Friday, July 1, 2011

Setelah sekian lama

Assalamualaikum wbt semua..
Lamanya tak update blog ni. Alhamdulillah kami dah selamat kembali ke tanah air semula seminggu lepas. Perasaanya, syukur yang amat sangat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun anak-anak diserang demam, batuk, selsema juga semasa berada di Mekah. Elok pula semasa menuju ke Madinah mereka semakin sembuh dan pulang dalam keadaan sihat. Saya akan cuba kongsikan pengalaman menunaikan umrah dengan membawa anak-anak kecil bersama nanti. Saya pasti ramai bertanyakan soalan ini sebagaimana saya juga mencari jawapannya semasa berhasrat ke sana tempoh hari. 

Saya belum sempat bercuti selepas kembali, belum berkesempatan. Balik-balik je, Isnin hingga Rabu saya terlibat dengan audit sebagai juruaudit. Mula-mula memang tiada keyakinan nak mengaudit ptj berkenaan, Alhamdulillah Allah berikan saya kekuatan dan ketekunan sebagaimana doa yang dipohon masa saya di Mekah lagi. Nervous juga tau sebab saya belum pernah mengaudit skop berkenaan. Moga-moga ketidakakuran yang diberi, diambil tindakan oleh ptj. Sering saya ingatkan, audit ini bukan untuk mencari kesilapan, tetapi untuk membuat penambahbaikan dan sebagai persediaan menghadapi audit sirim nanti. Dah habis audit, nak fokus pada program bersama orang asli pula 3 minggu lagi. Inipun buat saya kecut perut juga sebenarnya. Ia program pertama seumpamanya yang institut kami buat. Saya belum dapat makluman setelah serah tugas pada rakan sekerja tempoh hari. Minggu depan memang kena start all out semula lah ni. Nak buat macam mana, ia program khidmat komuniti di bawah laboratori saya. Apapun, saya memang bersemangat untuk program ini. Something new, yet not very new for me, but in aspect to achieve the KPI given by the university. Doakan kejayaan program ini, ia membawa misi besar untuk pemantapan hidup masyarakat orang asli. Projek rintis ini perlu dijayakan.

Saya tinggalkan dengan sekeping gambar ini.

Kami di KLIA sebelum masuk ke terminal.
Selamat behujung minggu kalian! :)

3 comments:

me_czar said...

Selamat kembali. Alhamdulillah semuanya selamat. Mak ayah saya pun baru balik dari sana Rabu lepas.

Nak tahu juga mcm mana mirah menguruskan 2 anak di sana. Kongsi ya.

Mudah-mudahkan dimurahkan rezeki saya pula utk ke sana. Amin...

mirah said...

Myza,
Thanx. InsyaAllah nanti mirah kongsikan. Amin mudah2an dapat jejak kaki ke sana segera. :)

Rozy said...

selamat kembali..
nanti cerita yaa mirah pengalaman mirah kat sana.