Monday, February 27, 2012

Single-handed mother at the moment

Hari ini masuk hari ke-empat suami saya outstation dan saya menguruskan diri dan anak-anak seorang diri. Mencabar ok dengan kandungan yang dah masuk 32 minggu dan karenah budak kecil dua orang itu. Yang paling kritikalnya dengan Khadijah lah. Dia ni mudah merajuk, pastu tak boleh cakap kasar atau tinggi suara dengan dia, pendek kata, kena ikut je semua seperti yang dia nak dan surely lah I won't let it happen all the time lah kan. Kalau apa dia buat tu betul, ok lah tapi kalau ia tak necessary, then memang tak boleh bertolak ansur lah kan contohnya suka-suka hati dia pergi tarik rambut kakak sedangkan saya selalu pesan, minta dan cakap elok-elok dulu dengan kakak, jangan ada benda nak, pastu main gaduh je.

Sepanjang 4 hari ini, memang rasa surrender dah tapi kena harung juga lah sebabnya suami saya cakap dia pun tak tahu balik bila. Ini yang buat saya lagi tertekan ni. Huhu. Ditambah tengah mengandung ini kan, hormonpun tak stabil tapi memang sedaya mungkin tak nak banyak gerak, tak nak banyak membebel dengan anak-anak ni. Hanya doa moga-moga semua selamat lah ni. Aisyah sangat ok pada kebanyakan masa, kalau tegur diapun dia dah faham, cuma Khadijah ni je lah. Pagi tadi, kakak bangun pagi, suruh pergi mandi dan siapkan diri dia sendiri, ok je. Tapi dengan Khadijah memang kena bertunggu sebelah dia lah, kejut perlahan-lahan, cakap elok-elok kang mood dia kelaut lagi lah payah dia nak bagi kerjasama, biasanya abah dia yang uruskan dia pagi-pagi macam ni. Saya selalu tanya dia selepas dia mengamuk tak tentu pasal. Kenapa adik buat macam tu? dia boleh sengih pastu jawab saja je. Tak cukup perhatiankah anakku ini? 

Macam sesi luahan perasaan pula kan. Haha. Layankan ajelah ya, anggaplah ia satu sesi terapi saya. Nak tak nak kena hadapi juga. Doakan juga moga saya dan kandungan serta anak-anak selamat. Saya rasa sangat lega bila bangun tidur pagi dan lihat semuanya seperti biasa. Maksud saya, saya telah berjaya mengharungi satu hari lagi tanpa suami di sisi. Syukur Alhamdulillah. And the counting days remains...


Friday, February 17, 2012

Jatidiri kita

Salam Jumaat semua.
Saya beranggapan sibuk itu satu kebiasaan bagi semua orang. Dengan pelbagai tugas dan cabaran dalam kerjaya masing-masing. Kerana setiap kita mempunyai peranan tersendiri baik sebagai seorang pekerja, mahupun sebagai anak, isteri, suami, sahabat, ibu, ayah, ahli masyarakat atau lain-lain jawatan sekalipun. Dalam ceramah sempena maulidurrasul di institut pagi tadi, Ustas Hasri Harun menyatakan tenang dan senyum dahulu tiap kali terima berita atau beban kerja, atau khabar buruk sekalipun. Itu sunnah Rasulullah. Jangan kalau ada perkara buruk atau tidak diingini, kita terus nak melenting, atau kelam kabut tak tentu pasal, sebaliknya tenangkan hati dahulu dan mulakan setiap yang diberi dengan positif. Saya bersetuju dengan pernyataan beliau.

Kita ni cepat melatah kadang-kadang, kan. Benda mudah jadi payah, yang sepatutnya boleh selesai segera, tapi sebab karenah orang lain, terpaksa ambil masa untuk siapkan. Itu belum lagi cerita hal balik rumah, anak-anak buat perangai dan terus nak marah anak. Sebenarnya, kita boleh cuba dengan pendekatan psikologi dahulu. Tarik nafas dalam-dalam supaya Allah beri kita ilham untuk bertindak. Sayapun dalam proses mengamalkannya. Sukar bukan tapi cubalah, ia memang berkesan. Sekurang-kurangnya dengan belajar menerima, belajar mengawal diri dan sentiasa berfikir yang kita semua tidak sempurna, bermuhasabah semula, akan membuatkan kita lebih tenang dan gembira dalam hidup ini. 

Saya di usia 31 minggu kandungan. Allahuakbar macam sekejap pula rasa. Saya patut menghayati baki masa yang ada dengan pengalaman mengandung kali ini, iyalah bukan mudah nak mengandung dan melahirkan seorang anak, khalifah di muka bumi Allah ini. Belum kira cabaran membesarkannya nanti. Anak itu amanah Allah pada kita. Baik buruk akhirnya terletak pada tangan kita ibubapa mencorakkannya semenjak kecil lagi. Gusar melihat pelbagai masalah sosial hari ini, kerana itulah pendidikan awal anak-anak adalah sangat penting. Jatidiri seorang anak itu perlu dibentuk dari akarnya lagi, sedari sekarang.


