Tuesday, April 20, 2010

Kepada Dia jua lah kita kembali..

Tok meninggal dunia jam 9.30 pagi Jumaat, 16 April 2010 yang lalu. Satu-satunya nenek yang kami masih ada sebelum ini dan akhirnya arwah pergi jua. Sudah suratan Ilahi yang pasti. Kami tak sempat pun nak lihat jenazah yang dikebumikan Jumaat petang selepas Asar. Kami masih dalam perjalanan. Walaupun hati nak sangat cium arwah, tapi saya akur. Hari makin senja, dan untuk ambil keberkatan hari Jumaat tu, maka jenazah harus disempurnakan. Lagi pula, mak saya kata kami kan dah balik seminggu sebelumnya dan sempat jumpa arwah, jadi memadailah.

Semingu sebelumnya, mak saya call, bagitahu keadaan tok nampak tenat. Mak cakap, kalau rasa nak jumpa tok waktu dia masih ada ni, baliklah. Mak dah panggil semua cucu-cucu tok yang lain balik kampung. Saya mula rasa tak sedap hati, maka decided ambil cuti Khamis dan Jumaat untuk balik kampung. Alhamdulillah sempat jumpa tok. Kedaan tok masa tu memang sangat uzurlah, tapi dia masih cam cucu-cucu dia, dapat bercakap sket-sket, tu pun sebab telinga dia dah tak berapa dengar, masih lagi cakap bila nak ke toilet dan sebagainya. Tapi, keadaan fizikal dia memang dah lain benar dari masa keadaan dia sihat. Last sebelum tu kami jumpa masa raya haji tahun lepas, awal Disember 2009. Arwah tok masih boleh tersenyum bila cicit-cicit dia datang salam dan cium dia. Dan airmata kami tak tertahan lagi masa kami kena balik semula ke sini Ahad lepas. Kami dapat rasankan ini mungkin pertemuan terakhir kali bagi kami. Saya mohon maaf dan ucap terima kasih di atas segala yang dia lakukan sepanjang menjaga kami sejak kecil. Walaupun tok dah tak mampu nak bercakap apa, tapi kami tahu dia tahu yang kami akan balik. Saya cium kedua belah pipi dan dahi tok. Tuhan saja yang tahu betapa beratnya hati nak melangkah pergi. Dalam pada itu, saya redha jika Allah nak jemput tok pulang. Tiap lepas solat, saya doakan tok cepat sembuh namun jika Allah nak jemput tok pulang, biarlah dalam keadaan paling baik, paling lembut, dalam iman dan dalam kalimahNya yang Agong jua.

Tiap-tiap hari seterusnya saya call mak tanya keadaan tok. Mak cakap keadaan tok makin tenat. Hari Khamis saya tak sempat call, kononnya nak call bila anak-anak dah tidur, sekali dengan saya tidur sama. Dan jumaat pagi esoknya, adik saya call jam 9.40 pagi memaklumkan tok dah tiada. Innalillahiwainnalillahirojiun.. hanya airmata yang mampu mengalir tanpa henti. Kepada Pencipta yang maha esa jugalah dia kembali. Mak cakap tok pergi dalam keadaan mudah dan tenang. Abg Pie dan abah ada di samping tok mengucapkan kalimah syahadah. Sepupu saya sempat 3x baca surah Ar ra'dhu sebelum tok meninggal.

Saya sedih. Bohong kalau saya kata tidak. Dia lah tok yang menjaga kami sejak kecil. Dia lah tok yang selalu datang ke rumah kami tiap kali kami adik-beradik sakit. Dan tok setia tiap kali hujung minggu datang tidur di rumah kami. Dia lah tok yang bersengkang mata menjaga kami tatkala kami demam, yang tolong jelom kepala, yang suap makan. Saya masih ingat suatu hari, masa bermain di tali air belakang rumah tok, kaki saya kena gigit lintah. Saya berlari balik rumah dan tok yang buangkan lintah tu. Tok marah arwah abang saya sebab dia tak tolong buangkan. Saya masih ingat juga tiap kami saya nak balik semula ke universiti dulu, mesti tok akan bagi saya paling tidak RM10. Walau menolak pun, dia tetap nak bagi. Bila cucu-cucu balik, tok mesti akan buat kuih tok aji sereban. Ni masa dia sihatlah. Kalau tiap kali raya pula, mesti tok buat ketupat. Sedap sungguh ketupat tok buat. Saya masih ingat juga tengok tok buat bedak sejuk sendiri, tapi bila masa nak basuh beras tu saya lari, sebab bau dia busuk. :) tok cakap memanglah busuk, tapi dah siap bau wangi.

