Friday, January 25, 2013

Rumahku Syurgaku kami

Alhamdulillah. Dengan izinNya dapat kami berpindah ke rumah kami beberapa hari lepas. Masih dalam proses mengemas, rumah lama dan rumah baru. Memang huru-hara lah keadaannya. Apapun syukur sangat-sangat, rasa tak percaya pun ada. Maka, Nikmat Allah yang manakah ingin kau dustakan?

Esok kami ada family trip ke Vietnam. Maka, tertangguh lagilah aktiviti mengemas. takpe, kita buat perlahan-lahan ya. Sekarang mood bercuti. Sigh. Selamat bercuti kalian. 


Friday, January 18, 2013

Persekolahan anak-anak - minggu transisi

Sudah masuk minggu ke-3 persekolahan, baru saya sempat nak mengemaskini status sekolah anak-anak ni. Tahun ini Aisyah bersekolah di tahun 1 di SRAI bandar baru bangi dan Khadijah 5 tahun di TASKI yang sama. Mari kita cerita satu-satu ya. Kenangan dengan anak-anak ini.

Aisyah.
Hari pertama hantar dia ke sekolah, dia ok sahaja, tak menangis pun kebetulan pula ada seorang kawan dia Ain Nabihah, yang merupakan rakan sekelas masa dia di TASKI pun berada di kelas yang sama, maka senanglah dia tak perlu nak mingle around and start new friends instantly. Tapi, ada juga kekurangannya. Nanti saya cerita yang itu. Lepas hantar dia, kamipun terus balik uruskan hantar Khadijah dan Adam pula. Sesi sekolah Aisyah ialah dari pukul 7.30 pagi - 4.00 petang setiap Isnin-Khamis dan 7.30 pagi - 12.oo tengahari pada hari Jumaat. Sepatutnya, saya ambil dia petang selepas saya habis kerja. Saya pesan pada Aisyah saya ambil dia lambat sedikit berbanding kawan dia. Dia cakap ok. Tapi, bila petang tu mak kawan dia datang ambil kawan dia dalam jam 4.30 petang, dia menangis. Mak kawan dia siap call saya tanya macammana. Kata dia, biar dia tunggu lah sekejap sampai saya sampai. Kebetulan pula petang tu hujan lebat. Hari pertama sekolah hari Khamis kan.

Bila hari Jumaat ni, saya pergi ambil tengahari dalam pukul 12.30. Kawan dia Ain Nabihah pula kena balik lambat sebab tunggu mak dia datang dalam pukul 1.30 petang macam tu. Sekali, kawan saya tu call cakap Ain pun menangis kena tinggal sorang. Allahuakbar. Macammana tu? Kemudian, dia bagi cadangan agar hari isnin-khamis, dia akan ambil anak-anak dan hantar Aisyah ke TASKI khadijah dan hari jumaat pula, saya ambil anak-anak dan hantar ke rumah pengasuh Adam. Syukur sebab antara TASKI, rumah pengasuh Adam dan rumah kawan tu dekat sahaja. Satu taman. Maka, selesailah jadual balik Aisyah. 

Saya kasihan juga melihat Aisyah yang kepenatan seharian di sekolah dengan tidak dapat refresh diri tengaharinya. Dia kena bangun 5.45 pagi, kemudian keluar rumah jam 6.50-7.00 pagi. Kena paksa sarapan dulu di rumah. Kemudian petang sampai rumah dah pukul 6 petang lebih. Main-main dengan adik-adik kejap, kena mandi lepas itu solat, buat homework Kumon, kemudian makan malam dan pukul 9 malam kena masuk tidur. Setakat ini belum ada homework sekolah lagi. Di sekolahnya, tengahari ada disediakan pakej makan tengahari, maka tak perlu risau dia makan apa tengahari itu. Cuma bekalkan juga duit buat dia belanja. Moga-moga dia terus seronok belajar di sekolah itu.

Khadijah.
Khadijah kenalah berdikari di taski sebab kakaknya dah sekolah kan. Sehingga semalam, masih lagi menangis bila hantar pagi-pagi. Nak sampai taski, mula lah alasan macam sakit perut, nak cium adam (padahal Adam dah kat rumah pengasuh), nak salam kakak lah, nak salam abah lah. Sebenarnya dia saja je bagi alasan. Sampai taski je menangis. Belum lepas proses transisi nampaknya. Tapi hari ini dia  ok tak nangis sebab saya cakap nak ambil dia tengahari sebab petang nanti dia ada temujanji dekat klinik paed., hospital serdang. Tapi, cikgu dia cakap dia ok je kat sekolah. Lepas je saya pergi, dia berhenti nangis, ok je. Memang saja nak perhatian je lah tu.

