Monday, April 12, 2010

Happy 2nd birthday Khadijah!


Happy birthday Khadijah!
Khadijah berusia 2 tahun hari ini. Terasa baru dan masih teringat-ingat lagi saat-saat dia di NICU dulu. 2 tahun sudah berlalu rupanya. 2 tahun yang penuh makna :).
Pagi tadi attended appointment dia di klinik paed. Mengamuk anak dara tu sebab dah boring, lama sangat kat sana. Siapa yang biasa pergi hospital serdang, sure tahu bagaimana sukarnya nak cari parking kereta. Pagi tadi pergi berdua je dengan dia, dapat park kereta kat bawah pokok, tu pun nasib baik dapat. Itu sampai pukul 8.00 pagi, kalau lambat sket, sure kena berpusing-pusing beberapa kali.

Khadijah dear,
Ummi doakan yang terbaik untuk khadijah, moga sentiasa sihat, bertambah berat dan membesar sempurna. Moga jadi anak yang dapat mendoakan kesejahteraan kami bila kami tiada lagi nanti. Moga jadi anak yang solehah dan seterusnya muslimah sejati. Ummi rasa bangga dengan khadijah. Moga terus menbesar menjadi anak yang hebat ya sayang!.

Ummi sayang Khadijah!

11 comments:

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

Alhamdulillah anak membesar sihat & happy.

happy birthday Khadijah!!

YuSniZa said...

happy besday Khadijah
(saya merangkap mama Khadijah..haha)

Mummy Harith Hannah said...

Comel sangat gambar Khadijah nie, mirah. Fotogenik gitu... ;)

Happy birthday dear Khadijah! Auntie tolong Amiin kan segala doa2 ummi Khadijah tue... ^-^

me_czar said...

Cepat je masa berlalu kan? Tak terasa masa membesarkan anak-anak nih.

Selamat hari lahir Khadijah. Semoga sihat selalu dan dapat menjadi anak yang mendamaikan hati ibu & abah.

mirah said...

mamamiya,
Itulah kegembiraan paling optimun bagi seorang ibu bila anak2 dia sihat dan happy kan..

Yus,
aih tetiba jadi mama angkat lak..
ok lah, nnt raya kena bagi duit raya tau.. hihi..

mirah said...

arnie,
mirah pun suka gambar ni, cantik sbb ditangkap guna dslr adik. Kalau takat pakai handphone, confirm tak jd mcm tu.. :)

Thanx auntie...

mirah said...

myza, ya masa berlalu sungguh pantas kan. Sesekali bila tgk anak-anak ni happy bermain, serasa baru je seketika melihat mereka meniarap, merangkak dan belajar berjalan.

Huh kita pun makin tua maknanya kan..
Thanx atas doa tersebut.. :)

Jiey^Mien said...

hepi befday khadijah..
=)

kakyong said...

hepi besday khadijah,
semoga membesar sihat kuat solehah & mbahagiakan kedua org tua..

mirah said...

jiey,
thanx ya..
Rayyan pun dah tak lama lagi nak 2 thn kan..
Sekejap je masa berlalu kan..

Kak yong,
thanx atas doa tersebut.. :)

Nadiah Sidek said...

happy belated birthday khadijah!

p/s: akk, jemput ambil award di blog nadiah ye :)