Tuesday, March 31, 2009

Parenthood

Sebelum aisyah jejak usia 2 tahun, kami tak pernah rasa sangat sukar nak mengawal dia, memberi arahan dan meminta dia menerima arahan dengan baik. Namun, kebelakangan ini, arahan seolah makin payah untuk dituruti. She's good in reading, struggle to complete her jigsaw puzzle or play with her toys tapi sekarang ini, suruh makan pun payah, bila larang buat sesuatu contohnya suka sangat buka fridge yang tak de apa dan dia pun takde apa nak amik dari fridge tu. Kalau buka sekejap takpe, ini siap duduk tepi tu sampai kekadang tak sejuk dah peti tu. Suka buli adik. Buli ke? Ya lah kot sebab suka duduk atas badan adik bila adik meniarap, suka rebut mainan adik/ mainan dia yang adik pegang. Dia sudah pandai menangis nakkan sesuatu itu jika permintaan tidak dilayan contohnya nak main botol ubat ummi, nak buka laptop. Kalau buka dan tengok je takpe, ini siap tekan bagai, habis rosak itu laptop.
Pendek kata, banyak lagi lah kejadian yang tak dapat ummi nak recall kat sini namun menyesakkan dada ummi sehingga kan diri ini tak mampu berhenti berfikir saban waktu bagaimana nak control/ mengawal situasi ini. Sungguh ia menerawang tiap masa di fikiran ini. And lastly, i knew that i need some advice from others. Sebelum ummi jadi lagi tertekan bagaimana nak mengawal situasi sebegitu, baik lah ummi mendapatkan bimbingan. Thanx k nas for suggesting me the screamfree parenting book. Mirah tengan membacanya ni. Ya screamfree, ummi tak larat nak tinggi suara dengan aisyah lagi. Dari dulu memang sebolehnya ummi tak nak berkasar dengan anak-anak. ummi kena sentiasa mencari butang pause ni.

Jadi, mommies out there yang ada pengalaman sebegini, please share with me. Bagaimana karenah anak-anak kalian di usia aisyah dan bagaimana cara berkesan yang kalian pernah gunakan dalam melentur mereka.


Namun begitu, i am proud of her. Walaupun macam-macam karenah, dia juga bagus pada masa-masa tertentu. Ummi sayang aisyah. Bila ummi panggil dia budak deboq (hehe) dia jawab, bukanlah ummi. Ini kak long lah. Adakah juga pengaruh dari rumah pengasuhnya di mana 4 daripada 5 orang anak kakak yang mengasuh mereka itu adalah lelaki jadi terpalit lah juga 'kekasaran' itu pada aisyah. Ya ke?? huhu.. Should consider hantar taska ke?

Friday, March 27, 2009

:)

Syukur.
Kesusahan itu pasti akan berlalu biar perlahan kan..
Banyak perkara dapat diselesaikan beberapa hari ini. Syukur alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah di atas segala nikmat yang Kau limpahkan pada kami sekeluarga.
Masukkanlah kami dalam golongan hamba-hambaMu yang bersyukur.

Pulih.
Kesihatan anak-anak juga semakin baik biar pun masih bersisa sakitnya.
Ummi juga rasanya sudah pulih. Begitu juga abah.

Aisyah.
Makin banyak karenah dan sering memeningkan kepala ummi. Dalam kepetahannya bercakap itu, terselit kematangan namun banyak juga aksi kalau permintaan tidak dilayan. Huhu.. kakak sekarang gemar juga kacau adik, sepahkan rumah etc.
Namun, dalam situasi itu, ummi sedaya mungkin mencari butang 'pause' (bak kata ustaz hasrizal) jika kelakuannya sangat tidak dapat diterima akal dan boleh mengundang sakit jantung tau. Hihi.. anak-anak ni begitulah kan. Sementara belum betul-betul dapat bezakan mana baik dan buruk, macam-macam eksperimentasi dia nak buat.