Saya terkenang juga waktu tok suruh cabut uban dia, tok bagi upah 10 sen ke, 20 sen masa tu. Suka lah saya, buat beli apa tak ingat dah. Tak pun tolong pijak belakang tok. Tok sempat jaga aisyah masa saya balik berpantang di kampung dulu. Tok siap tidur kat rumah kami melayan cicit. Banyak kenangan dengan tok sebenarnya, ya lah dia lah satu-satunya tok yang berada dekat dengan kami sejak kecil. Dan paling saya tak boleh lupa, hingga ke hari ialah, kelibat tok di beranda rumah. Tiap kali kami pergi rumah tok, mesti dia ada duduk di kerusi di beranda rumah. Sampai sekarang, saya ternampak-nampak di mata tok duduk di kerusi. Even masa balik ziarah tok tempohari pun sama. Sangat jelas gambaran itu. Dan biasanya tiap kali sebelum kami balik semula ke serdang selepas bercuti di sana, kami akan singgah ke rumah tok nak bersalam dengan dia. Dah jadi tradisi, namun tiada lagi kesempatan itu selepas ini.

Mak cakap tok banyak berkorban pada masa muda dia. Ayah Ngah, bapa saudara saya suh simpan baju-baju tok cepat-cepat. Dia tak boleh tengok. Abang saya sebak tatkala balik mengajar dari sekolah, bila tiba di rumah tok nak ambil anak dia, tiada lagi tok yang menunggu di beranda. Dia lah cucu kesayangan tok. Saya sedikit terkilan sebab tak sempat nak tengok jenazah arwah dan cium tok buat kali terakhir sebelum disemadikan, namun saya akur dan pasrah. Ini semua ketentuan Allah.

Tok, bersemadilah di sana dengan tenang. Saya sentiasa doakan moga roh tok ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan diberkati Allah sentiasa. Dan moga-moga kematian ini memberi peringatan kepada kita yang masih hidup. Terima kasih tok di atas segala keringat, jasa dan kasih sayang yang telah dicurahkan kepada kami adik-beradik.

Tok masa bagi susu kat aisyah. Masa ni aisyah umur 3/4 bulan kot. Awal tahun 2007. Tok cakap kalau suh dia bagi susu, bolehlah, nak suh dukung aisyah dia tak larat. Aisyah debab amat masa tu.


9 comments:

Nadiah Sidek said...

inna lillah wa inna ilayhi roji'un. smg rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama insan2 yg beriman..

takziah buat akk seisi keluarga..

Ara said...

takziah mirah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 beriman dan lepas dr seksaan azab kubur..amin

Dayah @ Real Ummu said...

takziah Mirah...moga roh tok Mirah ditempat bersama para solihin...

knv said...

oh sedih. al-fatihah untuk arwah. ye kan? Dia-lah destinasi kita akhirnya.

mirah said...

Terima kasih nadiah..
Amin..

mirah said...
This comment has been removed by the author.
mirah said...

Saraa,
terima kasih.
Amin atas doa tersebut..

Dayah,
terima kasih. Mudah2an..

K ana,
sedih. Saya baru teringat, bila khadijah lahir, pastu saya ckp telefon dgn tok, ni masa khadijah di nicu lagi, dia tanya baby nama apa? Saya jawab khadijah, pastu tok cakap 'tok ada lagi, dah bagi nama sama dgn tok' pastu dia gelak-gelak kecil. Nama tok, Tijah. Dia dengar mcm sama. Dia suka sgt bila pertama kali bawa khadijah balik jumpa dia.. huhu kenangan..

Ya kematian itu sebagai peringatan bagi kita yg masih hidup ni.

~Umi.Sufira~ said...

Salam takziah...yer kita semua takkan terlepas dari ajal dan maut kan..*insaf*

mirah said...

Mimi, terima kasih.
Ya kematian itu sesuatu yg pasti..