Bila tanya dia, Khadijah berkawan dengan siapa, dia jawab tak kawanpun, kawan dengan cikgu je. Haha. Sebab tadi baru balik dari klinik paed, doktor pun cakap dia tengok khadijah ni pun ok eventhough tengok history dia punyalah dramatic. Doktor suruh dia melukis, dia malu tak nak buat. Tapi saya ada bawa contoh lukisan dia kat doktor. Doktor cakap oklah untuk level dia. Dapat lukis bentuk segiempat, buat bulatan, draw lines. Dan bila saya tengah sibuk sembang dengan doktor tu, rupanya dia senyap-senyap ambil pen dan mula melukis tapi malu-malu. Bila dia perasan doktor tengok dia, di terus berhenti. Doktor cakap mungkin akan datang dia akan bagi lebih kerjasama. Doktor set kan temujanji baru setahun lagi, Januari 2014 pula. Hmm..lama lagi tu. Saya suka je bawa anak saya ke klinik untuk follow up ni supaya saya tahu we are on the right track.

Gambar di pagi hari. Aisyah complaint tudung dia ketat sangat. Saja je dia kedepan kan tudung tu.
Saya nak interframe juga. Kesian saya kena bangun awal dan kena ikut hantar kakak pergi sekolah.



Wednesday, January 9, 2013

Emosi Anak

Petang semalam semasa dalam kereta selepas ambil anak-anak, 
Aisyah cakap 'Ummi, tadi cikgu kakak baca surah Al-Fatihah, baca makna dia, pastu kakak rasa sedih'. Ummi 'Oh ya ke. Cikgu baca ayat yang mana? Kakak nangis ke?' 
'Kakak tak nangis pun kakak rasa sedih je' Ala kakak tak ingat ayat yang mana (dia belum hafal makna semua surah Al-Fatihah tu)
'Kenapa kakak sedih?' Saya bacakan makna surah Al-Fatihah satu persatu, tiba ayat Engkaulah Tuhan yang Kami Sembah dan Kami Mohon Pertolongan, Tuhan yang Menguasai Hari Pembalasan, dia cakap ha ayat itu lah ummi..

Mungkin bergetar jiwanya mendengar makna ayat-ayat itu agaknya. Moga Allah sentiasa berimu petunjuk dan hidayah nak..

Dialog habis sampai situ sebab dah sampai rumah. Berkejar pula nak solat Asar maka tak sempat sambung.

Pagi tadi Aisyah solat Subuh, saya baru nak solat. Pastu dia cakap.
'Ummi, kakak tak nak lah solat. Solat  tak best'
Spontan saya jawab 'Eh, tak baik cakap macam tu Aisyah. Kita solat kan sebab Allah suruh. Kitakan orang Islam, kita solat ni kan sebagai tanda kita bersyukur. Kita kena patuh pada apa yang Allah suruh. Rukun Islam ada berapa? Tak baik cakap macam tu...'
Syarahan terpaksa dihentikan sebab saya nak solat pula.

Bila saya turun bawah, abah dia bising sebab Aisyah tak habis makan lagi. Dia cakap mee goreng tu tak sedap (gigih ummi bangun pagi masak nak..huhu), padahal itulah mee goreng yang selalu dia suka makan. Saya tahu mood dia tak baik. Penat, mengantuk lagi agaknya. Iyalah bila mula persekolahan ni, dia bangun sebelum azan subuh lagi. Dah lah subuh kan lambat sekarang. 
Sayapun bagi ceramah membebel juga lah dua tiga kerat kan. Cerita pentingnya makan sarapan, nak bagi tenaga kat badan supaya nanti masa belajar tak lapar, boleh tumpu pada apa cikgu cakap. Lagi pula hari ini dia ada PJK.
Habis kat situ. Aisyah masih moody lagi.