Apapun, ummi masih dalam mencari method terbaik untuk berhadapan dengan situasi anak-anak usia begini. Ilmu parenting ummi masih kurang, sebab itu lah kena cepat urut dada...
Takpe abang, kita sama-sama belajar k.

Khadijah.
Si kecil ini dah aktif memanjat sekarang ni yea. Kekadang terhantuk sendiri. Dah makin banyak 'bercakap', well dalam bahasa dia lah siap jerit-jerit lagi. Sangat mudah senyum, suka tengok anak-anak ni time mereka bangun tidur. Berat minggu lepas 6 kg cukup. Makan 3x sehari sekarang ni, dah mula kurang menyusu di siang hari. Bekal 12-15oz dah jarang habis, biasa habis 10 oz je kot. Tapi since dia dah makan ni, takde risau sangat. Dan tapi juga, adik tak suka minum air masak. Kalau minum pun, sedikit je. Minggu ni rancang nak beli ubi manis buat pelbagaikan menu selain bubur nasi je. Ummi tengah semangat ni nak masak untuk adik.

Cloth diaper.
Oh ini perkembangan terbaru untuk anak-anak sebab mula pakaikan mereka cd. Dulu masa aisyah kecil, takde lah sampai ke tahap ini lagi pula tengokkan kos cd waktu itu hampir mencecah rm100 sekeping. Berfikir panjang tu nak beli. Tapi, sejak macam-macam pilihan ada kala ini dengan harga berpatutan tapi dengan syarat kualiti ok lah kan, jadi ummi opt to this decision nak pakaikan anak-anak cd.
Walaupun begitu, aisyah tak suka pakai cd sangat. Pakai kejap pastu dia siap nak cabut sendiri cd tu. Agaknya bulky pada dia, dah lah badan pun debab kan. Takpelah, ummi pun fikir nak start potty train dia ni jadi concentrate lah pakaikan pada adik je. Kalau datang angin dia nak pakai, ha ummi pakai kan lah juga.
Setakat ini, ummi hanya ada cd brand coolababy (suka brand ni sebab tidak nampak bulky kat pinggang adik yang kecik itu) dan KS (material dia ok berbanding coolababy tapi velcro style kat pinggang tu macam besar sangat pada adik, nampak dia tak selesa pula). Tengah tunggu cd lunatots pula dan coolababy juga. Ummi taknak lah review tentang cara pakai, basuh, guna semua sebab ramai dah tahu kan. Buat masa ini belum cd kan adik sepenuhnya, belum cukup cd (baru ada 6 kpg), insyaAllah bila dapat stok baru nanti, cukuplah nak pakai full time tp syarat kena basuh hari-hari juga lah memandangkan ummi jemur kain dan cd kat dalam rumah. Kalau weekend, boleh lah jemur kat depan rumah.

Cumanya, ummi ada kemusykilan ni. Sebelum ini, ummi basuh pakai tangan je. Baik ummi cerita kan cara penggunaan yang ummi buat k supaya kawan-kawan ummi dapat membantu memahami situasinya..(kih kih ayat skema kan..). Lepas dah guna tu, biasanya ummi bilas buang kotoran tu then campak ke dalam baldi je lah kan. Pastu karang nak dekat mandi, rendamkan dengan sabun sket je (basuh 2/3 kpg cd dengan 3/4 kpg insert), pastu basuh dan bila lah cd tersebut. Ummi buat 3 kali bilas. Pastu spin dalam mesin basuh then jemur lah kan. Mula-mula ok, pastu ada satu ketika, ummi perasan ada merah-merah ruam kat alat sulit adik. Err confuse ni sebab tak pernah kena macam ini, pakai dispo takde pula ruam, sepatutnya pakai cd lagi lah tak ruam kan tapi ni ada pula. Ummi syak memang sebab cd, samada basuh tak bersih atau tak cukup pencahayaan pada cd itu menyebabkan bakteria bagai tak mati walaupun cd tu kering (ada ke sebab tu?ke ummi terlebih imagine nih...). Disebabkan itu, ummi pun stop lah pakaikan adik cd buat sementara waktu sehinggalah ruam itu hilang sendiri. Disebabkan tak puas hati, ummi basuh semua cd tu walaupun semua masih berlipat (kira macam pre-wash semula kan walaupun masa awal tu, ummi dah prewash 2/3 kali. Lupa pula ni) guna mesin basuh. Hasilnya, setakat 3 kpg cd baru guna, takde ruam lagi. Tengah observation lah kiranya sehari dua ni.

