Friday, July 29, 2011

30 tahun

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur saya hingga mencecah 30 tahun hari ini. 30 tahun sudah berlalu, berapa hari lagikah yang tinggal sebelum kembali dijemput pulang? Allahuakbar. Moga pengakhiran yang husnul khatimah yang Engkau berikan kepadaku Ya Allah. Ada orang kata, welcome to the 3 series.. hihi angka itu tidak penting, yang penting hati dan iman. Moga saya juga tergolong dalam mereka  yang sentiasa mendapat keredhaan Allah.

Mencecah usia 30-an ini, apa yang saya harapkan ia lebih mematangkan saya, lebih mendekatkan diri saya pada Allah. Sejauh mana kita pergi dan berjaya, ingatlah semua itu dalam kehendakNya. Moga saya juga sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur. Moga saya berjaya menjadi anak yang baik, isteri yang solehah, ibu yang baik pada anak-anak, kakak dan adik yang baik pada ahli keluarga, sahabat yang baik dan pekerja  yang baik. Saya masih belajar tentang kehidupan, maka bantulah saya dalam menjalani kehidupan ini.

Saya ingin kembali ke sini...
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya, berikanlah saya kekuatan dan kesabaran menghadapi kehidupan sehari-harian, murahkanlah kami dengan rezekiMu yang halal dan diberkati. Matikanlah saya dalam iman dan kalimahMu yang agung Lailahaillallah.. Amin ya rabbal alamin.


Thursday, July 28, 2011

Dentist

Maafkanlah saya kerana tidak sempat nak update blog ini. Saya masih ingat janji saya nak habiskan siri pengalaman bawa anak-anak umrah. InsyaAllah saya update sedikit masa lagi ya. Baru baik dari selsema, batuk dan hilang suara serentak dengan berakhirnya Program Kecemerlangan Kemasyarakatan bersama orang asli negeri selangor. Alhamdulillah. Tapi, nak kena siap sedia, brainstorm untuk aktiviti selanjutnya bulan November ini, dengan nak cari penaja lagi. Takpe, kita buat perlahan-lahan ya. Laporan program pun belum siap lagi. Bagi kami tarik nafas sekejap, siap sedia untuk Ramadhan dahulu. Pejam celik dah nak puasa semula dah. Moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Banyak perkara nak uruskan ini dan jangan lupa persedian rohani juga.

Majlis Perasmian Program Kecemerlangan Kemasyarakatan
Semalam bawa anak-anak buat lawatan kali pertama ke klinik gigi. Dalam kereta, semua cakap ok. Ha bila dah masuk bilik doktor tu, baru masing-masing nak menyorok semuanya. Yang check gigi mereka bukan doktor, tapi staff nurse. Mula-mula Aisyah ok, macam-macam nurse tu intro kat dia, pastu bila nurse tu cuba nak polish gigi dia guna berus tu, dia refused. Dapat buat bahagian depan je. Nurse tu cakap, takpelah cukuplah untuk kali pertama ini. Lagi pula gigi mereka semua ok, Tiada masalah setakat ini, jadi maintain berus gigi dan observe je lah, lagi 6 bulan datang lagi. Khadijah pula baring sama dengan saya. Dia berani daripada Aisyah tapi nurse tu tak nak polish gigi dia, dia cakap tunggu akan datang sebab risau bebudak tu fobia lak nanti. Ok lah tu untuk kali pertama, nanti kita datang lagi ya anak-anak...


Mula-mula Nurse tu beri dia cermin suruh tengok gigi. Masa ni ok lagi.. Dia pakai uniform Taski sebab lepas tu terus hantar dia ke Taski. Khadijah hantar balik ke rumah pengasuh dia.
Mata dah terpejam-pejam dah..Ummi dah kena masuk campur..
Aisyah dah geleng kepala tak nak, pastu siap tepis tangan nurse tu, lepas tu dia tak nak dah. Puas lah nurse tu pujuk cakap ubat gigi perisa strawberry lah..semua tak dilayannya.
Banyak perkara berlaku dalam masa sebulan ini. Nantikan entry mereka mandi kolam di PD, entry Hari Sukan Taski Aisyah dan di Pesta Flora 2011 serta pelbagai lagi. Apapun, saya akan habiskan entry Umrah itu dahulu.InsyaAllah..