Saturday, February 11, 2012

Cameron Highland 2012

Kami ke Cameron Highland sempena cuti tahun baru cina yang lepas. Tidur satu malam sahaja itupun gamble sampai sana baru google nama hotel dan walk-in. Kami menginap di Iris House Hotel. Sampai sana lebih kurang jam 12 tengahari, boleh tahan juga ramai orang, dan sejuk juga. Ini kira kali ketiga kami ke sana, 2009, 2011 dan kembali lagi 2012. Saja je bawa makabah yang kebetulan datang ke rumah kami, adik beradik lain semua tak nak ikut. Maka, kita proceed mana yang ada je lah. Ini pun permintaan saya pada suami nak ke Cameron, mungkin percutian terakhir sebelum cuti bersalin dan sementara tunggu baby nanti besar baru boleh nak travel lagi. 

Kami tak banyak melawatpun kali ini, kata dah kali ketiga kan datang sini. Kami singgah membeli-belah di Kea Farm masa dalam perjalanan pergi sebab kami ikut Simpang Pulai. Boleh tahan banyak barang beli. Lebih kurang pukul 2 petang baru gerak semula ke Brinchang nak cari hotel. Sebelum tu sempat online dan call Iris House Hotel, katanya ada lagi bilik kosong tapi tak boleh booking, kena walk-in. Rupanya dekat juga dengan pekan Brinchang hotel tu. Lebih kurang 150-200 meter jalan kaki ke pasar malam yang famous tu. Oklah tu kan. Selesai check-in, masing-masing rehat-rehat santai je. Petang dalam pukul 5.30, kami turun hotel cari makan dan misi ke pasar malam. Cuaca sejuk je, ingat lagi masa tahun 2009, kendong khadijah yang umur lebih kurang setahun masa tu dalam pouch, dalam hujan renyai-renyai ke pasar malam. Gigih sungguh lah. Balik dari pasar malam dah lebih kurang pukul 9 malam.

Di sebelah kiri tu Iris House Hotel yang kami menginap. Boleh tahanlah selesa biliknya. Untuk kami yang empat dewasa, dua kanak-kanak ni masih ok.
Keesokan harinya, kami check-out awal lebih kurang jam 8.30 pagi, keluar breakfast di kedai berhampiran dan terus ke Tanah Rata. Kami ke MARDI Cameron Highland dan kemudian ke Ladang Teh BOH. Ada juga plan nak singah taman lebah lah, ladang strawberry lah tapi tak cukup masa. Lagi pula dalam MARDI tu dah ada kebun strawberry, cuma tak boleh nak petik je lah. Kami target tengahari dah kena gerak balik untuk elak kesesakan di highway pula. Kami balik lalu Tapah.


Di hadapan MARDI Cameron Highland. Kena bayar RM3 untuk dewasa. Haha suami saya cakap tak berbaloi sebab tak menarik sangat. Tapi, bolehlah sekadar nak pusing-pusing tengok pokok bunga, sayur, strawberry dan ladang teh. Abah saya suka bunga, jadi sesuailah tu..

Posing saja takpe, jangan petik buah belum masak tu ya anak-anak.. :)

Sekeping lagi, puas pusing cari mana tempat yang boleh nampak buah strawberry warna merah.

Mak dengan abah di salah satu laman bunga di sana.

Kakak dan adik di depan kolam ikan.
Khadijah suh ambil gambar dia di Laman Sayur ni..
Aisyah suka peluk adik dia, marahlah si kecik tu.
Di hadapan Ladang Teh BOH. Jalan nak naik ladang ni memang mencabar. 6km dari jalan utama, naik bukit je pastu nak selisih kereta pun tak lepas. Tapi pemandangan cantik kat atas ini. SInggah minum teh dan makan kek, tak panjat ladang pun sebab malas. Kami dah pernah datang dulu, jadi dah ada gambar kenangan di sana.
Abah, mak dan Khadijah. Aisyah dah siap baring dalam kereta, tak nak turun dah.
Maka, berakhirlah percutian singkat kami. Apapun saya happy dapat bawa makabah jalan-jalan, bukan selalu ada peluang sebegini. Percutian seterusnya kena tunggu saya bersalin dan paling tidak baby umur 6 bulan ke atas lah, seperti sebelum ini, saya tak travel jauh dengan anak kecil. Dah lepas setahun usia anak, barulah berjalan jauh. Balik kampung tu lain ceritalah kan. Tapi tak tahulah kali ini, kita tengoklah berapa lama ya.. :)

Selamat berhujung minggu semua. 
Saya kena pastikan barang-barang keperluan saya dan baby siap sepenuhnya minggu ini, dah 30 minggu sekarang. Ada lagi kain baju, lampin, selimut belum basuh, beg sayapun tak siap lagi.

