Thursday, February 25, 2010

Saya rasa happy sebab..

Alhamdulilah saya dah beransur baik. Batuk sesekali je, sepatutnya kena habiskan antibiotik tapi saya rasa macam takperlu. Bolehkah? sebab saya tengok ubat tu banyaknya.. (oh jangan tiru perangai saya ya..)

Saya happy juga sebab esok cuti, then sebab hari ini saya berjaya siapkan banyak tugas yang tertangguh di pejabat ni. Bunyi bersemangat dan energetic tak saya? hihi.. saya ada banyak tugasan penting mulai minggu depan, maka wajarlah saya siapkan yang tertangguh tu dulu. Ada banyak lagi deadline kerja nak siapkan ni. Kekadang rasa macam tak cukup masa je, tapi bila dah last minute, siap juga tapi jangan lah tiru juga style buat kerja last minute ni ya..

Esok cuti, kalian ke mana? Kami berehat dan mengurus rumah sahaja rasanya, paling jauh pun pergi hypermarket cari barang dapur dan keperluan anak. Tapi, ahad ni saya plan nak pergi gathering susuibu.com. Ada sesapa nak join sama? Jom kita jumpa di sana ya. Ada juga Kempen Penyusuan Susuibu di Ampang, Sabtu ini. Rasa macam nak pergi, tapi macam susah sket sebab mana nak tinggal anak. Saya tak tahu nak drive sendiri ke sana. Takkan nak bawa anak-anak, confirm mereka boring nanti. Saya boleh tinggalkan mereka di rumah pengasuh tapi segan pula rasanya.

Selamat berhujung minggu kalian.
Ini ada pesanan khidmat masyarakat, sesiapa yang tengah mencari pekerjaaan, boleh lah lawati laman web pendaftar UPM ni ya. Manalah tahu, ada rezeki kalian kan.

2 comments:

Dayah @ Real Ummu said...

happy bila byk kerja berjaya disiapkan...yambah2 kalau kerja ofis dan kerja kat umah ni..belambak jugak..tak penah habis..

mirah said...

hihi betul tu dayah..