Tuesday, June 16, 2009

Tag: Tentang anak

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?

Alhamdulillah sudah 2. Dua-dua perempuan named Aisyah Humaira' dan Khadijah Nur Syifaa'.

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?

Bila tengok newborn baby, time-time tu juga rasa nak ada baby tapi bila kenangkan masa pregnant yang tak lalu makan sampai bersalin, maka kena lah hold dulu. Tunggu khadijah wean off dulu lah kot. Kalau cakap 2011 aci tak? (heheh tapi kalau Dia dah nak bagi, terima je lah kan).

3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?

Eh dah mentioned nama anak kat atas. Aisyah Humaira' - Aisyah yang kemerah-merahan. Aisyah tu nama isteri nabi dan humaira' itu panggilan manja nabi pada isteri dia. Khadijah Nur Syifaa' - Khadijah cahaya penyembuh. Khadijah tu juga nama isteri nabi.

4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?

Aisyah - saya yang nak. Humaira' tu sama-sama pilih kot (lupa dah lah). Khadijah - abahnya yang pilih. Nur syifaa' tu kami sama cari untuk dapatkan maksud penawar/penyembuh.

5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?

It was spontaneous for aisyah and khadijah. Gandingan tu kami pilih based on makna yang baik dan sesuai lah. Spontaneous here means tetiba je terlintas inginkan nama tu.

6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?

Heheh harap-harap anak lelaki lah pula kan. Maybe Muhammad, saya juga suka nama anak saudara fajar - arwah amir yusuf. Mungkin Muhammad Amir Yusuf ke. Titik. (tak boleh berangan jauh lagi ni).

7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?

Hanya 1 tahun 4 bulan.

8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy? nyatakan sebabnyer?

Memanglah harapnya nak lelakilah pula kan since dah ada 2 perempuan, namun saya tetap berlapang dada apa-apa jantina pun sebab semua tu di luar kemampuan kita sebagai hamba.

9. Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?

Aisyah & khadijah - mostly ramai yang cakap kalau tengok, dua2 iras abahnya. Kalau yang bahagian saya, warna kulit yang cerah itulah kot. Ops cerah ke? Agak cerah boleh lah kot kan.. :). Btw dari segi yang lain takde nampak sangat preferences nya pada sapa. Ke saya yang tak mampu nak recall sekarang ni.

10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.

Aisyah Humaira' - 2 tahun 6 bulan sekarang

Khadijah Nur Syifaa' - 1 tahun 2 bulan.

11. Tag seberapa ramai yang boleh untuk jawab tag ni

Nak tag arnie, mimi, dayah, jiey, lyna, k pnut, fiza79 dan semua pembaca yang adalah. ITu je yang terlintas di fikiran sekarang ini.

Tag ni dari K sue. Thanx ya kak.

4 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Thanks Mirah! InsyaAllah akan dikerjakan:)

Mommy Harith Hannah said...

Tenkiu Mirah! :)

mirah said...

Welcome dear mimi and arnie. Heheh kali ni mirah pula tag korang kan. Rasa mcm ada lagi tag tak buat. Mohon ampunlah kan kalau ada tag kalian yg termiss itu. Huhu..

Jiey^Mien said...

nama Amir Yusuf tu memang cantik.. kena padanannya kan? bunyi lembut jer..