Cepatnya dah hampir tamat waktu rehat. Lega sebab membuat keputusan tidak ke mana dan bertungkus lumus siapkan kerja tertangguh di pejabat. Alhamdulillah macam-macam dah selesai. Tapi ada lagi nak kena selesaikan ini. Mujur ada nasi lemak suami belikan pagi tadi, tak sempat makan pagi tadi, lagi pula dah sarapan bijirin dengan susu di rumah dan 2 jenis kuih selepas mesyuarat pagi tadi. Rezeki kan. Jadi menu makan tengahri pun tak kisah. Malas pun ya nak keluar tengah panas ni.
Beberapa hari lepas, Ustaz Badlishah ada pesan ada seorang ulama di Indonesia tu, dia pergi berhijrah menuntut ilmu ke Mekah (jika tak silap) semasa baru kahwin dan isteri dia tengah mengandungkan anak pertama dia dan dia tak pernah balik sehinggalah 30 tahun kemudiannya, itupun sebab kerana nak jadi wali untuk anak dia nak kahwin. Ustaz cakap tengoklah betapa hebat komitmen ulama tersebut dalam menuntut ilmu, berkorban kebahagian diri tapi akhirnya bila dia balik, dia dapat berbakti kepada masyarakat Islam di sana dan menjadi tokoh hebat. Apa yang ingin Ustaz tu kogsikan ialah betapa kita ini dalam menuntut ilmu ataupun dalam bekerja, kena berikan sepenuh komitmen dan ikhlas dalam kerja. Mungkin kita tak mampu buat sebagaimana ulama tersebut tapi kita boleh buat dalam lingkup kemampuan kita.
Cakap memang mudah, kan. Tapi takkan lah selamanya nak cakap kita tak mampu bagi komitmen, kan. Maka, marilah kita berusaha memberikan sepenuh komitmen dan dengan ikhlas menjalankan amanah yang diberikan kepada kita. Setiap kita akan ditanya tentang apa yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Moga Rahmat Allah sentiasa bersama kita. InsyaAllah.
Selamat berhujung minggu kalian dan Selamat Hari Pekerja 2011.
No comments:
Post a Comment