Monday, December 26, 2011

Selamat Hari Lahir ke-5 Aisyah!

Alhamdulillah hari ini 26 Disember 2011 genap 5 tahun usia Aisyah. Selamat Hari Lahir Kakak. Ummi abah doakan kakak membesar menjadi anak yang solehah, yang taat pada agama, sihat tubuh badan, cemerlang kehidupan dunia dan akhirat. Aisyah, anak sulung abah ummi yang dinanti. Semoga nanti dapat menjadi contoh teladan yang baik pada adik-adik. Sensitif dan manja orangnya, agak berani tapi mudah panik. Lasak, suka mencuba tapi kekadang tak pandai self-defense. Ini kakak kena perbaiki lagi lah. Di usia 5 tahun ini, kakak dah pandai membaca dengan baik, dan ummi rasa dah lepas silibus 5 tahun tu. Cuma nak kena perkukuhkan je lagi, minggu depan kakak dah masuk kelas taski 6 tahun. Anak yang lahir akhir tahun ini begitulah. Dulu ramai yang cakap, anak yang lahir akhir tahun ni lambat sket nak catch up belajar, tapi bagi ummi kakak ok je, malah boleh dikatakan kakak lebih matang dalam sesetengah perkara.

Walaupun begitu, ummi selalu jatuh kasihan bila tengok Aisyah penat buat latihan Kumon ke, lepas tu kakak selalu bandingkan kenapa Khadijah tak perlu buat semua tu. Kakak, nanti Khadijahpun sama kena buat juga, sekarang dia belum ke taski lagi, banyak dia belum belajar, nanti dia pun sama kena buat latihan. Buat latihan ini acara rutin di rumah. Mereka memang sukakan buku, tapi kekadang tak terlayan. Dah lama betul tak belikan mereka mainan, mereka pun tak minta cuma kalau jumpa buku, memang pantang tak beli. Meja ekpslorasi mereka dah macam takde rupapun ada. Tapi, biarlah begitu, biar minat mereka pada buku itu berkekalan. Habis duit beli buku memang tak terasapun.

Hari ini, kita akan pergi daftar taski kakak dengan adik, lepas itu kita pergi taman seperti kakak minta ya. Semalam beli ini untuk mereka, kalau cakap hadiah dia, kan adik nak juga, jadi kongsilah ya.

MÅLA Easel, softwood, white Length: 43 cm Width: 62 cm Height: 118 cm
Pic dari sini

Untuk anak, abah ummi habis duitpun takpe. Sekarang saya faham macamana makabah saya pun tak berkira dengan kami, anak-anak. Sayang anak itu kekadang tak terluah dengan kata-kata sahaja. Ada masa kena marah, kena marah juga, ada masa gelak ketawa, ada masa bersuka ria. Moga kami dapat jadi ibu bapa yang baik dan cemerlang untuk anak-anak.

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-5 Aisyah. Abah dan ummi sentiasa sayangkan Aisyah dan doakan segala yang baik untuk anak-anak kami.

2 comments:

Tirana said...

Selamat hari lahir buat Aisyah..semoga membesar menjadi wanita solehah..

mirah said...

Terima kasih kak.. AMin.