Persoalannya? Adakah tak bersih dan tak recommended cuci pakai tangan je? Ummi ingat malas nak pakai mesin basuh since ada pun 2/3 keping je nak basuh setiap hari. Tapi kalau memang kurang sesuai basuh tangan, kena lah ummi kumpul 2 hari baru masuk mesin lah. So kawan-kawan ada something boleh share dengan saya berkaitan hal ini? Thanx yea...

Kesimpulannya, banyak lagi perkara yang menggembirakan terjadi pada kami minggu ini. Walaupun dalam emosi kurang stabil, tapi saya dah ok hari ini. Moga hari-hari kalian juga penuh dilimpahi rahmat kasih sayang Allah jua. Aminn.

Wednesday, March 25, 2009

Kurang rasa

Anak-anak masih belum sihat sepenuhnya.
Abah dengan ummi mereka pun dah terjebak sama ni.
Beberapa hari ini, kurang ada mood nak menulis blog walaupun terasa sarat idea di kepala nak dicurahkan.
Cuma terasa hilang semangat, tiada rasa nak digambarkan.
Penat. Ya mungkin itulah sebab diri ini kurang sensitivitinya.
Mujur masih berpijak di alam nyata, cepat tersedar dari dibawa arus rasa.
Akhir-akhir ini juga, saya sering berasakan yang diri ini berkasar dengan aisyah.
Lagak anak kecil memang tak terduga, menggugat benteng kesabaran ummi nya ini.
Mujur juga kewarasan itu masih ada namun, tercalit rasa sesal.
Masa. Ya kekangan masa berkualiti untuk aisyah juga semakin tiada.
Masa ummi banyak bersama khadijah. Sedangkan ummi hampir lupa yang aisyah juga patut dibelai manja.
Maafkan ummi yea aisyah, khadijah. Ummi sayang anak-anak ummi...

nota untuk abah: cukuplah kita berjalan jauh untuk beberapa minggu akan datang datang ini. Bulan April patut diluangkan bersama anak-anak dan rumahtangga sendiri pula. Kesian anak-anak penat bukan setakat kita yang dewasa ini sahaja. Pastinyakita harus lebih bijak melihat keutamaan dan kehendak peribadi.

Friday, March 20, 2009

keadaan anak-anak..

Saya tak ada mood nak tulis blog hari ini.
Tapi saya nak juga update yang aisyah nampak macam ok sedikit berbanding 2 hari lepas. Tengahari tadi, dia tidur nafas dah tak bunyi. Alhamdulillah.
Khadijah kena selsema. Boleh tahan teruknya. Dapat selsema sejak minum ubat tidur semalam di hospital. (Cerita lanjut, minggu depan lah kot).
Kami akan balik Kota Tinggi esok pagi.
Harap-harap anak-anak cepat sembuh. Umminya sendiri tak berapa nak sihat dah ni..huhu..

Sekian.


Wednesday, March 18, 2009

Aisyah kena neb!

