan diri dari marah ni. Mcm semalam, mirah blk nak msk, since mmg confirm dia akan kacau jadi, mirah potong buah oren, hampar srt khabar, bagi bowl dia yg ada oren tu, hah makanlah, nak buat apa, buat lah.. habis hisap air pastu dia main2 pula. Cakap 'tak best, tak best'. Rupanya dia gigit kulit, mmg lah tak best kan.. huhu..

Chuckiesd said...

setiap yang berlaku tu pasti ader hikmahnyer...inilah pegangan yang harus kite ada dlm diri...jgan selalau mengeluh dengan apa yang terjadi..berusaha untuk mencapai sesuatu...setelah penat berusah tapi still tak dapat..pasti ader sesuatu di sebaliknyer...Tuhan itu adil...Tuhan lebih mengetahui..

mirah said...

chuckiesd,

tq for the comments.
Ya setuju dgn komen itu. Pasti ada hikmahnya.