Alhamdulillah kursus 5 hari dah tamat petang semalam. Exam pun boleh lah jawab tapi tak tahulah resultnya macamana. Mudah2an lulus lah kalau tidak, buat rugi univ. je, dah lah kos untuk seorang peserta dah RM3-4K. Tapi, kalau dah lulus, cabaran lain lak menanti.
Kursus ni memang ramai yang terpaksa berkorban. Hihi bukan takat saya je yang sanggup tu tiap malam bangun awal pagi nak study, berderet 4 malam, padanlah hari jumaat semalam, kepala dah weng, tak mampu nak tanggung dah tahap kepenatannya. Tapi, anak-anak saya dan suami juga. Aisyah waktu balik tteghari, saya tak sempat nak ambil sebab rehat sejam je, pengasuh dia tolong ambil kan. Memang sangat terhutang budilah pada kakak pengasuh tu. Kena lah aisyah jalan kaki je balik rumah pengasuh dia, takdelah jauh mana, tapi still kena jalan kaki berpanas lah juga kan. Khadijah lak, saya tak pump susu masa siang hari. So, takde bekal susu utk dia, minum fm je lah siangnya. Suami saya lak, terpaksa lah hadap masakan simple2 je yg sempat saya masak sepanjang minggu ni. Kain bertimbun tak usah cerita lah kan, mesin tetap membasuh hari2, tapi tukang lipatnya je tak sempat. Lepas je isyak, dalam pukul 9 ke 9.30 malam je dah tutup lampu, paksa anak-anak tidur, ye lah nak bangun awal untuk study lak kan. Ada satu malam tu, khadijah pun bangun study sama. Ye lah dia mana boleh tengok ummi dia takde kat sebelah.
Haa see, kan ramai yang terpaksa berkorban demi saya ikuti dan lulus kursus ni, tu tak masuk hal di pejabat dan memangku tugas. Tarik nafas dalam-dalam nak settlekan satu-satu perkara kat ofis ni. Report mesyuarat je dah 3 nak kena siapkan utk mesyuarat isnin dan selasa. Hari isnin nanti, ada mesyuarat pagi dan petang. Nampaknya kena pergi ofis gak hari ini atau esok, siapkan semua tu, kalau tak jenuh lah nak buat semua isnin ni, confirm tak siap. Malam ni ada dinner alumni, kena pergi juga. Huhuhu... takpelah tu, yang penting pagi ni kami nak keluar. Pergi release tension, cuci-cuci mata pulak eh.. haha.. Kesimpulannya, kalau tak lulus kursus ni, memang tak berbaloi lah semua yang dah dibuat kat atas tu. So insyaAllah lulus rasanya. Amin..
3 comments:
insyaallah..lulus tu..amin..~
Insyaallah... Amin...
Saraa and hajar,
thanx! tak sabar gak nak tahu result ni.
Post a Comment