Friday, April 22, 2011

mbfpc, melaka dan sebagainya

Lama benar rasanya tak menulis. Kekangan masa dan tiada semangat menulis datang. Iya, semangat untuk menulis itu penting juga, kalau tiada semangat, termenung je lah tengok skrin tu.. Apapun, semoga hari ini ceria buat anda semua ya..

mbfpc
Alhamdulillah saya berjaya hadirkan diri selama 4 hari (sabtu dan ahad 2 minggu berturu-turut) ke malaysian breastfeeding peer counselor (mbfpc) di Bangi minggu lepas. Banyak sungguh pengalaman, ilmu baru yang dikutip. Dan juga kemahiran komunikasi berkesan. Memang mencabar bila disuruh diam je semasa mendengar orang lain bercakap. Tapi, percayalah kemahiran itu akan memberikan ketenangan pada anda. Saya belajar banyak benda pada sesi tersebut. Walaupun mungkin saya tidaklah sehebat ibu lain, tapi saya mempunyai keyakinan dan semangat yang tinggi dalam menyokong penyusuan susuibu. Saya juga pernah gagal tetapi kegagalan tersebut bukan membuatkan saya gagal menjadi ibu, ibu mana yang tidak mahu yang terbaik untuk anak-anak dia kan. Tetapi, kegagalan itu membuka ruang kepada banyak pencerahan dan penambahbaikan. Jadi, saya ingin mempersilakan sekiranya ada pembaca blog saya mahu bertanya soalan tentang penyusuan susuibu, berkongsi masalah dalam proses penyusuan atau sebarang isu berkenaan penyusuan susuibu, sila lah emel kepada saya di nmirah[at]yahoo.com. Saya akan cuba menjawab kemusykilan anda dan jika saya tidak mampu, insyaAllah terdapat ramai peer counselor (pc) lain yang boleh membantu anda.. :)

melaka
rasanya saya dah maklumkan yang saya ke melaka minggu lepas atas urusan kerja. Cerita konferensi seperti biasa, macam biasalah saya cemburu melihat orang lain membentangkan kertas kerja masing-masing, namun dalam masa yang sama kecewa kerana sebahagian mereka hanya mengambil peluang datang ke konferensi dan kemudian keluar untuk melancong. Di hari kedua dan ketiga, terdapat kekosongan yang ketara pada kehadiran mereka. Janganlah buat begitu, ia mempamerkan ketidakprofesionalisma kita. Malu pula pada penceramah jemputan hebat yang dijemput dari pelbagai negara. Adakah ini budaya penyelidik kita? err..jangan ada yang kecil hati ya, ambil lah ia dari sudut yang positif. Saya juga seorang penyelidik dahulu dan masih belum hilang status itu dalam jiwa saya.. :) dan Ketua Menteri Melaka datang merasmikan majlis perasmian konferensi tersebut. Lain benar bila jemput orang politik ni kan, takpe, kita raikan sahajalah.

sambutan kelahiran khadijah
yang ini saya buat satu kisah khas ya. Gambar pun belum muat naik lagi, saya belum jumpa eh belum cari kabel kamera di mana. Mereka tengah batuk-batuk pula, dan khadijah makin teruk selsemanya. Sakit yang susah nak dikawal ni. 

Terima kasih buat suami yang banyak bersabar dan menguruskan keluarga sepanjang tempoh sibuk saya. Jasamu sungguh dikenang. InsyaAllah pasti ada ganjarannya bila kita ikhlas dalam kerja dan amanah diberikan. Kerjaya kita ini bukan sahaja punca rezeki, tetapi tergalas tanggungjawab besar tugas sebagai khalifah. Dalam apa jua pekerjaan kita buat. Sekurang-kurangnya, hidup kita ini ada sumbangan pada agama, ada bahagian yang kita kongsi bersama masyarakat. Dan sebahagian juga pada keluarga. Terima kasih abang.. :)

Selamat berhujung minggu semua. Banyak nak cerita tapi cukuplah itu dahulu. Saya gembira hari ini. Banyak perkara menggembirakan berlaku dan jangan putus mengucapkan syukur. Nikmatilah ia selagi mampu.


6 comments:

Rozy said...

wahhh mirah dah jadik pc..
tahniah! :)

AMIIZAA@Mieja said...

congrats mira dah jdk pc :):)

mirah said...

hihi thanx rozy...:)
harap-harap dapatlah membantu org lain pula.

k mieja, thanx juga..
akak lebih baik drpd saya sebenarnya, stok saya dulu tak byk mcm akak..hihi

ummi09 said...

saya..saya kak mirah... nak tanya soklan.. hehe.. tp soklan banyak2 tu simpan dulu, nnti baby dah keluar, baru saya tanya...hik hik.. mmg excited sangat kak nak nyusu baby.. sejak susu dah keluar ni, hari2 cek pastikan susu sentiasa ada..kekekeke.. risau la kan, keluar awal sangat, tetibe nak guna dah tak cukup.. haru gitu.. alang2 tanya dulu soklan ni, sbb tengah nak main order online nih.. mana better buat penyimpanan guna plastic storage or bottle storage? ok ke plastik storage yang guna getah pasar untuk ikat? yang tu murah skit, 100 keping dalam 30 ringgit jek.. sal nak order online jek.. tp blum oder lagi, tgh servey2.. takut tak smpat je nak beli bila balik mesia nnti.. =)

ummi09 said...

lagi satu, tahniah ye.. sal tak tau sangat ape kebende pc tu.. tapi sbb orang tahniah, so sal tahniah jugalah ye..hik hik..

mirah said...

Sal,

Awak ni kan, sempat lagi buat lawak... pc tu maksudnya pembimbing rakan sebaya gak lah tapi dlm aspek penyusuan susuibu ni lah.

nanti akak reply pd email awak ya..