Aisyah dah pergi sekolah semula hari ini. Alhamdulillah kesan kena chicken pox tu tak nampak sangat. Semalam doktor bagi minyak vitamin A untuk hilangkan parut. Parut kelihatan kat belakang badan dia je, kat tempat lain hilang macam tu je. Tak sabar nantikan cerita dari sekolah dia jap lagi.
Malam tadi kan, saya terasa sayu hati sangat, entahlah kenapa, sampai menitis air mata. Usai solat tu, saya menangis dalam doa yang dibaca. Anak-anak memang ada di sekeliling tengah main (selerakkan bilik), saya pula rasa sangat down dan helpless, lalu menitis air mata dalam doa yang dipohon, walaupun takde suara, tetiba aisyah datang rapat pada saya dan dia cakap kat adik dia 'adik, ummi sedih..'. Makin lama dia makin rapat dan duk atas riba saya, tak semena juga dia menangis sama. Saya habiskan doa dalam gesa kerana aisyah pula teresak-esak menangis. Ya Allah, saya tersentuh hati dengan perlakuan dia, si kecil itu seolah turut sama mengerti kesedihan saya walaupun dia tak tahu apa yang saya gusarkan. Aisyah kept bertanya, 'ummi, kenapa? kenapa ummi sedih?' saya bawa dia dan adik turun dan tidurkan mereka. Kesian aisyah. Maafkan ummi ya buatkan aisyah turut sama sedih tapi yang pasti, ia bukan sebab kenakalan kalian... Kat bawah pula, saya ajak dia peluk saya dan saya peluk dia kemas-kemas dan doakan moga Allah rahmatilah anak ini, moga dia dapat menjadi anak yang solehah dan kakak yang baik untuk adik-adik.
Saya dah ok pagi ini. Sesungguhnya sentiasa lah ingat bahawa Allah timpakan ujian/ kesakitan/ kesusahan itu sebenarnya tanda kasih sayang Allah supaya kita kembali dekat padaNya. Moga dalam rahmat Allah semuanya. Amin.
8 comments:
Ya Allah sedihnyer hajar baca n3 akak ni... menitis air mate dibuatnyer...
setiap dugaan yang Allah turunkan ade hikmahnyer... so kuatkan semangat yer kak...
Mirah, kita belek2 pa&ma ogos tadi. tgk ada awak & anak2, terus beli :D tahniah! glemer nyah.
Hajar,
thanx hajar.. :)
memang tak boleh lupa reaksi aisyah mlam td.
Lyna,
oh mirah pun baru dapat ni. Biasanya mmg ada pakcik cina dtg jual majalah kat ofis ni. Tetiba muncul lak dia tadi.. glemer? takde lah, sekadar perkongsian tp agaknya esei yg saya bagi tu panjang benar kot, yg penting2 saja tertulis..
terharu kan bila anak kecil dah faham dna mula bertnay, berkongsi rasa dgn kita...
dah lama tak drop komen kat sini..mirah dna anak2 ape kabar
Tahniah Mirah..akak baru beli Pa&Ma Aug semalam..best tgk anak2 mirah
Dayah, ya pagi tadi pun dia tanya lagi, kenapa ummi nangis hari tu? ('hari tu' dia tu maknannya hari yg dah berlalu lah, tak kira lah berapa hari berlalu, mesti dia cakap 'hari tu' kan..)
kami sihat semua ni... :)
K ina,
tq. hihi khadijah half way dah mengamuk sbb dia dah boring agaknya. Reporter janji dtg kul 9.30 pagi. 9.30 pg kami dah muncul, sekali 10.30 gak kot baru tiba, haih hilang mood dah anak2 dara ku itu..
tetiba saya rasa tersegan lak pula..hihi..
Post a Comment