Ummi dah bertenang ni..
Namun betullah motherly instinct ni cakap kan.
Cerita ini pasal aisyah ya. Dua tiga hari ini, aisyah mula batuk dan complain kat ummi cakap tekak dia sakit. Wah ummi pun jadi heran, kecik2 dah tahu sakit tekak eh.. Tiba-tiba pula tu. Ummi monitor je dulu, nak kata batuk teruk, tak pun. Gelagat dia pun aktif sahaja, tak duduk diam. Ada je benda dia nak buat sampailah tertidur.
Cuma sejak dua malam terakhir ini, kami perasan nafas dia berbunyi bila dia tidur, disusuli dengan batuk sket2. kami ingatkan sekarang kan musim hujan sejuk je, ingatkan biasa je lah tu. Tapi, pagi ini ummi cakap kat abah macam nak bawak aisyah pergi klinik, since ummi pun nak pergi minta supplements dan calcium pill yang dah habis. So abah cakap ok lah.
Masuk jumpa doctor, dia cakap aisyah prone to have an asthma. Terkejut lah ummi sampai blurr what should i do?? Boleh gitu? Doc cakap kena neb ni. Ummi pula macam eh kena ke?ummi cakap kalau taknak tak boleh ke doc? Doc tu cakap kalau tak kesian pada aisyah. Jadi, dalam sekejapan itu, ummi setuju (dalam blur+rela) aisyah kena neb. Tapi, dia kan mana pernah kena, meraung satu klinik lah tadi, siap tendang ummi, staf situ lagi.Tak sampai 2 minit pun, doc tu cakap stop lah since dia tak bagi kerjasama. Kesian aisyah, bila nangis tu lagi kuat bunyi wheezing tu..
So doc bagi 4 jenis ubat, ubat demam, batuk, ventholin (utk cair kahak rasanya) dan antibiotik. Doc cakap hari jumaat ptg datang lagi, kalau masih takde perubahan, aisyah akan kena admit ke hospital. Berkerut-kerut dahi ummi bila keluar klinik tu.

Siap hantar aisyah balik rumah pengasuh dia, bagi ubat, saya pun balik semula ke pejabat. Ikutkan dapat mc, tapi memandangkan ada kerja perlu diselesaikan, lagi pula esok pagi nak pergi hospital lagi bawa adik untuk check audio. Rasa tak patutlah nak off petang ni dengan kerja banyak itu. Usai solat, pengasuh mereka telefon. Suspen ummi menjawab nya. Kakak tu cakap aisyah muntah kahak, nafas pun macam tak lepas.
Alamak apa patut ummi buat ni? Tapi ummi mantain cool je lah kan, suh kakak tu tenangkan aisyah dulu, lagi 5 minit ummi call semula. Ummi called then kakak tu cakap aisyah dah ok. Siap boleh main lagi. Aisyah muntah kahak je yang keluar berketul-ketul (oh ummi can't imagine bagaimana rupanya itu). Mungkin kesan ubat dimakan tadi.

Ummi doakan kakak cepat baik. Tak payah kena neb/ makan ubat bagai2 itu. Or the worst kena admit hospital. This is your very first time, hope you'll be fine very soon. Aminn. Ada sesiapa nak kongsi dengan saya handle situasi anak-anak begini? Saya siap telefon kakak minta panduan apa nak buat since anak-anak tak pernah kena macam ni.

p/s: Dalam kete tadi, buat saya fikir, saya nak kerja di sini je sebab masa agak fleksibel. Kalau kerja lain, belum tentu dapat lari keluar bawa anak pergi klinik, hospital bagai kan. Oh jauhnya fikiran ummi melayang kan.. :p

Tuesday, March 17, 2009

Myopia

Adalah sukar untuk menenangkan hati, melawan gejolak rasa.
Adalah bohong jika saya katakan saya tidak risau, sedih dan buntu.
Ia berkenaan anakanda tercinta saya. Semalam kami pergi temujanji susulan klinik mata khadijah.
Dr maklumkan khadijah tiada masalah juling atau mata tidak fokus (Alhamdulillah). Adik pass ujian yang dilakukan. Namun kemungkinan adik akan mengalami myopia/nearsightedness dalam usia yang sangat muda adalah tinggi. Ia hanya kemungkinan namun ummi sudah cukup risau (ummi keterlaluan ke??).
Adik akan diperiksa semula 6 bulan lagi.

