Pertamanya Alhamdulillah di atas rezeki ini. Kita merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah itu nyata lebih hebat daripada sangkaan kita. Ya saya tengah menanti kelahiran anak ketiga, insyaAllah kalau ikut jangkaannya April 2012 (susah nak jangka ini, hanya doa banyak-banyak moga kali ini dapat full-term baby lah). Kami merancang untuk anak seterusnya bila Khadijah dah 2 tahun lebih dan berhenti menyusu badan. Kalau ikut rancangannya, memang tahun ini tapi naluri keibuan saya seolah belum bersedia. Teringat-ingat pengalaman menjaga Khadijah di NICU dan 2 tahun pertama kelahiran dia. Saya cakap kat suami, kita tangguh dulu. Kemudian, bila awal tahun ini, makabah mertua saya ajak kami menunaikan umrah. Seronok dan tidak sangka jemputan Allah itu dalam pelbagai rupa kan. Saya cakap pada suami lagi, saya harap saya tidak mengandung dulu sebelum pergi umrah sebab saya tahu saya memang akan mengalamai alahan semasa di awal kandungan. Memang tawakal dan doa banyak-banyak je, sebab kami tidak menggunakan sebarang pencegah kehamilan. Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami dan saya berjaya menunaikan umrah sebelum disahkan mengandung sebulan lebih selepas balik daripada umrah tempoh hari. Kami balik umrah akhir Jun 2011 dan awal Ogos, masa bulan puasa saya rasa saya mengandung sebab tidak period. Penuh puasa tahun ini. Nampakkan hebat aturan Allah itu.
Saya tanya suami, apa dia doa masa buat umrah hari itu? ini saya tanya masa kami kat sana lagi, dia cakap dia doa dapat anak lagi, anak lelaki pula. Saya senyum je. Dan saya juga doa yang sama, ingat lagi tadi saya cerita yang saya minta kalau boleh tangguhkan dulu supaya saya tak mengandung hingga saya balik umrah, ini doa sungguh-sungguh tau, sepenuh hati beberapa bulan sebelum ke sana. Dan Allah makbulkan. Walaupun perasaan bercampur baur pada awalnya, tapi Alhamdulillah sudah 5 bulan lebih hari ini, saya sangat seronok dengan kehamilan ini. Teruja pun ya sebab rasa macam dah lama sangat takde baby padahal baru 3 tahun lepas bersalin kan Khadijah. Hihi..
Hakikat diri kita ini hamba Allah. Semuanya berlaku dalam pengetahuanNya. Saya merancang untuk sambung belajar lagi. Dah banyak kali saya cakapkan di blog ini walaupun langkahnya belum bermula. Saya berhajat untuk dapat anak ketiga dan kemudian rehat sementara untuk fokus pada pengajian nanti. Hebatkan aturan Allah. Saya yakin dan pasti semua ini berlaku dengan izinNya. InsyaAllah jika kita niatkan sesuatu itu untuk kebaikan, Allah pasti membantu. Dalam pelbagai cara. Jika Dia tak izinkan sesuatu itu berlakupun, juga dalam pelbagai cara cuma bagaimana kita menilai setiap konsekuensi sesuatu perkara itu berlaku.
Hakikat diri kita ini hamba Allah. Semuanya berlaku dalam pengetahuanNya. Saya merancang untuk sambung belajar lagi. Dah banyak kali saya cakapkan di blog ini walaupun langkahnya belum bermula. Saya berhajat untuk dapat anak ketiga dan kemudian rehat sementara untuk fokus pada pengajian nanti. Hebatkan aturan Allah. Saya yakin dan pasti semua ini berlaku dengan izinNya. InsyaAllah jika kita niatkan sesuatu itu untuk kebaikan, Allah pasti membantu. Dalam pelbagai cara. Jika Dia tak izinkan sesuatu itu berlakupun, juga dalam pelbagai cara cuma bagaimana kita menilai setiap konsekuensi sesuatu perkara itu berlaku.
Nanti saya sambung lagi tentang pengalaman kehamilan kali ini pula.
13 comments:
laaaa da 5 bulan? kami baru tahu....
tahniah sekali lagi dan semoga doa kalian termakbul, amin...
tahniah kak! nadiah tumpang gembira. rasa nak tambah juga sorang lagi..hihi..
Tahniah mirah ☺☺
Alhamdulillah Mirah...tahniah dari akak...take care ye
Tahniah Mirah...jaga diri baik-baik..InsyaAllah everything will be fine.
Lia,
Terima kasih.
Sekarang dah lps 1st trimester yg penuh dugaan tu. Rasa lebih sihat, itu baru ada rasa nak berkongsi..hehe..
Nadiah,
Thanx.
Silalah tambah lagi..hehe..
Fiza,
terima kasih.
K Ina,
Syukurlah dengan kurniaan ini.
Terima kasih kak..
K Tirana,
Terima kasih.
InsyaAllah..
tahniah mirah. mmg cantik dan terletak aturan Allah buat hamba Nya kan? mirah tggu nak dpt baby, then nak sambung PhD, kalo saya pula, maybe the other way round, tunggu nak habis PhD dan nak cpt2 dpt baby, dgn izin Nya lah. harap2 dimakbulkan. stay healthy and happy ye. seronot tgh org pregnant ni, rezeki besar kurnianNya dan seluruh alam mendoakan :)
Thanx oyis.
Mirah plan dpt baby dulu sbb Khadijah dah 3 thn lbh. Next year dh 4 thn. kalau tunggu buat phd dulu, mahu 4-5 thn lagi baru nak tambah. Rasanya dah lama sgt gap tu. Hehe.. Oyis takpe dah towards the end kan.
InsyaAllah moga Allah makbulkan doa kita semua. Amin.
kak mirah, tahniahh!!!dah agak dah aritu komen akak mcm lain je..hehehh..kakak sy pun br peknen nk masuk 2 bln kot..target nk boy jugak..tahniah kak, sy happy sgt dgr berita org peknen ni..hehehhee...
Assalamualaikum Mirah,
Tak jauh beza rupanya kisah kita. Mirah ke Tanah Suci sebulan sebelum saya, tengok2 InsyaAllah EDD pun sebulan sebelum saya.
Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah buat kita.
p/s: thanks for dropping by my blog. ;)
Farida,
hehe thanx.
Awak bila lagi nak menambah? Faris dah nak masuk 2 thn tu.
Serene,
Thanx. Iya lebih kurang cerita kita kan. Happy dapat kongsi dengan sama2 geng pregnant ni..
Thanx dropped by sini juga.. :)
kakmirah, tahniah..hihi..i'm happy for you..sekarang sy di kemaman..bulan jan 2012 nnt wataniah pula..tak sabar nak habis kursus..tak sabar nak preggy lg..haha..
apapun, saya doakan yg baik2 sj utk akak sekeluarga..
Rafiza,
terima kasih.
Bertabahlah untuk 3 bln lagi ya..
Akak doakan awakpun baik-baik saja tu..
Post a Comment