Thursday, July 7, 2011

Umrah dengan anak-anak 1

Mungkin saya akan buat banyak siri berkenaan tajuk entry di atas. Nak mengarang sekaligus, macam tak sempat pula. Saya pergi berlima orang dewasa dan 2 orang anak-anak saya dengan pakej Rayhar. Harga untuk dewasa dalam RM5k ++ dan kanak-kanak RM3k ++. Ini bergantung kepada pakej apa yang anda ambil ya. Alhamdulillah proses sebelum adalah ok, kami dapat hotel yang dekat dengan pintu King Abd Aziz MasjidilHaram. Lebih kurang 80-100m sahaja di sebelah kiri pintu hadapan masjid. Walaupun Hotel Al-Qasar Al-Qamar ni kira tak berapa mewah sangat, kami dapat jenis apartment sebab nak semua satu bilik, tapi kira ok sebab bukan pergi nak berehat-rehat sangat kan, pergi niat nak beribadat. Itupun dah cukup baik dah, yang penting dekat dengan masjid. Begitu juga di Madinah, menginap di Hotel Dallah, juga dekat, keluar je pintu hotel dah nampak pintu masjid. Lupa pula pintu nombor berapa. Lebih kurang 30-50m je dengan pagar masjid Nabawi tu. Hotel di sini mewah lah berbanding di Mekah sampai kami rasa jadi satu ujian pula nak bangun tidur. Hihi..

Persiapan Pra-Umrah
Bila bawa anak-anak kecil ini bersama, memang pening nak sort barang, nak buat checklist keperluan sebagainya, tapi kena buat sebab ia perjalanan yang jauh dan tidak dapat dijangka. Saya senaraikan barang-barang yang saya buat untuk anak-anak ya:
1. Pakaian siang, malam dan sweater. Juga socks dan tudung.
2. Ubat-ubatan seperti PCM, ubat batuk, selsema, ventolin untuk semput - ini untuk khadijah bila dia mula batuk, vicks, vitamin C. Lebih kurang seminggu sebelum pergi, saya bawa anak-anak jumpa doktor dan dapatkan nasihat doktor untuk ubatan dan panduan menghadapi anak tidak sihat. Well, doktor kan berpengalaman. It soothed a bit my worries at least. Saya juga jumpa doktor dan dapatkan ubat seperti PCM, ubat batuk tablet, selsema, ubat sakit tekak (yang ini sangat penting, sila bawa lebih ya), vitamin C, ubat cirit, ubat gastrik. Cuaca sana memang panas lebih 40C sekarang, jadi kemungkinan nak dapat sakit tekak adalah tinggi. Memang habis ubat sakit tekak saya di sana, alhamdulillah ada lebih dapat berkongsi dengan adik ipar sekali.
3. Buku-buku dan alatulis. Ini penting untuk buatkan mereka leka dalam plane dan di bilik hotel. Walaupun masa di bilik hotel tak dapat tumpu perhatian, takpe sekurang-kurangnya ada.
4. Biskut, coklat, air kotak, gula-gula. Biskut itu penting nak makan sambil-sambil isi masa lapang semasa di airport, dalam bas, di masjid (oh senario di masjid ini memang tak hairan sangatlah, memang ramai parents yang bawa anak dan bawa bekal yang ringan-ringan siap boleh sedekah bagi orang sebelah makan lagi). Gula-gula itu juga untuk meredakan keadaan. Haha. Saya tak setuju dengan idea ini, tapi nak bagi anak-anak ini senyap dan tenang sket, umpanlah dengan gula-gula. Saya tak belipun gula-gula ni, abah dia yang beli senyap-senyap. Tapi, berguna nampaknya. Jangan bagi semua, kawallah keadaan ya.
5. Topi untuk pakai semasa keluar. Anak-anak saya memang tak boleh celik mata bila keluar dari hotel. Kalau tengok gambar-gambar yang diambil, semuanya mata tak boleh nak buka. Jadi, perlu juga bawa topi ni.
6. Bawa selipar/ sandal yang flat, senang nak pakai dan cabut.
7. Carrier untuk anak kecil. Saya beli khusus untuk Khadijah yang dah berumur 3 tahun sekarang. Memang ada gunanya semasa di airport, berziarah dan juga di dalam masjid. Suami sempat tawaf sunat dengan backcarry Khadijah di belakang.

