Tuesday, December 6, 2011

Jalan-jalan bersama keluarga

Mari kita tengok gambar kanak-kanak riang di Bukit Tinggi. Ini kira kali kedua kami ke sana. Tapi kali ini tak habis melawat semua kawasan, tengahari tu adik-adik ipar ajak ke Genting. Maka, geraklah kami ke sana. Yelah siapa yang bawa anak-anak, kira sukalah melayan anak-anak kan, bawa yang bujang-bujang tu memang takde apa mereka nak buat. Takat masuk Rabbit Park tu, semua tak heran.. hehe..

Khadijah yang sebenarnya takut nak bergambar dengan arnab tu. Tapi kali ini, tak banyak dah arnab macam pertama kali pergi dulu, pergi sebelum ini awal tahun dulu kot. Cuaca pun tak sejuk mana.

Berebut nak bagi makan. Sebabnya arnab tak banyak, diam kekenyangan je semua arnab tu.

Aisyah lebih berani nak pegang arnab tu.

Ini bagi rusa makan daun rasanya. Lupa sudah.

Di Colmar castle. Bersama Zulaikha sepupu mereka.

Satu-satunya gambar keluarga yang ada. Tapi jauh pula adik ipar ambilkan gambar ini.

Tengok burung undang/ swan kan? teringat dulu masa pergi dengan muaz, muaz hampir kena gigit dengan swan ni..

Dah sampai Genting. Fuh boleh tahan sejuknya, menggigil kalau dok luar lelama, Khadijah je yang pakai sweater, mujur memang standby bawa. Kesian baby Aliya, anak saudara tu sebab sejuk, kena bedung dengan kain baru dia ok. Yelah, unplanned nak ke sana pun.
Menara Kuala Lumpur

Beberapa minggu lepas, saya kena bekerja di hari minggu, maka suami bawa anak-anak jalan ke Menara Kl nak tengok Upin Ipin katanya, bersungguh-sungguh tu sampai tak tunggu ummi. Takpelah kesian pula mereka terperap kat rumah. Saya cakap, kalau rasa boleh handle dua orang tu sendirian, pergi jelah. Suruh balik rumah tukar baju elok sket, mm..takde maknanya. abahnya main redah je.

Aisyah cakap Khadijah menangis sebab dia takut. Takut tengok parrot, takut tengok Upin Ipin, takut tengok orang pun ya.. Khadijah ni memang macam tu, fobia ke apa tak pastilah. Apapun, kena berdukung dan berpimpin tangan je lah dengan abahnya.

Comot pula tengok diaorang ni. Abahnya pun bukan nak tolong betulkan tudung anak-anaknya tu.. Keluar rambut, pakai baju kecik pula tu, itu baju dua tahun lepas, dah buat baju basahan pun. Sebab tu tadi cakap suh balik tukar baju dulu..
Oklah ini yang ditunggu. Aisyah je bergambar bersama Upin Ipin.
Mereka masuk ke sini percuma, dah namanya staf TM kan. Tapi, mereka tak naik menara tu. Tunggu ummi katanya. Yelah tu, nanti lain kali kita pergi lagi lah ya. Aisyah dengan khadijah ni kan, asal hujung minggu je dah tahu mesti akan keluar. Pastu siap tanya itinerary sehari tu apa, nak ke mana, kemudian ke mana sampai nanti malam masuk tidur baru puas hati. Disember ini memang agak sibuk, nak uruskan barang-barang rumah baru, peralatan sekolah anak, barang baby, nak bercuti , nak siapkan kerja akhir tahun, nak siapkan proposal yang belum bermula-mula lagi. Allahuakbar. Moga dapat seelsaikan semuanya dengan baiklah ni..

5 comments:

me_czar said...

Assalam,

Barang baby??? Expecting ke Mirah? Rasanya macam tak pernah baca dalam entry sebelum ni. Kalau ya Alhamdulillah.. tahniah

mirah said...

wsalam.

Miza, ya insyaAllah.
Terima kasih. Doakan semua ok ni.
Nanti mirah buat entry lain pasal the no. 3 k.. :)

lia said...

Alhmdlh....

take care yer...

Oyis said...

seronotnya nak terima org baru. murah rezeki mirah Alhamdulillah :)

mirah said...

Lia,
Terima kasih.. :) bila pulak turn amsyar nak dapat adik ni? hihi..


Oyis,
Excited ni mcm dah lama benar takde baby kecik. Hehe..Alhamdulillah semua as planned so far.