Wednesday, July 28, 2010

Cambodia II

Rasa nak cerita lagi pasal lawatan ke Kemboja tempoh hari. Gambar banyak, laporan masih belum siap lagi. Huhu tengah cari mood dan idea nak mengarang lah ni. Layan gambar je lah ya.

Ini di sebuah perkampungan bernama Kg Oudong, Prey Pih. Kami kena panjat bukit untuk sampai ke kawasan ini. Di sinilah tempat yang mana saya ada ceritakan dalam entry Cambodia hari tu mereka mengaku beragama Islam namun diajar solat hanya seminggu sekali pada hari Jumaat dan solat Jumaat sahaja, manakala bagi orang dewasa berumur 40 thn ke atas, tidak wajib solat lagi. Saya dimaklumkan ajaran tersebut dan beratus tahun digunapakai di kawasan itu. Memang payah nak betulkan semula akidah mereka tapi mujurlah ada ustaz di sana yang dalam proses membetulkan pegangan mereka yang mana dibuat secara berperingkat. Sesi temuramah sedang dijalankan.


Pada hari ke-2 di sana, kami menuju ke Phnom Da ini nak pergi tengok tapak arkeologi seperti gambar di atas tu yang dikatakan milik kerajaan Funan beratus tahun lampau. Nak sampai ke sana dari Bandar Phnom Penh mengambil masa lebih kurang 3 jam, dengan jalan tidak berturap, hanya tanah merah sahaja. Memang mencabar minda dan fizikal ok. Bergegar van 12 seaters kami tu. Balik dari sana, aircond rosak dalam perjalanan menambahkan kelesuan kami. Ditambah kepenatan kena mendaki bukit lagi, sampai je di atas sana, dapat menikmati sebungkus nasi goreng. Nyaman terasa.. :)

Eh apasal gambar ni terkecil lak? hihi silap resize lah ni.. Sempat mengabadikan gambar berlatar belakang monumen tersebut. Memang utuh tak ditelan zaman. Namun, hasil pemerhatian tidak menjumpai sebarang inskripsi/ bahan baharu untuk kajian lanjut. Ada laluan ke bawah monumen tersebut tapi penyelidik kami tak benarkan masuk. Risiko weh, tak pasal-pasal tak balik nanti kan..

Ha nak tunjuk juga gambar sebahagian makanan kami makan di sana. Itu ikan Toman bakar ya, dimakan samada dengan mee laksa tu, campur sayur di sekeliling tu dan cicah dengan air asam dalam bekas tepi tu. Saya memang tak makan ikan darat, serius tak dapat nak telan rasanya. Cuba juga lah nak makan sebab lapar amat, kat sana bukan boleh beli makan tepi jalan sesuka hati je. Namun surrender lepas tu, makan nasi dengan sayur dan kuah asam tu je.. Kat sana memang makanan mereka based on sup sayur, singgang, no wonder orang sana cantik-cantik dan slim-slim. Hihi..

Lastly, nak tunjuk juga gambar ini. Buah manggis, rambutan dan laici. Buah laici dia manis amat tau. Kalau pergi ke mana-mana, mereka akan hidang setiap seorang sepinggan buah ni, memang confirm tak habis. Kang makan banyak, nak kena pergi toilet pula, sedangkan perjalanan kami ni tak pasti persinggahan di mana. Ngeri nak fikir kena masuk public toilet. Hihi..sabar je lah. Ini buah yang kami nikmati dan sempat ambil gambar nak tayang kat blog semasa berada di Royal Academy of Cambodia.

Ok sekian cerita bergambar ya. Gambar research yang lain tak payahlah tunjuk kan. Apapun, memang selama seminggu berada di Kemboja memberikan pengalaman baru dan takkan dapat dilupakan. Sungguh berharga dan sukar diperoleh.

4 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Mirah, untung yer dapat pegi sana..:)

ummi09 said...

errr..toman ke kak..eiiii..nape kepale jek.. sal memang tak makan la, sebab biase dimomokkan, ikan toman makan monyet.. muahaha..

anyway hepi berday.. lama betul tak ke blog akk nih..hehe

mirah said...

Mimi, kira untunglah. Kalau nak ikutkan post sekarang ni, pyh juga nak kena outstation tp bos mirah tu baik. Kita dah tlg dia buat admin, dia ajak berjalan sambil buat kerja lak.. hihi..

mirah said...

Sal,
ya ikan toman. yg ekor kat bhgn lelaki.. k mirah pun tak makan ikan darat ni, tambah pula tgk kepala ala-ala ikan keli.

tq sal. Bila awak nak blk mesia ni?