Wednesday, April 6, 2011

Ringkas je ni..

Recently, memang banyak benar perkara kena uruskan maka less time untuk blogging. Lagilah nak menulis panjang dan upload gambar. Tak terbuat nampaknya. Tapi, nak update ringkas perkembangan budak-budak ni.

Aisyah - Alhamdulillah berjaya tidak minum susu dalam botol lagi. Mula-mula dulu dia minum susu fresh milk perisa strawberry dalam botol berstraw gambar princess yang saya beli tu, tapi akhir-akhir ni, dia minum je susu dalam cawan. Pendek kata, ikut suka mood dia lah. Tengah latih dia rajin membaca kat rumah. Dia dah pandai membaca tapi kekadang tak rajin nak membaca. Tapi kesian juga kat dia, seharian di sekolah pastu nak paksa dia ulangkaji pula malam kan.

Khadijah - Tengah selsema, batuk. Saya pun tengah batuk gak. Huhu tapi dia yang kena dulu, bukan jangkit dari saya. Masalah snoring dia tu nampaknya dah berkurang. Tetiba pula baru perasan dia dah tak mengeruh sangat masa tidur. Saya pun tak pasti samada kesan ubat homopathi ataupun amalan meminum jus tok guru. Kalau nak jadi asbab pun, dua perkara tu je lah yang konsisten dia makan dalam 2-3 bulan terakhir ni. Alhamdulillah lah kan, kita ikhtiar je lah selebihnya mohon pada Allah kan.

Kereta - Oh saya dah dapat balik kereta kami tu. Mujur 3 hari je masuk bengkel.

Saya - Guys, saya join mbfpc training pada tahun ini. Biarpun kena attend 4 hari, terpaksa sanggup lah nampaknya ini. Minggu depan, ada international conference di Melaka, 12-14hb. Kami pergi 11hb lagi, kali ini tak bawa anak-anak sebab suami saya cakap dia taknak cuti. 4 hari tu kalau nak ambil cuti. Sayangkan cuti, huhu yelah perlu fikir juga tu, ada agenda besar lagi akan datang, so kena jimatkan cuti. Suami bawa anak-anak stay kat putrajaya, rumah adik ipar. Mak mertua saya datang sini tengokkan mereka. Maka, aisyah akan skip sekolah dia 3 hari. Huhu.Hujung minggu ni, nampaknya kelam kabut lah saya, siangnya dah attend kursus tu, 8am sampai 6pm. Huhu lamanya. Malam mesti operasi kemas baju-baju, kemas rumah, lipat kain etc. *pengsan* Tu tak campur kena tunjuk muka, eh berjumpa mak mertua. Kan dia dah ada sini Sabtu nanti.

Dah-dah lah tu kan. Kata ringkas tadi.

2 comments:

Ummi Faris said...

kak mirah..sy pun bg faris homeopati..alhamdulillah dah jarang sgt dgr dia batuk..
dan jus tok guru tu mmg sgt bagus..sy amalkan masa anak dara.hajat saje2 try nk jaga kesihatan(masa tu dpt hadiah dr bakal mak mertua..hehe).masa tu pun ada problem dgn peod tak stabil..lepas konsisten mkn, mmg stabil je peod..Alhamdulillah..
p/s: dah lama tgu kak mirah update blog..huhuhu..

mirah said...

Farida,
Kita usaha je lah kan apa yg boleh.
Tp blh tahan gak be;i jus tok guru tu. Sebulan 2 botol. Budak2 tu dgn abah dia makan. Akak kekadang je sebab mmg akak ni kurang sket bab mkn ubat. Haha..

Tak se4mpat nak update. Busy lah skrg.. minggu depan lg busy.