Friday, June 19, 2009

Stok

Lama kan saya tak update perkembangan penyusuan susuibu pada nak kecil saya itu kan, kalian. Tetiba saya terasa ingin berkongsi di sini. Untuk makluman, khadijah masih minum total sehari lebih kurang 12 - 15 oz sahaja. Tidak tahulah banyak ke sket dia consume tu, maka dengan itu, production susu umminya juga di kadar itu sahaja lah dengan 3 kali sesi pengepaman sahaja sehari. Ada orang kata production kita akn selari dengan pengambilan susu pada bayi kita, betul ke?
Ke ummi dia ni malas nak mengepam banyak kali? heheh.. betullah itu, ada juga sebab malas itu.

Biasanya, ummi bekalkan 1 botol (5oz) frozen ebm dan 2 botol (5oz) fresh ebm pada khadijah setiap hari. Jadi yang satu botol lagi tu buat stok beku, rotate dengan yang keluar tadi tu lah. Stok pun takde lah heaven sangat, adalah dalam 20 botol x 5 oz sahaja sekarang ini. Kalau kira-kira tak dapat pump susu, maka susu-susu itu mungkin bertahan satu minggu sahaja oh mungkin beberapa hari saja. Doanya moga ummi khadijah ni sihat sentiasa lah kan. Pagi tadi, dah eksport 16 botol frozen ebm ke rumah pengasuh anak-anak. Jadi, yang tinggal dalam freezer sekarang hanyalah baki 4 botol. Maka, haruslah saya buat-buat menggelabah kan supaya rajin lagi pump susu. Kehkeh.. Betul ni, motivasi untuk diri sendiri tau sebagai persediaan akan datang. Kita tak tahu apa akan berlaku,kan. Lihatlah gambar stok susu sahingga ke hari ini ya, itu sebelum pindah ke rumah pengasuh lah.

Maaflah di atas kualiti yang kurang pada gambar itu, saya ambil dalam gelap, pastu dah tak nampak kena lah adjust bagai, itu je lah yang mampu dibuat. Apapun, saya mengharapkan perjalanan menyusukan anak saya dengan susu badan sendiri ini akan berjaya sehingga dia berusia 2 tahun. Alhamdulillah setakat ini sudah 1 tahun, 2 bulan.

----------------------------------------

Nak cerita pasal clothdiaper pula. Khadijah sudah ada sebenarnya 12 kpg cd dari pelbagai jenama, namun yang dia serasi pakai hanya 9kpg sahaja. Sebabnya, khadijah kan slim, kecik je orangnya kan, cd yang cutting besar memang dia tak sesuai pakai. Kalau pakai juga, alamaknya bocor lah. Jadi, dia hanya pakai cd bila kat rumah pada waktu malam/ hujung minggu. Siangnya saya amsih pakaikan dia dispo diapers. Walaupun begitu, jumlah penggunaan dispo diapers juga dah berkurangan, oklah tu kan.

Umminya gian nak beli cd baru tapi kena sabar dulu. Di samping pemilihan jenama yang tepat, masalah air kuning di perumahan kami juga membantutkan niat tersebut. Geram tau tiap kali basuh habis cd itu bertompok-tompok kuning. Kekadang ok, kekadang tak. Ya lah perumahan kami ni terletak di kawasan perumahan lama. Nampak syabas tengah upgrade sistem kualiti air, tukar paip bagai, tapi masalah itu masih belum seelsai. Daripada ummi naik darah tinggi, stress kan tengok, jadi ummi hold dulu lah. Sayang tau tengok cd yang cute itu, pastu tetiba nampak kusam, hudoh je. (ops dalam dok sabar tu, ummi telah pre-order satu cd, ahaks! memang lah penangan bisnes online nih, tak boleh layan tau). Huhu..

Ok lah kawan-kawan, selamat berhujung minggu.
Ada sesape pergi gathering susuibu.com ahad ni? Saya macam nak pergi..

10 comments:

cysev3n said...

jangan lupa buat inventori.. and yes, kena praktis pump dapat lebih dari demand hari2.. just in case..

/dari ibu yg dah pencen nyusu :P

~Umi.Sufira~ said...

Mirah, stok mimi tinggal 7botolx5oz aje....kemalasan makin menjadi2 plus susu dah makin kurang..hopefully dapatlah sampai 2thn nanti...amin...

Mommy Harith Hannah said...

Mirah, daku pon sama seperti mimi. Bukan stakat stok makin berkurang, kemalasan ku jua makin bertambah2. Kat opis pam 2x ajer. Malas giller okeh.

BTW, sama byk jerr Khadijah dgn Humaira minum, total 3 botol sehari. Khadijah yg lbh minum ker, Humaira yg kurang minum? Ekeke. :)

Sue.Aleen said...

macam Syafiah ni sekali minum 5-6oz. 3 jam sekali. kadang 6, kadang 7 botol sehari. makan besar sekali sehari. dulu lama dia di NICU nyebabkan dia dah terbiasa dengan pemberian melalui botol.

akak rasa bukan sebab apa. advantage untuk ibu yang dok rumah ni, akak boleh monitor waktu pemakanan anak.

lagi pun akhir² ni selera dia terlampau la pulak... lambat bagi je merengek!

Dayah @ Real Ummu said...

wah..sekapal la kita Arnie..kemalasan yg melanda...

Mirah..keep up selagi daya...ok

mirah said...

Cik yan,
Huhu rasa mcm tak pyh buat inventori sbb stok tu berlegar dlm sebulan je je.. Psl nak extra pump tu mmg sungguh mencabar. Niat mmg ada, tapi tak pernah pernah nak buat. Dush.

Mimi,
Jangan malas-malas ok.
Huhu ni tgh pulun sementara susu ada. Jap lagi dah betul2 kurang baru putih mata. Oh tak sanggup lagi..

mirah said...

Arnie,
ekekk jgn malas arnie tp humaira dah besar kan. Mesti dia dh makan macam2, susu kurang takpe. Khadijah ni mkn pun still blended food, dia kena mkn supaya weight dia naik, kan kena lagi dgn doctor sbb skrg mmg dia underweight pun.
Dia minum susu kerap tp sket2, dlm per feeding 2-2.5oz, pengaush tu pandai2 adjust ikut time lah..

mirah said...

K sue,
wah byknya syafiah minum. Kalau khadijah minum byk tu sehari, mau pengsan saya pump susu utk dia..hihi..
Aisyah minum 6oz x 5/6 botol juga shari, tapi dia dah mkn bagai-bagai..

Dayah,
ya selagi daya ni..
Weh kawan-kawan semua, jgn mals-mals pump susu tau.. (cewwah nasihat utk diri sendiri juga nih :))

Pnut said...

alesya minum 3oz je sekali tu pun kekadang tak abeh, tp kerap juga dia menyusu..dulu masa susu badan, bergayut je....naik lenguh kita..

mirah said...

k pnut, oh boleh tahan tu. Nampak gambar dah tembam tu.. Khadijah next app minggu depan. Tgh risau dia jd picky eater skrg nih..huhu..