Wednesday, January 9, 2013

Emosi Anak

Petang semalam semasa dalam kereta selepas ambil anak-anak, 
Aisyah cakap 'Ummi, tadi cikgu kakak baca surah Al-Fatihah, baca makna dia, pastu kakak rasa sedih'. Ummi 'Oh ya ke. Cikgu baca ayat yang mana? Kakak nangis ke?' 
'Kakak tak nangis pun kakak rasa sedih je' Ala kakak tak ingat ayat yang mana (dia belum hafal makna semua surah Al-Fatihah tu)
'Kenapa kakak sedih?' Saya bacakan makna surah Al-Fatihah satu persatu, tiba ayat Engkaulah Tuhan yang Kami Sembah dan Kami Mohon Pertolongan, Tuhan yang Menguasai Hari Pembalasan, dia cakap ha ayat itu lah ummi..

Mungkin bergetar jiwanya mendengar makna ayat-ayat itu agaknya. Moga Allah sentiasa berimu petunjuk dan hidayah nak..

Dialog habis sampai situ sebab dah sampai rumah. Berkejar pula nak solat Asar maka tak sempat sambung.

Pagi tadi Aisyah solat Subuh, saya baru nak solat. Pastu dia cakap.
'Ummi, kakak tak nak lah solat. Solat  tak best'
Spontan saya jawab 'Eh, tak baik cakap macam tu Aisyah. Kita solat kan sebab Allah suruh. Kitakan orang Islam, kita solat ni kan sebagai tanda kita bersyukur. Kita kena patuh pada apa yang Allah suruh. Rukun Islam ada berapa? Tak baik cakap macam tu...'
Syarahan terpaksa dihentikan sebab saya nak solat pula.

Bila saya turun bawah, abah dia bising sebab Aisyah tak habis makan lagi. Dia cakap mee goreng tu tak sedap (gigih ummi bangun pagi masak nak..huhu), padahal itulah mee goreng yang selalu dia suka makan. Saya tahu mood dia tak baik. Penat, mengantuk lagi agaknya. Iyalah bila mula persekolahan ni, dia bangun sebelum azan subuh lagi. Dah lah subuh kan lambat sekarang. 
Sayapun bagi ceramah membebel juga lah dua tiga kerat kan. Cerita pentingnya makan sarapan, nak bagi tenaga kat badan supaya nanti masa belajar tak lapar, boleh tumpu pada apa cikgu cakap. Lagi pula hari ini dia ada PJK.
Habis kat situ. Aisyah masih moody lagi.

Hari ini lambat 10 minit keluar rumah, pukul 7 pagi. Saya rasa ini masa sesuai untuk tackle balik mood dia dan nasihat dia secara word by word, face to face sebab dia di sebelah saya. Dan perhatiannya tidak akan lari ke mana-mana. Saya cakap kenapa pentingnya Aisyah kena sarapan. Kemudian flash back balik kenapa kita kena solat. Kita ni kan Allah cipta. Aisyah bersyukur tak dengan apa yang Aisyah ada? tak cacat, ada duit, sihat semua?
Perlahan dia jawab, 'bersyukur'.
'Ha kalau bersyukur apa kita kena buat? Kita cakap terima kasih kat Allah kan, ucap Alhamdulillah. Lagi? Kita kenalah ikut perintah Allah. Allah suruh kita solat sebagai tanda syukur kita, jadi kita kena buatlah. Ummi solat, Abah solat, tak penat pun. Aisyah nak tak Allah tarik balik nikmat Dia bagi kat kita?
Aisyah.' Taknak'. Pastu dia senyum.
Ok nanti kat sekolah masuk waktu kakak solat k. Boleh?
'Boleh'.

Dah sampai sekolah. Saya lega sebab dia dah senyum, moga aura negatif di pagi harinya itu terbang pergi jauh-jauh. :)

Bukan mudah jadi ibubapa ni kan.Sabar itu sangat perlu. Saya guna pendekatan beri maklumat daripada tunggu Aisyah respond/ jawab soalan saya sebab saya tahu dia dah tahu (pernah bincang sebelum ini) dan masa adalah singkat. Perjalanan dalam kereta dari Serdang ke Bangi lalu PLUS highway sekitar 10 - 15 minit sahaja. Bila saya teringat balik situasi tersebut, saya rasa saya patut nasihatkan dia dengan lebih baik, beri contoh lebih mudah sepadan usianya tapi itulah kekadang kelam kabut, cakap pun tak pandang muka, sambil cakap bebel sambil buat kerja lain. 

Ya Allah, moga saya dapat menjadi ibu yang terbaik pada anak-anak saya dan lebih berhikmah dalam menangani perasaan dan emosi mereka.


3 comments:

Nadiah Sidek said...

makin anak besar, makin mencabar nak didik anak-anak, kan kak? risau rasa

mirah said...

Nadiah,
Betul tu. Hari2 kena main psikologi. Malam tadi sorang dah tidur belum sempat dinner, sebab menidurkan adik babynya dulu. Yg besar pula, suap nasi sambil mata pejam. Allahuakbar. Sesekali rasa fail bab time management ni.

ct aju said...

salam kenal dr saya...cukup byk cabaran tuk jd ibu zaman skrgkan...cabaran yg paling besar adlh masa...rasa mcm xcukup aje masa ngan anak2 sehari-hari...huhu