Thursday, December 22, 2011

Lost World of Tambun

Menjelang akhir tahun ini, banyak kerja pejabat kena disiapkan. yang paling payah nak mula ialah mengarang proposal nak minta pembiayaan/ geran untuk program tahun depan. Ini bahagian paling akhir belum buat. Ada seminggu lebih sebelum Disember berakhir. Minggu depan Isnin cuti lagi kan. Tolong..tolong datanglah wahai idea dan semangat! Nak mula memang bercinta, tapi bila dah mula buat laju je kekadang idea tu datang, tapi sekarang belum ada mood lagi. Haha saje cari pasal nanti ni..

Minggu lepas kami ke Lost World of Tambun. Keluarga ramai-ramai berkumpul. Yang paling seronok kanak-kanaklah kan. Dan ibu mengandung serta adik ipar yang ada baby kecik ni jadi tukang jaga kanak-kanak tadi tu mandi-manda seramai 5 orang. Boleh pula yang bujang2 dengan ayah-ayah mereka ni tinggal anak-anak pergi selesaikan urusan mandi-manda mereka dulu. Haih, risau tengok bebudak tu mandi tanpa kawalan pastu makin lama makin ketengah si aisyah tu. Dah lah ramai orang kan, mana nak dengar kita jerit panggil dia. Dah puas mandi, barulah gerak pergi tempat yang ada mainan tu. Naik horse-merry-go-round tak berapa mencabar tu je lah yang kami naik (itupun 2 round sebab khadijah tak nak turun). Yang lain semua tak sesuai untuk ibu mengandung dan kanak-kanak kecil. Pastu naik tram pusing kawasan dalam taman tema tu. Ok lah cuma lemas hidu asap tram tu hehe.. Lepas tu sempatlah sekejap pusing laju-laju dalam Petting Zoo. Pusing laju-laju je sebab masing-masing dah kepenatan, masa tu dah nak pukul 3 petang. Lepas beli fridge magnet sorang satu kat kedai cenderamata tu kamipun balik rumah (kami menginap di apartment). Kesimpulannya, ok lah dengan harga tiket RM41 - dewasa dan RM 34 - kanak-kanak sebab dapat mandi dan siap ada kolam air panas buatan (eh ya ke buatan? pepandai je saya cakap ni), pastu boleh main fun fair, naik tram, masuk petting zoo (dalam mini zoo ni, boleh siap nak menangguk ikan lagi, tapi pandai pula ikan tu lari ketepi semuanya, frust aisyah dia sauk tak dapat, saya risau dia jatuh dalam kolam tu je..), nak naik bot kayuh tu kena bayar lain. Kalau pergi tapi tak rasa semua, memang rugilah kan bayar mahal-mahal.

Saya tak ambil banyak gambar sebab kamera takde bateri, punyalah confident ada bateri sedangkan guna kamera sebulan sekali pun belum tentu. Huhu nasiblah kan. Takpe, saya tunjuk mana yang sempat ambil je lah ya.

Mula-mula sampai, Khadijah insist nak bergambar sebelah kucing tu.
Alamak senget. Terima je lah ya. Mereka bersama sepupu-sepupu
Mereka antara yang terawal masuk kolam. Kami masuk dalam ni dalam pukul 10 pagi lebih. Ombak buatan pun belum ada. Tapi menjelang tengahari, penuh sesak kolam ni,
Khadijah di kolam air panas pula..

Aisyah suka hati berenang dengan pelampung dia..
Lepas tu confident saja dia tak nak pakai pelampung. Kita yang luar kolam ni risau kat dia. Dia dah boleh berenang sket-sket, entah bilalah nak masukka dia ke kelas renang ni. Belum sempat pergi lagi..
Ini kat kolam belah lain pula. Memang khas untuk kanak-kanak tapi tak lama kat sini. Kolam orang dewasa saya tak pergipun jadi takde gambarlah ya..

Posing je lah ya kakak dengan adik sebab tak dapat naik swing kat belakang tu..
Ok nanti kita sambung siri bergambar lepas ni ya.


4 comments:

Ina Hashim said...

wah mirah...datang ke sini ye?bestnyaaaaa

mirah said...

Ha ah k Ina, weekend lepas. Bawa anak-anak jalan2 dengan family husband.

hajarus said...

bestnyerrrr... hr tu pun hjr br je g berendam bw family mertua tp kat bukit merah, kalau nak compare bukit merah ngan tambun best lagi tambun... :D

mirah said...

Hajar,
Bkt merah pernah pg tp tak mandi pun kat themepark dia sbb masa tu anak2 kecil lagi. So takleh nak compare dgn tambun ni.. :)