Ummi terkenang seorang anak kecil yang ummi jumpa di klinik kesihatan beberapa bulan lepas, rasanya dalam usia 2 tahun lebih telah memakai cermin mata kecil. Nampak kurang selesa.
Adakah anak ummi juga akan begitu?
Seharian ummi tertekan di ofis semalam.
Namun akhirnya ummi kembali berpijak di bumi nyata. Ummi masih ingat yang adik lahir tidak cukup bulan, dan a preemie baby memang akan ada macam-macam komplikasi baik dalam jangka masa pendek atau panjang. And she was lucky enough to be at this stage and her ummi is asking for more? for perfection? apalah ummi khadijah ini kan... (huhu..)

Alhamdulillah lah sekurang-kurangnya ia hanya masalah rabun mata sahaja yang boleh dikurangkan risikonya dengan mengambil langkah-langkah mengurangkannya dari awal. Walaupun ia tidak dapat memulihkan mata tersebut, tetapi rawatan awal itu mampu mencegah kepada pelbagai masalah mata yang lagi teruk seperti lazy eyes,glaucoma dan lain-lain. Doktor pakar tu cakap, masa masih panjang, adik akan terus diperhati kan sehinggalah dia besar. Katanya lagi, eloklah adik dah ada rekod di sini, sekurangnya bila tahu awal, langkah-langkah pembaikan boleh dibuat segera berbanding sekiranya bila 10 tahun lagi baru nak mulakan langkah awal, pada masa itu mata dah teruk. Tidak ada banyak lagi yang boleh dilakukan.

Ya ummi sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan tersebut adik, sabar yea. Kita akan sama-sama hadapinya. Percayalah yang ummi akan berikan sepenuh rasa, segalanya demi anak-anak ummi. Antara suggestions yang doktor berikan semalam agar untuk anak-anak kecil ini (tak semestinya preemie) adalah menyediakan pencahayaan yang mencukupi kepada mereka. Maksudnya jangan biarkan suasana kelam agar mata itu tidak perlu bekerja keras untuk menfokus sesuatu. Bila cahaya kurang, bola mata akan memanjang dan ini akan menjadikan mata lebih cepat rabun. Juga katanya ibubapa sekarang kan suka anak-anak membaca. Tetapi sebenarnya, jangan paksa anak fokus lama pada buku/ peralatan digunakan kerana apabila terlalu fokus, mata juga digunakan dengan sepenuhnya dan ia akan memberi tekanan pada mata tersebut. Doktor cakap kebiasaannya anak-anak yang aktif bermain ke sana sini itu kurang berisiko untuk rabun berbanding anak yang suka duduk fokus lama pada sesuatu benda.

Rasanya ummi juga kena ambil supplements berkaitan, juga memperbanyakkan menu vitamin A dalam makanan adik. Dan moga keajaiban itu ada bersama adik. Kita sama-sama doa ya.


Ini ada artikel (sebahagian je) berkaitan ummi ambil dari internet lah kan..

Children are born with a considerable amount of farsightedness which is intended to automatically diminish with time and finely adjust the eye's refraction as they learn to focus on the world around them. It diminishes because the constant focusing effort for all distances causes the eye to lengthen. Excessive close work causes the eye to continue lengthening through the point of normal vision and into myopia. When your child's refraction has diminished to +0.5 diopters, it is time to take action, because the ideal refractive status is between +0.5 and 0 diopters. A minus refraction, indicating myopia, is abnormal. To determine this refractive status, you have the option of going to a vision specialist for an eye examination.

Itu contoh image yang myopic people nampak. Sumber: http://www.myopia.org/savechild.htm

Note: untuk rekod sendiri, power mata adik sekarang ini ialah 25. Baby normal sepatutnya tidak setinggi ini, mungkin dalam bilangan angka tunggal sahaja.