Sunday, February 5, 2012

Klinik Paediatrik Januari 2012

Pertengahan bulan lepas, ada temujanji Khadijah di Klinik Paed Hospital Serdang. Ini kira lawatan setiap 6 bulan. Memang saya ternanti-nanti nak jumpa paed yang rawat dia masa baby dulu tapi kekadang bukan rezekikan. Kali ini berjumpa dengan paed chinese lady. Saya tak sempat tahu nama dia. Setelah sembang-sembang lebih kurang 15 minit, dia cakap kalau ikut dia, dia rasa khadijah dah boleh discharge dari klinik paed, dia tanya saya balik, apa pendapat ibu? hehe saya mana-mana pun tak kisah. Saya tak rasa datang setiap 6 bulan sekali ke klinik membebankan, lagi pula inilah waktu untuk doktor nak observe khadijah. Lepas difikir agaknya, dia cakap takpelah kita bagi lagi appointment for another one year. Tahun 2013 kena datang lagi ok.

Kemudian, saya tercari-cari Dr. Azyati, ini merupakan salah seorang paed khadijah juga, dia cakap dia ada di klinik tapi takde rezeki jumpa dia. Sekali ternampak Dr. Rohaizah dan saya terus bawa khadijah jumpa dia. Seronok dapat jumpa dia, dia cakap alolo..comelnya khadijah. Siap minta ambil gambar lagi. Bila Dr Rohaizah dah keluarkan handphone dia ambil gambar khadijah, sayapun keluarkan kamera ambil gambar mereka. Sempatlah sembang-sembang pasal khadijah, progress dia dan sebagainya. Dan Dr Rohaizah cakap mulai 2012 dia buka klinik khas untuk ex-prem baby yang lahir berat bawah 1kg setiap hari khamis dan dia minta set kan appointment khadijah dalam kumpulan tu. Oklah tu kan.

Khadijah dan Dr. Rohaizah. Paed dia yang jaga dia masa di NICU dulu.
Saya memang sejak Khadijah discharged dari NICU dulu tanpa gagal hadir tiap kali temujanji khadijah di klinik paed ni. Saya rasa ia sangat penting dan perlu untuk anak prem saya biarpun kekadang terpaksa habiskan separuh hari di klinik. Ramai orang tak usah ceritalah, dengan payah nak parkingnya, pastu masa awal-awal dulu temujanji setiap 3 bulan, kekadang campur dengan temujanji di klinik optamologi kemudian di klinik ENT lagi, ada juga sebulan dua kali kami bawa khadijah ke hospital ni. Kalau ikutkan memang penat dan malas tapi demi anak kan. Betullah nak jadi ibubapa yang baik ni payah juga sebenarnya.  Teringat lagi masa khadijah bawah 2 tahun, berat dia naik slow sangat, lepas jumpa paed, kena pula jumpa dietician, pastu kena tunggu ambil ubat lagi. Dietician tu pula dah memang tugas dia advise suruh itu-ini tapi dia tak tahu kita dah berusaha macam-macam, cuba pelbagai menu, ada yang suggest campur susu formula. Tadah telinga je lah, memang mencabar dan kena banyak sabar. Bila dah cecah 3 tahun ini, barulah temujanji dah kurang. Klinik Optamologi dah jadi setahun sekali, Klinik paed pun lagi setahun, cma Klinik ENT je ada lagi tiap 6 bulan. Itupun specialist nak observe tonsil khadijah dan tahap kesihatan dia. Alhamdulillah saya rasa Khadijah dah sihat dan macam normal baby dah. Dia dah catch-up development seperti kanak-kanak sebaya dia. 

Saya nasihatkan bagi ibubapa yang ada anak prem ni, janganlah ambil mudah temujanji mereka di klinik. Ia untuk masa depan kesihatan anak kita. Doktor should know the best untuk anak kita berbanding kita dari segi tahap dan keperluan kesihatan.

Bersantai di hujung minggu di taman permainan.

Dua beradik ni, hari baiak, baiklah sangat tapi datang angin bergaduh tu, ha riuh rumahlah.. :)
Salam Maulidurrasul semua... :) moga kita dapat sebanyak mungkin mencontohi keperibadian Rasulullah dan mengikut segala sunnah baginda. Moga kita dapat menjadi kekasih baginda nanti dan beroleh syafaat di alam sana nanti.