Tuesday, May 3, 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu untuk semua emak di dunia terutama buat emak saya dan emak mertua. Moga kalian dalam rahmat Allah sentiasa, dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat beramal ibadat dan tenang dalam menjalani kehidupan seharian. Terima kasih kerana membesarkan kami, mendidik dan sentiasa menemani kami sehingga kini. Terima kasih emak. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.
Emak.
dan Emak juga.
Saya sayang emak. Biar takkan pernah terbalas semua jasa emak dan abah, ketahuilah bahawa saya bangga menjadi anak emak. Moga emak dan abah juga tidak berhenti doakan kesejahteraan anak-anak emak dunia dan akhirat.

No comments: