Saya ada Bengkel di Bangi hari ini. Pasal persediaan audit 1 persijilan universiti Jun ini. Tapi, rasanya saya takkan ada semasa proses audit tersebut. Maaf kerana tidak dapat memberikan komitmen. Tapi nak cuba bincang juga lah jika ada peluang untuk tukar tarikh dan sebagainya.
Pagi ini Ustaz Badlishah di Radio Ikim pesan, berangan lah, berimaginasi lah tapi pastikan berusaha ke arah angan-angan tersebut, jangan jadi macam mat jenin. Ya bermimpilah.... moga suatu hari nanti mimpi itu akan jadi kenyataan. Semalam beliau pesan, jangan singa sangka seekor tikus yang kecil tak menyumbang apa untuk dia yang besar dan gagah.
Hidup ini ibarat roda, suatu hari di atas dan kemudian di bawah dan bangkit semula. Hari ini kita mungkin buat salah tapi jika kita bangkit dengan sedar pada esok hari, kita adalah insan yang dirahmatiNya. Sedar dan berusaha untuk berubah. Biar yang lepas itu jadi pendinding untuk akan datang. Mohon maaf di atas sebarang silap dan kekhilafan diri saya. Moga Allah merahmati kita semua.
No comments:
Post a Comment