Wednesday, April 27, 2011

Khadijah makan kek..

Hari ini nak cerita pasal sesi potong kek Khadijah yang dah tertangguh. Kesian dia, bila saya telefon dia dari Melaka dan cakap 'adik, happy birthday..' dia jawab, 'ummi, adik nak makan kek..' aik, dia pun tahu kaitkan kek dengan birthday kan. Dan-dan tu juga saya call kedai kek tempah kek. Bila balik dan tanya kakak, dia cakap abah diaorang belanja makan nasi arab malam tu. Mm..oo tak ajak ummi pun ya..  :)

Khamis petang saya dah sampai pejabat semula. Ingatkan sempatlah ambil kek, tapi tak sempat sebab kedai kek tutup pukul 4.30 ptg. Diaorang tiba ke office saya dah 4.50 ptg. Malam tu makan di D'tasik, uniten tu. Bawa mertua dan adik-adik ipar sama. Dan yang bestnya ada kugiran. Khadijah sangat khusyuk tengok diaorang nyanyi, tapi bila diaorang datang meja kami untuk nyanyikan lagu apa kami nak suruh nyanyi, menangis pula dia. Dan ada juga family yang celebrate birthday di sana dan siap minta kugiran tu nyanyi lagu happy birthday. Khadijah tumpang happy je lah tapi dia tak dapat potong kek dia.

Esoknya Jumaat baru ambil kek dan sesi potong kek di rumah adik ipar di Putrajaya. Jom tengok gambar mereka ya.

Ini masa nak potong kek. Baru lepas mandi, rambut pun basah lagi. Tak sabar masing-masing nak makan.
Kena paksa ambil gambar dulu, kalau tak, memang dah lama khadijah cucuk je kek tu dengan tangan dia.
Birthday Girl.. :)
Oh ini gambar selingan je, gambar kami di Petrosains kali yang ketiga.
Inilah Khadijah yang dah 3 tahun. Geram nak gigit je dia  ni tau. Hihi.
Moga terubat rindu Nenek nak tengok gambar cucu-cucu ni. InsyaAllah kalau takde aral melintang, lagi 2 minggu kita balik kampung ya anak-anak. Diaorang ni pun bukan main seronok lagi  bila cakap nak balik rumah Nenek. Minggu ni ada bengkel dan hari keluarga di PD. Minggu depannya, keluarga mertua datang sini dan minggu selepasnya balik kampung. Asyik penuh je kan program hujung minggu. Yang akan datang tu pun macam-macam lagi menanti.


2 comments:

Pensil Magik said...

wah sedapnya dorang makan kek.. khadijah dapat hadiah ape ?

mirah said...

sue, kek beli je. Ummi dia belum belajar buat kek lahi..hihi..
Takde hadiah istimewa tahun ini.. :)