Thursday, March 12, 2009

Tahun ketiga

Tengahari tadi semasa saya sedang menandatangan buku pemulangan fail di bilik dokumen, saya lihat tarikh di jam. Dan terus tulis 12/3/09/. Eh rasa familiar tarikh itu. Dan rupanya hari ini adalah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3.
Baru 3 atau dah 3? Perlu muhasabha tu kan!
Terus saya sms dengan suami sambil buat lah sedikit ucapan. (Hihi..)
Hajat di hati tadi singgah kedai kek di fakulti nak beli kek, sekali waktu rehat pula, jadi kedai tu tutup. Nampak gaya takde lah kek hari ini, mungkin akan diusahakan esok. Tak kuasa lah saya nak keluar lagi semata-mata nak beli kek itu. Esok masih ada, kan.
Doa saya moga ikatan perkahwinan ini akan kekal dirahmati Allah hingga ke akhir hayat kami. Juga dipermudahkan urusan kami dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah. Moga Allah limpahkan rezeki, kasih sayang dan kebahagian buat kami sampai bila-bila.
Buat suami tercinta:
Abang, perjalanan kita dalam menyempurnakan rumahtangga ini masih jauh penuh berliku. Moga kita sama-sama dapat berusaha mencari keredhaan Allah dalam keluarga kita. Aminn.

Banyak perkara, kenangan dan pelbagai lagi bermain di fikiran saya, tetapi rasanya ia agak peribadi untuk diceritakan menjadi tatapan umum. Namun, saya bersyukur di atas apa yang kami ada hari ini. Moga Allah sentiasa berikan saya ketenangan ini..


Dalam kenangan...

Perginya Amir Yusuf.
Walaupun ummi tak sempat nak menulis blog beberapa hari ini, tapi ummi masih berkesempatan mencuri masa menjengah blog rakan-rakan tanpa sempat meninggalkan jejak dan antara perkhabaran paling meruntun jiwa ummi ialah berita kembalinya anakanda amir yusuf ke pangkuan Ilahi pada jumaat lepas, jam 12.51 tghri. Ummi pernah kisahkan tentang arwah dalam entry ini. Air mata merembes tanpa mampu ditahan lagi. Walaupun tidak pernah bersua wajah, namun terasa begitu dekat sekali apabila membaca coretan saudara fajar tentang perjalanan kisah perjuangan amir yusuf selama 8 bulan 7 hari di hospital. Yang menjadi persamaan, mungkin kerana kami pernah berkongsi rasa yang sama menghitung hari menanti anak tercinta berjuang di wad. Namun, Allah lebih sayangkan amir yusuf. Dijemput pulang dalam keadaan tiada secalit dosa, agar derita sakit yang ditanggung itu hilang terus.

Walaupun ia sesuatu yang pahit untuk ditelan terutamanya ayahibu tercinta, namun ingatlah anak itu telah menjadi ahli syurga yang bakal memimpin tangan ayah ibunya juga ke syurga kelak. InsyaAllah. Tenanglah duhai anakanda, damai lah di sana.
Buat ayah ibu arwah amir yusuf, terus lah tabah. Dugaan ini sebagai satu tanda kasih sayang Allah jua pada kalian. Anakanda kalian adalah yang terpilih. Akan menjadi peneman kalian di syurga sana. Yang akan mendoakan kesejahteraan kalian jua. Kesempatan bersama selama 8 bulan itu juga sudah pasti memberikan kenangan sepanjang hayat buat kalian. Teruslah tabah dalam menuntut ilmu di perantauan, apa yang pasti, hidup perlu diteruskan. kalian juga insan yang terpilih. Berserahlah.

Salam takziah dan al-fatihah buat anakanda amir yusuf.


Khadijah @ 11 months

This will be a long entry since it has been a week ummi tak update blog and macam2 terjadi within the period..
Jumaat lepas, kami buat quick decision nak balikkampung terengganu. It wasn't a planned idea, jadi kami balik tanpa bawa buah tangan untuk keluarga di kampung pun. Gerak balik pukul 5 pg lebih sabtu tu, sampai rumah pukul 1.45 ptg. Dan kami selamat kembali ke serdang jam 7.20 malam tadi. Cuti 5 hari terasa sungguh singkat. Macam-macam perkara nak buat, macam-macam benda nak makan (heheh..), macam gaya orang tak balik kampung bertahun pun ada. Kami tetiba terasa ingin balik kampung disebabkan kakak juga balik kampung, jadi dia duk mengajak lah suruh balik sama, seronok lah bila ramai-ramai berkumpul katanya. Lagipun, memang dah 3 bulan kami tak balik, ok juga lah balik jenguk tok dan saudara mara dekat yang lain.