Hari ini lambat 10 minit keluar rumah, pukul 7 pagi. Saya rasa ini masa sesuai untuk tackle balik mood dia dan nasihat dia secara word by word, face to face sebab dia di sebelah saya. Dan perhatiannya tidak akan lari ke mana-mana. Saya cakap kenapa pentingnya Aisyah kena sarapan. Kemudian flash back balik kenapa kita kena solat. Kita ni kan Allah cipta. Aisyah bersyukur tak dengan apa yang Aisyah ada? tak cacat, ada duit, sihat semua?
Perlahan dia jawab, 'bersyukur'.
'Ha kalau bersyukur apa kita kena buat? Kita cakap terima kasih kat Allah kan, ucap Alhamdulillah. Lagi? Kita kenalah ikut perintah Allah. Allah suruh kita solat sebagai tanda syukur kita, jadi kita kena buatlah. Ummi solat, Abah solat, tak penat pun. Aisyah nak tak Allah tarik balik nikmat Dia bagi kat kita?
Aisyah.' Taknak'. Pastu dia senyum.
Ok nanti kat sekolah masuk waktu kakak solat k. Boleh?
'Boleh'.

Dah sampai sekolah. Saya lega sebab dia dah senyum, moga aura negatif di pagi harinya itu terbang pergi jauh-jauh. :)

Bukan mudah jadi ibubapa ni kan.Sabar itu sangat perlu. Saya guna pendekatan beri maklumat daripada tunggu Aisyah respond/ jawab soalan saya sebab saya tahu dia dah tahu (pernah bincang sebelum ini) dan masa adalah singkat. Perjalanan dalam kereta dari Serdang ke Bangi lalu PLUS highway sekitar 10 - 15 minit sahaja. Bila saya teringat balik situasi tersebut, saya rasa saya patut nasihatkan dia dengan lebih baik, beri contoh lebih mudah sepadan usianya tapi itulah kekadang kelam kabut, cakap pun tak pandang muka, sambil cakap bebel sambil buat kerja lain. 

Ya Allah, moga saya dapat menjadi ibu yang terbaik pada anak-anak saya dan lebih berhikmah dalam menangani perasaan dan emosi mereka.


Wordless Wednesday



Hai semua :)
p/s: apasal wordless wednesday ya?
p/s: gambar tu gambar lama sekitar Oktober 2012.

Tengah busy tapi nak update juga. Alhamdulillah.
Saya bersyukur kehadratMu Ya Allah atas berita baik itu. :)


Saturday, January 5, 2013

PENGUMUMAN! Saya bukan penganjur JUBAH ABAYA DUBAI GIVEAWAY

Saya rasa ada kekeliruan pada entry saya bertajuk Jubah Abaya Dubai Giveaway. Sebenarnya saya bukan penganjur, tetapi saya cuba untuk giveaway tersebut. Kesilapan saya ialah saya terlupa masukkan nama link sebenar entry giveaway itu diambil. Entry giveaway itu anjuran blog i am a full day dreamer. Saya mohon maaf di atas kekeliruan tersebut dan saya telah update alamat link blog penganjur.

Mohon maaf sekali lagi dan sekian, terima kasih.
Saya sudah delete entry saya tersebut bagi mengelakkan kekeliruan lebih ramai blogger.

Thursday, January 3, 2013

Tahun 2013 - tahun untuk belajar lagi



Tahun baru azam baru. Bercerita pasal azam ni kan. Azam saya untuk blog ini ialah untuk menulis perkara-perkara yang boleh mendatangkan manfaat dan memberikan info berguna kepada pembaca. Bukan entry yang suka hati syok sendiri je. Yang penting, mesti ada mesej. Di samping perkongsian keluarga, semoga maklumat yang ditulis membantu orang lain dalam setiap apa dilakukan.

Konsep maklumat di hujung jari memang merupakan satu kebiasaan dan keperluan sekarng ini. Kita sentiasa nak maklumat segera dan pantas, maka kita pilih untuk google sahaja di internet. Seperti kita inginkan maklumat yang tepat, begitu juga orang lain, maka setiap apa/ maklumat yang kita tulis perlulah tepat dan betul agar kita tidak terjebak dalam penyalahgunaan maklumat atau menyusahkan orang lain. Marilah kita bertanggungjawab di atas apa yang kita tuliskan. 

Semoga Allah permudahkan urusan seharian kita. Semakin tahun bertambah, makin hampir diri kita dengan kematian sebenarnya. Marilah kita menjadi orang yang bijak iaitu dengan mengingati mati. Semoga ada ganjaran pahala di setiap apa yang kita lakukan. Amin.

Another year to cherish. A year to fulfill a dream to be a student again. 
Tengok balik entry ini membuatkan semangat makin membuak-buak. Cepatlah approve permohonan itu, nak mohon cuti belajar pula.