Thursday, December 29, 2011

Maafkan ummi

Saya sering keletihan dan mudah nak marah je terutama pada anak-anak sekarang ini. Nak kata alasan sebab pregnancy hormone, nothing to be blamed, saya memang tengah mengandung dan itu bukan alasan untuk marah pada anak-anak kan. Cuma, malam tadi, saya baru je mula solat maghrib, ajak mereka solat sama, memang selalu macam tu pun, Aisyah tengah pakai telekung dia, dia ajak adik dia pakai telekung adik dia tak nak. Saya solat je lah dulu, belum habis baca alfatihah, khadijah datang berdiri sebelah saya dan nak solat lah kononnya tapi dia kuis-kuis kain telekung saya sehingga memang dah nampak kaki saya, yang tak sepatutnya dia buat begitu sebab saya dah bagi dia space untuk solat sebelah saya. Tanpa sempat berfikir panjang, saya berhenti solat dan marah dia. Saya cakap kalau nak kacau ummi solat, dah tak payah solat, pergi turun bawah. Dia diam dan bawa diri sebelah katil. Saya solat semula dan aisyah ikut sebelah. Saya memang tak patut marah dia tapi kekadang emosi ini sukar nak dikawal. Yelah, balik rumah dah penat, masak, pastu kelam kabut mandi nak solat bagai. Dengan perut sakit tak selesa, dia boleh main-main pula sedangkan bukan tak pernah ditegur pun sebelum ini. Lepas solat, saya pandang dia, saya rasa bersalah sebab saya marah dia. Dia pandang saya lalu cakap, maaf ummi. Adik sayang ummi. Tersentuh hati saya. Saya panggil dia, dah datang sini salam. Dia salam sambil cakap sorry. Saya pesan, kalau ummi solat jangan kacau, nak solat, nak main sebelah ummi takpe tapi jangan tolak-tolak, tarik-tarik kain. Ada waktu saya hampir nak tumbang masa solat sebab mereka dok keliling main kejar-kejar.

Tapi yelah mereka masih anak-anak kecil tak mengerti apa-apa. Saya yang kena banyak sabar dan bijak tangani situasi. Moga Allah sentiasa bagi hidayah dan petunjuk pada saya untuk jadi ibu yang mithali pada anak-anak. Amin. Anak-anak memang anugerah terindah yang Allah bagi. Saya selalu cakap pada diri sendiri, sekarang memang susah nak jaga mereka, tapi sampai satu waktu, semua itu akan hilang. Saya selalu ingatkan diri juga aak-anak ini amanah Allah dan sampai masa Allah nak ambil balik, bila-bila je boleh. Sebagaimana Allah panjangkan umur Khadijah untuk dipinjamkan pada kami suatu masa dahulu. Allahuakbar. Moga Engkau ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah. 

Saya ajar anak-anak untuk sentiasa minta maaf bila buat silap, datang salam dan peluk dan cium. Sampai ke hari ini saya sentiasa amalkan setiap hari sekerap mungkin peluk dan cium mereka, agar nanti saya tak rindu bau mereka dan ia menjadi rutin sampai mereka besar. InsyaAllah. Semoga hati mereka juga dekat dengan kami. 

Cuma, saya yang perlu baiki kelemahan diri ini. Memang penat melayan dua anak tengah melasak ini, dengan doktor juga cakap risiko kelahiran pramatang untuk kehamilan kali ini belum berakhir. Dia cakap dia risau, lagi lah saya ni bertambah risau kan. Saya di minggu ke-24 sekarang dan berat anggaran bayi ialah 742g. Saya bersalinkan Khadijah pada minggu ke-28 dengan berat 934g. The trend is there kan. Anak saya memang pattern kecil je kot. Aisyah lahir pada minggu ke-37 dengan 2.2kg. Doktor cakap if the premature labour happen pun, biarlah anak you berat lebih 1 kg. Huhu saya rasa dah gemuk ni, berat saya dah 60kg, di mana ia menyamai berat terakhir (59kg) sebelum melahirkan kedua-dua anak yang lepas. Saya ingatkan anak kali ini besar sebab saya rasa perut saya macam takde space dah, tapi ia tidak benar nampaknya. All the worries makes me more sensitive and a bit traumatized actually. Sekali lagi, marah pada anak-anak bukan satu cara yang wajar. Moga Allah berikan kekuatan dan kesabaran untuk diri ini, juga kelapangan dan mujahadah untuk bangun sujud mengadu padaNya dalam dingin pagi yang hening. Kawan-kawan, mohon doakan agar saya tidak mengalami sebarang komplikasi untuk kehamilan kali ini. Terima kasih.

Dari,
Saya yang dhaif segalanya.

3 comments:

Tirana Mutiara said...

Mudah-mudahan Allah melindungi Mirah selalu. Banyak2kan beristighfar.

mirah said...

Terima kasih kak..
Doakanlah moga saya sentiasa diberi petunjuk oleh Allah...

YuSniZa said...

Kak mirah, semoga semuanya selamat nanti. InsyaAllah..Ramai lg staf kat INSPEM boleh tlg buat keje kat ofis. Kalau nak ikutkan keje, smpai bila pun x abis. Rilex2 je (^_^)