Khadijah demam. Agaknya dengan cuaca yang panas di sana, pastu pula ummi nya ni asyik usung dia ke sana sini, tu lah demam. Maaf yea khadijah sayang, ummi betul-betul ada urusan kena buat dan terpaksa bawak adik sama sebab takde sapa yang mampu nak jaga adik sebab adik kan fully breastfeed dengan ummi, payah nak tidur kalau takde ummi. Nak tinggalkan dengan abah, abah pun demam juga. Nak tinggalkan dengan nenek, nenek tak confident pula. Tak macam kakak dulu, senang je ummi boleh tinggalkan walaupun kakak dulu fully bf juga, bezanya sebab kakak memang suka minum thru bottle dan tepuk-tepuk je dah tidur. Adik lain pula mesti nak bf dengan ummi. Minum thru bottle hanya bila dekat rumah makcik La je yang ok.

Namun, dalam demam yang on-off itu, sempat juga kami ke pantai kali ini. First time untuk khadijah tapi untuk kakak dah kali ketiga kot? err ummi lupa. Apa yang pasti, aisyah takut dengan ombak. Kami tak mandi pun, cuma bermain di tepian je. Tak sempat ambil gambar banyak sebab aisyah duk cakap; 'Ummi, peganglah tangan aisyah, aisyah takut'. Huhu anak dara ku itu, mulut memang dah petah, vocab nya dah banyak bertambah.

Khadijah - 11 bulan.
Back to the tittle post kat atas tu, ya adik dah genap 11 bulan hari ini. Tak banyak improvement dari bulan lepas. Cuma mungkin akhir-akhir ini, adik sangat suka aktiviti memanjat. Kalau jumpa apa yang boleh dipegang, dia akan panjat contohnya, badan ummi, tangga, bantal dll lagi. Kesannya, dah beberapa kali tergolek sendiri.. huhu adik hati-hati yea kalau nak panjat pun k..

oh sweet kan dia senyum..

Khadijah di tepi pantai. Kepala dia botak, rambut-rambut halus baru muncul. Ini selepas 2 minggu ummi botakkan kepala adik. Dia nampak tembam, kan... :)


Anas, aisyah, abah dan khadijah sedang menghadap ke laut china selatan. Baik anas mahupun aisyah, masing-masing takut dengan air dibawa ombak itu.. (sebab anak bandar kah??) hihi..

Di atas tadi adalah beberapa keping gambar terbaru mereka. Kamera saya masih belum dihantar baiki. Sebenarnya, kami pun tak tahu mana nak hantar baiki. Beberapa kedai kami pergi semua menyatakan takde perkhidmatan membaiki kamera. Adakah harus dibeli baru? Sayang tau kamera tu dibeli 3 tahun lepas dengan harga rm1k lebih tau.. Nanti lah akan diusahakan bertanya kepada yang lebih tahu.

p/s: Heheh..sekali bila ummi preview, takde lah panjang mana entry ni sebab ummi dah kiv dulu satu perkara ummi nak tulis, maybe akan publish dalam next entry. By the way, rasa banyak nak cerita tapi masa memang limited. I've things to settle, dah lah 2 hari ambil extra cuti, jadi kerja pun for sure bertimbun nak kena selesaikan. Take care semua..

