Sunday, July 11, 2010

Cambodia





Alhamdulillah saya dah berada di rumah semula. Lama tu 6 hari setengah di tempat orang.
Sangat banyak pengalaman saya dapat sepanjang tempoh berada di Kemboja minggu lepas. Dan sebagai saudara seagama, memang kami sangat simpati dengan masyarakat minoriti Melayu Islam di sana. Walaupun tujuan asal trip tersebut untuk mendapatkan manuskrip, bukan setakat berjaya menemui manuskrip tersebut, malah kami juga turut terlibat dalam membantu meringankan beban mereka. Sungguh besar tanggungjawab mereka di sana. Dan insyaAllah jika dizinkanNya, kami akan kembali ke sana suatu hari nanti dengan misi yang berbeza.

Ok saya share few photos taken masa kat sana ya yang saya rasa takkan dapat jumpa di negara kita ni.

'Bas sekolah' anak-anak di sana. Boleh bayangkan sebuah motor menanggung beban di belakang dan anak-anak sekolah tu duduk macam tu je? memang risau menengokkkan tapi ia pemandangan biasa di sana. Cubalah buat perbandingan bagaimana jauhnya jurang ekonomi Kemboja dan Malaysia dari situasi tersebut. Itu hanya satu situasi sahaja.

Kami ke National Library of Cambodia, ini section buku-buku lama dalam bahasa Perancis. Mereka masih belajar dalam bahasa Perancis pada sesetengah institusi. Lihat bagaimana Perancis pernah datang ke Kemboja untuk membangunkan tamadun bangsa di sana. Semua buku tu dalam area tahun 1800-an. Berada di dalam tempat itu, seolah melihat library dalam cerita Harry Potter. Saya dimaklumkan di national library kita pun tiada koleksi sebegini. Betul ke?

Cuba klik pada gambar buku ini dan lihat tahun ia diterbitkan. It was more than 100 years old. Nak pegangpun kena hati-hati, kami sangat teruja dan kagum melihat koleksi mereka. Ada bebrapa telah didigitalkan untuk kajian lanjut.

Akhir sekali, kami ke satu perkampungan Islam, mereka mengaku Islam tapi percaya bahawa solat hanya perlu dilakukan sekali seminggu iaitu solat Jumaat sahaja. dan mereka yang berusia 40 tahun ke atas tidak wajib solat lagi. Kalau kat Malaysia harus dah dilabel ajaran sesat ni. Boleh mengaji tapi bacaannya tidak tepat. Rumah tersebut merupakan rumah mereka di atas bukit. Daif sangat, tapi mereka harus melaluinya.

Banyak saya nak kongsikan kerana pegembaraan kami ke sana merupakan pengalaman yang sukar diperoleh. InsyaAllah jika ada kesempatan lain, akan saya kongsikan lagi. Esok akan kembali ke pejabat memulakan rutin harian seperti biasa. :)

No comments: