Sudah masuk minggu ke-3 persekolahan, baru saya sempat nak mengemaskini status sekolah anak-anak ni. Tahun ini Aisyah bersekolah di tahun 1 di SRAI bandar baru bangi dan Khadijah 5 tahun di TASKI yang sama. Mari kita cerita satu-satu ya. Kenangan dengan anak-anak ini.
Aisyah.
Hari pertama hantar dia ke sekolah, dia ok sahaja, tak menangis pun kebetulan pula ada seorang kawan dia Ain Nabihah, yang merupakan rakan sekelas masa dia di TASKI pun berada di kelas yang sama, maka senanglah dia tak perlu nak mingle around and start new friends instantly. Tapi, ada juga kekurangannya. Nanti saya cerita yang itu. Lepas hantar dia, kamipun terus balik uruskan hantar Khadijah dan Adam pula. Sesi sekolah Aisyah ialah dari pukul 7.30 pagi - 4.00 petang setiap Isnin-Khamis dan 7.30 pagi - 12.oo tengahari pada hari Jumaat. Sepatutnya, saya ambil dia petang selepas saya habis kerja. Saya pesan pada Aisyah saya ambil dia lambat sedikit berbanding kawan dia. Dia cakap ok. Tapi, bila petang tu mak kawan dia datang ambil kawan dia dalam jam 4.30 petang, dia menangis. Mak kawan dia siap call saya tanya macammana. Kata dia, biar dia tunggu lah sekejap sampai saya sampai. Kebetulan pula petang tu hujan lebat. Hari pertama sekolah hari Khamis kan.
Bila hari Jumaat ni, saya pergi ambil tengahari dalam pukul 12.30. Kawan dia Ain Nabihah pula kena balik lambat sebab tunggu mak dia datang dalam pukul 1.30 petang macam tu. Sekali, kawan saya tu call cakap Ain pun menangis kena tinggal sorang. Allahuakbar. Macammana tu? Kemudian, dia bagi cadangan agar hari isnin-khamis, dia akan ambil anak-anak dan hantar Aisyah ke TASKI khadijah dan hari jumaat pula, saya ambil anak-anak dan hantar ke rumah pengasuh Adam. Syukur sebab antara TASKI, rumah pengasuh Adam dan rumah kawan tu dekat sahaja. Satu taman. Maka, selesailah jadual balik Aisyah.
Saya kasihan juga melihat Aisyah yang kepenatan seharian di sekolah dengan tidak dapat refresh diri tengaharinya. Dia kena bangun 5.45 pagi, kemudian keluar rumah jam 6.50-7.00 pagi. Kena paksa sarapan dulu di rumah. Kemudian petang sampai rumah dah pukul 6 petang lebih. Main-main dengan adik-adik kejap, kena mandi lepas itu solat, buat homework Kumon, kemudian makan malam dan pukul 9 malam kena masuk tidur. Setakat ini belum ada homework sekolah lagi. Di sekolahnya, tengahari ada disediakan pakej makan tengahari, maka tak perlu risau dia makan apa tengahari itu. Cuma bekalkan juga duit buat dia belanja. Moga-moga dia terus seronok belajar di sekolah itu.
Khadijah.
Khadijah kenalah berdikari di taski sebab kakaknya dah sekolah kan. Sehingga semalam, masih lagi menangis bila hantar pagi-pagi. Nak sampai taski, mula lah alasan macam sakit perut, nak cium adam (padahal Adam dah kat rumah pengasuh), nak salam kakak lah, nak salam abah lah. Sebenarnya dia saja je bagi alasan. Sampai taski je menangis. Belum lepas proses transisi nampaknya. Tapi hari ini dia ok tak nangis sebab saya cakap nak ambil dia tengahari sebab petang nanti dia ada temujanji dekat klinik paed., hospital serdang. Tapi, cikgu dia cakap dia ok je kat sekolah. Lepas je saya pergi, dia berhenti nangis, ok je. Memang saja nak perhatian je lah tu.
Bila tanya dia, Khadijah berkawan dengan siapa, dia jawab tak kawanpun, kawan dengan cikgu je. Haha. Sebab tadi baru balik dari klinik paed, doktor pun cakap dia tengok khadijah ni pun ok eventhough tengok history dia punyalah dramatic. Doktor suruh dia melukis, dia malu tak nak buat. Tapi saya ada bawa contoh lukisan dia kat doktor. Doktor cakap oklah untuk level dia. Dapat lukis bentuk segiempat, buat bulatan, draw lines. Dan bila saya tengah sibuk sembang dengan doktor tu, rupanya dia senyap-senyap ambil pen dan mula melukis tapi malu-malu. Bila dia perasan doktor tengok dia, di terus berhenti. Doktor cakap mungkin akan datang dia akan bagi lebih kerjasama. Doktor set kan temujanji baru setahun lagi, Januari 2014 pula. Hmm..lama lagi tu. Saya suka je bawa anak saya ke klinik untuk follow up ni supaya saya tahu we are on the right track.

Gambar di pagi hari. Aisyah complaint tudung dia ketat sangat. Saja je dia kedepan kan tudung tu. |
Saya nak interframe juga. Kesian saya kena bangun awal dan kena ikut hantar kakak pergi sekolah. |
1 comment:
mcm2 kan karenah anak2. x pe la mirah, give them time.
psl berkawan tu pon, itu hr aisyah saya mcm tu jg bila saya pick up lambat sbb sibuk nak siapkan tesis. sekolah dia bole pickup sejam lewat, 2 jam lewat, or 3 jam lewat drpd waktu asal. saya pelan amik 2 jam lewat. sejam pertama dia OK sbb ramai kwn2 yg sama lewat dgn dia, tp sejam yg kedua dia start menangis. cikgu kata, sbb kwn2 lain stay back sejam je. so kerap la dia nangis. syukur lah tempoh saya perlukan extra hours tu x lama. trauma dah dia
Post a Comment