Thursday, March 5, 2009

Entry selepas seminggu.. :)

Salam..
Ingatkan takde orang kisah bila saya tak update blog ni. Hihi.. (heheh lyna, mirah dah update nih.. Maaf bukan sengaja taknak update, tapi masa sungguh singkat rasanya beberapa hari lepas..)
I know it has been a week since my last posting here. Sibuk, penat, keliru semua ada.
Penat sebab last weekend kami went back to rumah parents in law. Sampai rumah dah midnight ahad tu, pastu isnin dah start semula rutin harian kami anak beranak.
Di pejabat pula, kerja takde lah banyak sangat tapi ada lah kerja kena buat kan, pastu prepare untuk interview semalam. Preparation last minit ni sangat ku tidak gemar, namun sebab tak bersedia apa, jadi kenalah juga buat di akhir waktu. Kihkih salah diri sendiri kan? Ke sebab tak berminat sangat dengan post itu menyebabkan malas nak get prepared awal-awal? (Nanti ummi cerita panjang lain topic k..).

Dalam kekalutan itu, ummi terlepas pandang appointment audio khadijah. It was supposed to be on 3/3/09, semalam baru ummi perasan, tu pun masa nak pergi ambil ubat susulan khadijah kat hospital. Terus lah buat appointment baru pada 19/3/09. Oh ya ada satu lagi appointment mata pada 16/3/09. Next appointment jumpa paed pada 27/4/09. Hah ummi dah list kan semua kat sini supaya ummi tak lupa lagi.. *sigh*

Masa ummi nak balik dari farmasi pagi tadi, tetiba ternampak Dr azyati dgn Dr Aini. These both doctors memang rawat khadijah masa NICU dulu k. Dr Azyati memang selalu lah ummi get in touch tapi dengan Dr Aini, ini kira pertama kali jumpa selepas khadijah balik dari hospital. Tapi rupanya dia ingat lagi kat ummi. Dia siap cakap, 'oh ni mak baby yang so 'eventful' tuh? So baby sihat ke?'. Sampai hari ini dia ingat yang khadijah itu sungguh kritikal pada awalnya. Ummi jawablah alhamdulillah sihat. Then ummi cerita la perkembangan adik secara ringkas. Kenapa dia cakap eventful? Itu juga lah yang dia cakap masa nak discharged kan khadijah dulu. Khadijah kan banyak komplikasi masa dia baru lahir, masa di NICU dulu. Memang tiap kali ummi pandang khadijah tengah main, tengah berusaha nak merangkak, nak panjat apa-apa yang boleh dipanjat, ummi akan terbayang masa dia tengah struggling untuk survived dulu. Senyum manis nya tu sungguh mendamaikan jiwa ummi.. Betapa kuat dan tabahnya adik seperti mana juga adik berusaha untuk membuat semua itu.

Kekadang ummi seakan tidak mahu membezakan layanan pada adik seperti apa yang ummi buat pada kakak aisyah, tapi bila ummi teringat kembali yang adik lahir dulu pun keadaannya tak sama macam aisyah, mana mungkin boleh ummi samakan perkembangan, perhatian pada adik seperti kakak. Takpe dear, take your time, you still have lots of time to do semua itu. Biarlah orang lain cakap apapun bila tengok adik masih belum boleh duduk sendiri, belum boleh merangkak dengan baik sedangkan umur adik dah 10 bulan lebih. Ummi tak ambil perhatian sangat pun sebab ummi tahu anak ummi pasti boleh buat semua itu bila sampai masanya. Ummi tetap berikan sokongan, rangsangan dan kasih sayang tak berbelah bahagi pada adik.

Pada abah dan ummi, adik dah progress dengan cukup baik. Dah makan bubur sampai sekarang dah jadi 3x makan, Kalau lambat bagi, mesti menjerit lah nanti. Rasanya berat pun dah banyak bertambah sebab ummi dah tak larat nak tidurkan adik sambil peluk. Ummi kena bf adik sambil baring sampai adik tidur, sebelum ini boleh je ummi bf adik sambil berdiri sampai adik tidur, Tapi sekarang kejap je rasa lenguh. Bukankah itu petanda yang adik dah bertambah berat kan.. hihi..

Moga anak ummi yang 'eventful' ini terus membesar sihat, menjadi anak kebanggaan abah, ummi dan seluruh keluarga.