8. Tisu basah. Ini penting juga. Selain itu, tisu biasa juga. Banyak kejadian memerlukan tisu basah dan kering ini terutamanya berada dalam bas untuk perjalanan jauh seperti dari Mekah ke Madinah yang mengambil masa lebih kurang 6 jam.

9. Termometer. Mungkin juga coolfever. Tapi saya tak bawa. Tak sempat beli, lagi pula fikir anak-anak saya memang tak suka pakai itu, lap pakai tuala kecil je nanti.

Saya rasa itu adalah perkara yang pentinglah. Mungkin kalau ada yang saya ingat lagi, saya tambah kemudian. Oh penting juga, sebulan sebelum pergi, selalulah bercerita dengan anak-anak pasal nak pergi umrah ni, nak naik aeroplane, nak pergi Mekah, nak tengok Kaabah, nak pergi solat kat masjidilharam dan lain-lain. Berilah mereka pendedahan awal dan clue awal mana kita nak pergi dan apa tujuan kita ke sana. Saya tak risau sangat soal mereka di dalam masjid sebab mereka dah biasa ke masjid di sinipun, cuma pening bila fikir nak tawaf dan saie pada masa tu. Yelah belum ada pengalaman. Menurut ustaz-ustaz, kami tidak boleh dukung anak masa tawaf sebab antara rukun sah tawaf ialah berada dalam keadaan suci dan berwuduk. Aisyah bolehlah bagitahu bila dia nak ke tandas, tapi khadijah masih on diapers. Tapi, tawakal sahajalah dengan doa biar dipermudahkan urusan kami.

Musafir bermula.
Penerbangan kami ke airport Jeddah lebih kurang 8 jam, terbang jam 1530 dan sampai sana 1830 lebih kurang waktu sana. Alhamdulillah urusan imigresen dengan ambil barang berjalan lancar, lagi pula kami didahulukan sebab bawa anak-anak kecil yang comel. Hihi orang Arab memang sukakan kanak-kanak. Sungguh jelas itu. Kami disapa hampir semua staf mereka dan didahulukan. Sampaikan saya nak buka beg sandang saya, masa itu juga sedang backcarry khadijah, mereka cakap tak perlu. Dilepaskan sahaja kami. Lega. Sebabnya pihak Rayhar dah maklumkan untuk bersedia jika menunggu lama untuk selesaikan urusan imigresen dan bagasi yang terkenal lama di Terminal haji airport tersebut. Kemudian, kami solat jamak takdim maghrib isyak di terminal tersebut dan naik bas untuk bergerak ke Mekah. Perjalanan mengambil masa 1 jam setengah. Memang tidur semuanya. Kalau ikutkan memang waktu tidur di Malaysia masa itu sekitar jam 9 malam di sana.

Bila bas mula perlahan dan nampak lampu-lampu terang dan bila nampak kali pertama masjidil haram itu, tersergam hebat, terpegun. Subhanallah cantiknya. Hampir mentis airmata. Alhamdulillah menjadi kenyataan juga menjejakkan kaki ke masjidil haram.

