Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu!

Balik dari Taski semalam, aisyah handed kan saya kad ini. Oh terharu umi, nak. Walaupun senget benget, salah potong perkataan, terlindung sana-sini, tapi umi suka, aisyah. Baguslah cikgu dia ada inisiatif meraikan sambutan hari ibu ahad ni, kan. Saya boleh terima dia gunting kertas tu herot sekali sebab dia mana dibenar pegang gunting, bila sekali dapat, mesti bawah pengawasan guru dia lah, habis semua nak digunting ya.


Di sebelah dalamnya tulis 'sayang umi'. Tulisan dia tu, dia ikut apa cikgu dia tulis kat atas tu. Well, what else to expect from a not-yet-4-year-old-kid kan. Apapun, i'm happy.. :) (berangan untuk dapat kad lebih cantik tahun depan, aci tak? haha...)

close up sket..


Untuk semua ibu-ibu di luar sana, Selamat Hari Ibu! Moga kita sama-sama dapat menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak kita dan senantiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak.

Dan untuk anak-anak pula, hargailah ibu kita selagi mereka masih ada ini, keberkatan menjaga ibu dan menghormati mereka adalah bagai jambatan untuk ke syurga.

Dan akhir sekali, khas untuk mak dan mak mertua saya, Selamat Hari Ibu, mak!!! Terima kasih di atas segala kepayahan membesarkan kami sedari kecil hingga dewasa. Jasa kalian tidak akan kami lupa dan takkan dapat kami balas biar dengan duit berjuta-juta sekalipun. Terima kasih lagi sekali Mak. Kami doakan moga Mak sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan diberikan kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menghabiskan sisa-sisa umur dengan mendekatkan diri padaNya. Moga kasih sayang Allah sentiasa bersama kalian. Amin.

4 comments:

Nadiah Sidek said...

tak sabar nak dpt kad dr anak sendiri! ehe..

Dayah said...

selamat hari ibu Mirah.....

YuSniZa said...

hehe..bile la saya nak dpt kad mcm ni nih :P

mirah said...

Nad,
hehe tahun2 akan datang, mesti dapat punya...
Selamat hari ibu..

Dayah,
selamat hari ibu juga.
Moga mudah dan selamat tu utk kelahiran ke-2

Yus,
cepat2 lah kahwin dulu ya.. haha..