Kihkihkih tajuk tak boleh blah tu.
Kisahnya saya tengah bergelut dengan reports yang tak siap-siap, surat nak kena draf tak buat-buat juga, arahan nak kena bagi kat staf bawah pun tak sampaikan lagi, tindakan mesyuarat, jamuan perpisahan, mesyuarat lagi, bengkel etc. Sampaikan saya rasa sesak nafas sebab banyaknya yang nak kena buat tapi tak terbuat. Fuhh tarik nafas dalam-dalam dulu then hembus. Kena buat slow-slow, kat kepala saya ni ibarat benang tengah bergumpal, saya sedang tarik satu persatu agar ia tak jadi makin kusut.
Ya saya nak pergi siapkan report ni. Tapi saya kesian tengok blog ni tak terupdate. Apakah?? Hihi.. semalam cuti tak terasa nak update, tengah haru-biru ni baru terasa nak menulis. Ok, inilah namanya nak releasekan tension kan. Till then.
Perjalanan hidup ini ialah sebagai mengambil bekalan untuk hari kemudiannya. Beruntunglah barangsiapa yang berfikir dan mengambil peluang tersebut. Hidup ini hanya sementara.
Monday, May 31, 2010
Saturday, May 22, 2010
Yeay! dah tamat
Alhamdulillah kursus 5 hari dah tamat petang semalam. Exam pun boleh lah jawab tapi tak tahulah resultnya macamana. Mudah2an lulus lah kalau tidak, buat rugi univ. je, dah lah kos untuk seorang peserta dah RM3-4K. Tapi, kalau dah lulus, cabaran lain lak menanti.
Kursus ni memang ramai yang terpaksa berkorban. Hihi bukan takat saya je yang sanggup tu tiap malam bangun awal pagi nak study, berderet 4 malam, padanlah hari jumaat semalam, kepala dah weng, tak mampu nak tanggung dah tahap kepenatannya. Tapi, anak-anak saya dan suami juga. Aisyah waktu balik tteghari, saya tak sempat nak ambil sebab rehat sejam je, pengasuh dia tolong ambil kan. Memang sangat terhutang budilah pada kakak pengasuh tu. Kena lah aisyah jalan kaki je balik rumah pengasuh dia, takdelah jauh mana, tapi still kena jalan kaki berpanas lah juga kan. Khadijah lak, saya tak pump susu masa siang hari. So, takde bekal susu utk dia, minum fm je lah siangnya. Suami saya lak, terpaksa lah hadap masakan simple2 je yg sempat saya masak sepanjang minggu ni. Kain bertimbun tak usah cerita lah kan, mesin tetap membasuh hari2, tapi tukang lipatnya je tak sempat. Lepas je isyak, dalam pukul 9 ke 9.30 malam je dah tutup lampu, paksa anak-anak tidur, ye lah nak bangun awal untuk study lak kan. Ada satu malam tu, khadijah pun bangun study sama. Ye lah dia mana boleh tengok ummi dia takde kat sebelah.
Haa see, kan ramai yang terpaksa berkorban demi saya ikuti dan lulus kursus ni, tu tak masuk hal di pejabat dan memangku tugas. Tarik nafas dalam-dalam nak settlekan satu-satu perkara kat ofis ni. Report mesyuarat je dah 3 nak kena siapkan utk mesyuarat isnin dan selasa. Hari isnin nanti, ada mesyuarat pagi dan petang. Nampaknya kena pergi ofis gak hari ini atau esok, siapkan semua tu, kalau tak jenuh lah nak buat semua isnin ni, confirm tak siap. Malam ni ada dinner alumni, kena pergi juga. Huhuhu... takpelah tu, yang penting pagi ni kami nak keluar. Pergi release tension, cuci-cuci mata pulak eh.. haha.. Kesimpulannya, kalau tak lulus kursus ni, memang tak berbaloi lah semua yang dah dibuat kat atas tu. So insyaAllah lulus rasanya. Amin..

Wednesday, May 19, 2010
Sedang berkursus
Salam
Mood berkursus sepanjang minggu ini.
Jumaat petang ada exam, please doakan lah saya berjaya ya.
Masuk hari ke-3 ni baru nampak sedikit jelas.
Kalau boleh pilih, tak nak datang Lead Assessor ni. Huwaa....
Namun, kena positif. InsyaAllah kalau orang lain boleh, kenapa saya tidak kan.. (mode:pujuk diri sendiri..)

Wednesday, May 12, 2010
25
25 apa? Khadijah lah, hari ini berusia 25 bulan. Dah lama saya tak buat entry pasal dia kan. Eh kali ini pun nak update ringkas je, tak sempatlah sekarang ni nak berblog lama-lama. Khadijah baru baik batuk, selsema. Sambung dengan aisyah pula ni ha, dah 4 hari demam on-off je, tadi dengan confident bagi dia ubat voren supp yg masuk ikut bontot tu kan, sekali panik bila kat plastik ubat tu tak tulis untuk demam. Huhu, msg tanya kak g untuk confirmation, tapi dia belum reply. Terus saya on laptop dan goggle, oh mujurlah mmg ubat tu prescribed utk demam yang tinggi pun. Saya confident bagi sebab memang saya ingat ubat tu untuk demam, adalah sekali lawatan pergi klinik dapat ubat tu. Tu yang tak pandang kiri-kanan, ambil dan terus bagi. Bila dah bagi, baru nak baca plastik ubat. Bad me. Lain kali janganlah buat lagi, kawan-kawan pun jangan tiru ya.
Sekejap tadi check badan aisyah dah berpeluh. Kira cepatlah kesan ubat tu. Harap-harap aisyah cepat sembuh. Ok saya nak tidur. Tadi mengantuk amat, gara-gara rasa macam salah bagi ubat kat aisyah tadi, buat saya sakit perut dan segar mata terus on laptop.

Saturday, May 8, 2010
Selamat Hari Ibu!
Balik dari Taski semalam, aisyah handed kan saya kad ini. Oh terharu umi, nak. Walaupun senget benget, salah potong perkataan, terlindung sana-sini, tapi umi suka, aisyah. Baguslah cikgu dia ada inisiatif meraikan sambutan hari ibu ahad ni, kan. Saya boleh terima dia gunting kertas tu herot sekali sebab dia mana dibenar pegang gunting, bila sekali dapat, mesti bawah pengawasan guru dia lah, habis semua nak digunting ya.
Di sebelah dalamnya tulis 'sayang umi'. Tulisan dia tu, dia ikut apa cikgu dia tulis kat atas tu. Well, what else to expect from a not-yet-4-year-old-kid kan. Apapun, i'm happy.. :) (berangan untuk dapat kad lebih cantik tahun depan, aci tak? haha...)
Untuk semua ibu-ibu di luar sana, Selamat Hari Ibu! Moga kita sama-sama dapat menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak kita dan senantiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak.
Dan untuk anak-anak pula, hargailah ibu kita selagi mereka masih ada ini, keberkatan menjaga ibu dan menghormati mereka adalah bagai jambatan untuk ke syurga.
Dan akhir sekali, khas untuk mak dan mak mertua saya, Selamat Hari Ibu, mak!!! Terima kasih di atas segala kepayahan membesarkan kami sedari kecil hingga dewasa. Jasa kalian tidak akan kami lupa dan takkan dapat kami balas biar dengan duit berjuta-juta sekalipun. Terima kasih lagi sekali Mak. Kami doakan moga Mak sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan diberikan kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menghabiskan sisa-sisa umur dengan mendekatkan diri padaNya. Moga kasih sayang Allah sentiasa bersama kalian. Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)