Wednesday, November 24, 2010

Al Fatihah buat Allahyarham Hamidi Hassan

Awal pagi tadi saya bermimpi menziarah K Eda bersama rakan. Memziarah kerana suaminya, juga sahabat kami meninggal dunia. Tersentak saya dari tidur. Dalam masih mamai itu, tiba-tiba kedengaran sms diterima di handphone. Saya baca dan lagi tersentak sebab ia merupakan makluman yang sahabat kami itu, saudara Hamidi Hasaan atau lebih dikenali dengan panggilan abg Kusan telah kembali dijemput Ilahi. Allahuakbar. Saya khabarkan pada suami, rupanya dia sudah pun menerima kiriman dan panggilan sebelum saya.

Sekalung alfatihah buat allahyarham. Arwah yang saya kenali sejak zaman universiti merupakan seorang yang tabah. Banyak benar dugaan, ujian yang dia lalui. Turun dan naik kehidupan yang kami sendiri rasa tak mampu untuk dihadapi namun dia tetap dia. Seorang yang sangat humble, mungkin keras hati sebab dia ada pendirian sendiri. Mungkin ramai yang persoalkan apabila dia tidak menamatkan pengajian ijazahnya suatu masa dahulu untuk menceburi perniagaan. Namun, arwah seorang yang baik. Suami selalu puji dia pandai masak masakan cina sebab arwah berketurunan cina. Masih ingat ketika kami baru pindah ke rumah sewa sekarang, arwah dan isteri merupakan jiran belakang rumah kami sebelum mereka pulang ke Ipoh. Saya masih ingat masa arwah temankan suami (masa itu sebelum kahwin lagi) ke rumah kakak saya untuk sesi perkenalan. Dan terakhir kali, kami jumpa di rumah pak ayob beberapa bulan lepas. Arwah sudah lain benar, sangat kurus namun sikapnya sama seperti dulu. Arwah menghidap kanser. Kanser yang bermula dari hidung dan seterusnya merebak ke otak arwah. Moga Allah tempatkan arwah di kalangan para solihin. Dan Ya Allah, berilah ketabahan yang hebat juga untuk isteri dan anak-anaknya menghadapi kehidupan mendatang.

Saya begitu teringin nak menziarahi arwah, sejak minggu lepas, sehari sebelum aidiladha apabila kami dimaklumkan arwah dimasukkan ke hospital dan dimaklumkan tiada harapan untuk sembuh. Perancangannya hujung minggu ini kami nak ke sana memandangkan sepanjang minggu lepas kami di terengganu. Namun, perancangan Allah itu lagi hebat. InsyaAllah suami dan rakan-rakan lelakinya akan ke sana. Saya nak ikut tapi suami minta saya di sini sahaja :(

Sahabat-sahabat, sedekahkan lah al-fatihah buat allahyarham Hamidi Hasaan.

6 comments:

ummi09 said...

salam..Al-Fatihah.. tu lah kan kak mirah...dah sampai masanya untuk a.kusan. tak dapat nak bayangkan mcm mana kak eda dengan 4 lagi anak mereka untuk menghadapi perkara ni.. Allah Maha Tahu kan kak. Dia beri semua ni sebba DIA tahu kak eda tu tabah..sejak kenal kak eda masa dia mula2 duduk DN, dia memang tabah orangnya.. psti kan ada hikmah disebalik semua ni.. ari tu ada juga ym dengan kak eda, masa tu dia tengah nak cari keje.. masa mula2 arwah a.kusan sakit.. rasanya dia dah dpaat keje kan skrg... moga dia tabah setabah2nya.. mengalir air mata sal...hm...

mirah said...

sal,
k eda ada 4 anak dgn tambah lg sorang dalam perut. Dia tgh pregnant 5 bln. K eda keje guru sandaran skrg ni. Semalam, masa akak pergi sana, memang sebka sangat. Tak dapat nak tahan air mata bila tgk si husna, anak sulung arwah. Tapi k eda memang kuat. Nampak betul ketabahan dia melayani karenah anak-anak dia.

ummi09 said...

kak eda mengandung ye kak.. ya Allah, sungguh ujian buat kak eda tentunya kerana dia dipilih Allah untuk merasai semua ni..Allah ingin meningkatkan darjatnya..moga dia tabah kan kak.. peringatan juga buat kita yang masih hidup ni, bila2 masa je Allah boleh tarik nikmat yang kita ada ni kan.. moga anak2 kak eda menjadi anak soleh dan solehah. juga anak2 kita semua..ameen..

Nieza Ishak said...

al-fatihah .... buat arwah

cikanna said...

alfatihah dari saya,muga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini..

mirah said...

Sal, ya moga Allah beri kekuatan yg sangat hebat buat k eda.. AMin.

Nieza, thanx..

cikanna,
terima kasih juga.

Saja nak maklumkan yg arwah sedang menyiapkan degree dia dalam bidang perhotelan dan catering. Dah 2x dapat anug dekan. Sebak bila mak dia cerita semula, arwah cakap dia nak tebus kegagalan dia dulu, tu dia sambung belajar semula. Dia ckp kat isteri dia pula, takpelah biar dia mati masa belajar...