Kami ke Cameron Highland sempena cuti tahun baru cina yang lepas. Tidur satu malam sahaja itupun gamble sampai sana baru google nama hotel dan walk-in. Kami menginap di Iris House Hotel. Sampai sana lebih kurang jam 12 tengahari, boleh tahan juga ramai orang, dan sejuk juga. Ini kira kali ketiga kami ke sana, 2009, 2011 dan kembali lagi 2012. Saja je bawa makabah yang kebetulan datang ke rumah kami, adik beradik lain semua tak nak ikut. Maka, kita proceed mana yang ada je lah. Ini pun permintaan saya pada suami nak ke Cameron, mungkin percutian terakhir sebelum cuti bersalin dan sementara tunggu baby nanti besar baru boleh nak travel lagi.
Kami tak banyak melawatpun kali ini, kata dah kali ketiga kan datang sini. Kami singgah membeli-belah di Kea Farm masa dalam perjalanan pergi sebab kami ikut Simpang Pulai. Boleh tahan banyak barang beli. Lebih kurang pukul 2 petang baru gerak semula ke Brinchang nak cari hotel. Sebelum tu sempat online dan call Iris House Hotel, katanya ada lagi bilik kosong tapi tak boleh booking, kena walk-in. Rupanya dekat juga dengan pekan Brinchang hotel tu. Lebih kurang 150-200 meter jalan kaki ke pasar malam yang famous tu. Oklah tu kan. Selesai check-in, masing-masing rehat-rehat santai je. Petang dalam pukul 5.30, kami turun hotel cari makan dan misi ke pasar malam. Cuaca sejuk je, ingat lagi masa tahun 2009, kendong khadijah yang umur lebih kurang setahun masa tu dalam pouch, dalam hujan renyai-renyai ke pasar malam. Gigih sungguh lah. Balik dari pasar malam dah lebih kurang pukul 9 malam.
|
Di sebelah kiri tu Iris House Hotel yang kami menginap. Boleh tahanlah selesa biliknya. Untuk kami yang empat dewasa, dua kanak-kanak ni masih ok. |
Keesokan harinya, kami check-out awal lebih kurang jam 8.30 pagi, keluar breakfast di kedai berhampiran dan terus ke Tanah Rata. Kami ke MARDI Cameron Highland dan kemudian ke Ladang Teh BOH. Ada juga plan nak singah taman lebah lah, ladang strawberry lah tapi tak cukup masa. Lagi pula dalam MARDI tu dah ada kebun strawberry, cuma tak boleh nak petik je lah. Kami target tengahari dah kena gerak balik untuk elak kesesakan di highway pula. Kami balik lalu Tapah.
|
Di hadapan MARDI Cameron Highland. Kena bayar RM3 untuk dewasa. Haha suami saya cakap tak berbaloi sebab tak menarik sangat. Tapi, bolehlah sekadar nak pusing-pusing tengok pokok bunga, sayur, strawberry dan ladang teh. Abah saya suka bunga, jadi sesuailah tu.. |
|
Posing saja takpe, jangan petik buah belum masak tu ya anak-anak.. :) |
|
Sekeping lagi, puas pusing cari mana tempat yang boleh nampak buah strawberry warna merah. |
|
Mak dengan abah di salah satu laman bunga di sana. |
|
Kakak dan adik di depan kolam ikan. |
|
Khadijah suh ambil gambar dia di Laman Sayur ni.. |
|
Aisyah suka peluk adik dia, marahlah si kecik tu. |
|
Di hadapan Ladang Teh BOH. Jalan nak naik ladang ni memang mencabar. 6km dari jalan utama, naik bukit je pastu nak selisih kereta pun tak lepas. Tapi pemandangan cantik kat atas ini. SInggah minum teh dan makan kek, tak panjat ladang pun sebab malas. Kami dah pernah datang dulu, jadi dah ada gambar kenangan di sana. |
|
Abah, mak dan Khadijah. Aisyah dah siap baring dalam kereta, tak nak turun dah. |
Maka, berakhirlah percutian singkat kami. Apapun saya happy dapat bawa makabah jalan-jalan, bukan selalu ada peluang sebegini. Percutian seterusnya kena tunggu saya bersalin dan paling tidak baby umur 6 bulan ke atas lah, seperti sebelum ini, saya tak travel jauh dengan anak kecil. Dah lepas setahun usia anak, barulah berjalan jauh. Balik kampung tu lain ceritalah kan. Tapi tak tahulah kali ini, kita tengoklah berapa lama ya.. :)
Selamat berhujung minggu semua.
Saya kena pastikan barang-barang keperluan saya dan baby siap sepenuhnya minggu ini, dah 30 minggu sekarang. Ada lagi kain baju, lampin, selimut belum basuh, beg sayapun tak siap lagi.
No comments:
Post a Comment