Dalam plane. Dapat satu row. Hampir give up melayan budak 2 orang ini. Dahlah saya bertelekung siap sebab kami akan niat umrah di dalam plane (di Qarnul Manazil). Diaorang ini sempat merasa ke tandas juga. Fuh mencabar tau. Ini belum sampai lagi. Takpe, ujian semua tu. Hihi.. Inilah pertama kali saya melawat tandas kapal terbang. Walaupun dah banyak kali naik flight sebelum ini, memandangkan belum pernah perjalanan jauh, paling jauh pun 2 jam setengah sahaja, saya tak pernah teringin nak ke tandas. Mula-mula nak ke tandas tu risau juga. Hoho saya memang over sket kekadang, suka fikir bukan-bukan. Haha...
Khadijah sudah lena biarpun pesawat belum take-off lagi. Lega sekejap, lepas tu bila dia bangun dah tak nak tidur.
  
Aisyah juga tidur masa dah nak sampai Jeddah. Bila dah sampai dan kejutkan dia, menangislah apa lagi, sebab tak puas tidur. Kan tadi ummi dah pesan suruh tidur tak nak kan. Dia leka tengok cerita kartun, baca buku dan bangun duduk. Pengalaman pertama naik plane katakan.

Di airport Jeddah sementara tunggujemaah siap solat.

Frontcarry Khadijah sebab dia tak nak duk belakang. Dia insist nak berdukung, berat dah dia, 12kg. Surrender dukung dia lama-lama. Sedang gerak nak ke bas pula untuk ke Mekah.


Nanti sambung lagi ya.

Friday, July 1, 2011

Setelah sekian lama

Assalamualaikum wbt semua..
Lamanya tak update blog ni. Alhamdulillah kami dah selamat kembali ke tanah air semula seminggu lepas. Perasaanya, syukur yang amat sangat. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun anak-anak diserang demam, batuk, selsema juga semasa berada di Mekah. Elok pula semasa menuju ke Madinah mereka semakin sembuh dan pulang dalam keadaan sihat. Saya akan cuba kongsikan pengalaman menunaikan umrah dengan membawa anak-anak kecil bersama nanti. Saya pasti ramai bertanyakan soalan ini sebagaimana saya juga mencari jawapannya semasa berhasrat ke sana tempoh hari. 

Saya belum sempat bercuti selepas kembali, belum berkesempatan. Balik-balik je, Isnin hingga Rabu saya terlibat dengan audit sebagai juruaudit. Mula-mula memang tiada keyakinan nak mengaudit ptj berkenaan, Alhamdulillah Allah berikan saya kekuatan dan ketekunan sebagaimana doa yang dipohon masa saya di Mekah lagi. Nervous juga tau sebab saya belum pernah mengaudit skop berkenaan. Moga-moga ketidakakuran yang diberi, diambil tindakan oleh ptj. Sering saya ingatkan, audit ini bukan untuk mencari kesilapan, tetapi untuk membuat penambahbaikan dan sebagai persediaan menghadapi audit sirim nanti. Dah habis audit, nak fokus pada program bersama orang asli pula 3 minggu lagi. Inipun buat saya kecut perut juga sebenarnya. Ia program pertama seumpamanya yang institut kami buat. Saya belum dapat makluman setelah serah tugas pada rakan sekerja tempoh hari. Minggu depan memang kena start all out semula lah ni. Nak buat macam mana, ia program khidmat komuniti di bawah laboratori saya. Apapun, saya memang bersemangat untuk program ini. Something new, yet not very new for me, but in aspect to achieve the KPI given by the university. Doakan kejayaan program ini, ia membawa misi besar untuk pemantapan hidup masyarakat orang asli. Projek rintis ini perlu dijayakan.

Saya tinggalkan dengan sekeping gambar ini.

Kami di KLIA sebelum masuk ke terminal.
Selamat behujung minggu kalian! :)