ulangtahun kelahiran yang ke-29 tahun.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat di fb yang dah wish saya masa hari kejadian. Dekat blog tak dan nak buat entry sebab saya sibuk. Sibuk di pejabat dan menguruskan anak yang tak sihat. By the way, chicken pox khadijah teruk tau, sangat banyak biji2 nya. Dr cakap by isnin pun belum tentu baik, kena cuti lagilah gamaknya ni, tapi saya dah apply half day, another half tu nanti kita fikir ya sapa nak jaga khadijah. Dah lah dia susah nak sapukan cream ubat tu, pastu suka menggaru pula, memang confirm tinggal parut jelas ni. Berat khadijah dah 10 kg tau, hihi seronoknya, padanlah bila dukung dia, memang cepat je lenguh. Dah lama tak cerita pasal khadijah kan, nanti saya buat entry tentang perkembangan dia.
Perjalanan hidup ini ialah sebagai mengambil bekalan untuk hari kemudiannya. Beruntunglah barangsiapa yang berfikir dan mengambil peluang tersebut. Hidup ini hanya sementara.
Saturday, July 31, 2010
Wednesday, July 28, 2010
Cambodia II
Rasa nak cerita lagi pasal lawatan ke Kemboja tempoh hari. Gambar banyak, laporan masih belum siap lagi. Huhu tengah cari mood dan idea nak mengarang lah ni. Layan gambar je lah ya.
Ok sekian cerita bergambar ya. Gambar research yang lain tak payahlah tunjuk kan. Apapun, memang selama seminggu berada di Kemboja memberikan pengalaman baru dan takkan dapat dilupakan. Sungguh berharga dan sukar diperoleh.
Tuesday, July 27, 2010
Turn Khadijah pula..
Seperti dijangka, khadijah pula kena chicken pox ni. Berbeza dengan aisyah hari tu, biji2 ruam tu naik banyak sangat kat badan dan muka khadijah. kesian dia, asyik cakap gatal dan nak menggaru. Tidur pun tak lena. Makan pun sure taknak sangat. Dah 2x pergi jumpa doktor, yang mula2 tu pg az zahrah, dapat cream antivital tp mcm takde kesan sgt. pagi tadi ke Pusat Kesihatan Univ pula, dapat ubat sama mcm aisyah dapat hari tu. Harap2 cepat baik ni.
Thursday, July 22, 2010
Sorry, Aisyah!
Aisyah dah pergi sekolah semula hari ini. Alhamdulillah kesan kena chicken pox tu tak nampak sangat. Semalam doktor bagi minyak vitamin A untuk hilangkan parut. Parut kelihatan kat belakang badan dia je, kat tempat lain hilang macam tu je. Tak sabar nantikan cerita dari sekolah dia jap lagi.
Malam tadi kan, saya terasa sayu hati sangat, entahlah kenapa, sampai menitis air mata. Usai solat tu, saya menangis dalam doa yang dibaca. Anak-anak memang ada di sekeliling tengah main (selerakkan bilik), saya pula rasa sangat down dan helpless, lalu menitis air mata dalam doa yang dipohon, walaupun takde suara, tetiba aisyah datang rapat pada saya dan dia cakap kat adik dia 'adik, ummi sedih..'. Makin lama dia makin rapat dan duk atas riba saya, tak semena juga dia menangis sama. Saya habiskan doa dalam gesa kerana aisyah pula teresak-esak menangis. Ya Allah, saya tersentuh hati dengan perlakuan dia, si kecil itu seolah turut sama mengerti kesedihan saya walaupun dia tak tahu apa yang saya gusarkan. Aisyah kept bertanya, 'ummi, kenapa? kenapa ummi sedih?' saya bawa dia dan adik turun dan tidurkan mereka. Kesian aisyah. Maafkan ummi ya buatkan aisyah turut sama sedih tapi yang pasti, ia bukan sebab kenakalan kalian... Kat bawah pula, saya ajak dia peluk saya dan saya peluk dia kemas-kemas dan doakan moga Allah rahmatilah anak ini, moga dia dapat menjadi anak yang solehah dan kakak yang baik untuk adik-adik.
Saya dah ok pagi ini. Sesungguhnya sentiasa lah ingat bahawa Allah timpakan ujian/ kesakitan/ kesusahan itu sebenarnya tanda kasih sayang Allah supaya kita kembali dekat padaNya. Moga dalam rahmat Allah semuanya. Amin.

Wednesday, July 14, 2010
chicken pox
Ok ini memang sungguh di luar jangkaan. Elok je saya sampai rumah sabtu lepas, perasan badan aisyah ada ruam, tapi tak clear sangat. Pastu dengarnya dia makan ketam banyak, atuk dia masakkan, maka ahad esoknya tu, makin menjadi-jadi naik biji-biji kat badan dia. Tuan punya badan masih aktif lagi, malamnya pergi klinik, doktor pun tak sure sebab chicken pox ke allergy. Ok in observed mode then. Isninnya, aisyah pergi taski macam biasa, bila ambil dia tengahari tu, lagi macam biji-biji keluar. Mm..rasa memang sah kena chicken pox ni, tambah pula cikgu dia cakap ada budak lain kena chicken pox juga. Pagi tadi (selasa), bawa dia ke pusat kesihatan uni. Doktor cakap memang betul chicken pox, makanya aisyah tak boleh pergi sekolah dan mak nya juga kena cuti. Ok i'll be on leave until thursday. Jumaat kena datang ofis sebab ada meting dan ada report kena buat. My husband will take charge on that day. Next week? mm..not sure and still undecided how are we going to handle the kids. Esok, aisyah will stay with me at home and khadijah will go to her babysitter's house. We need to take precaution so that khadijah get lesser chance to be infected too eventhough the possibility is high. Oh cannot think if khadijah get infected later and we need to take another leave. Huhu dah lah saya baru balik dari outstation dan kerja menimbun kat pejabat belum terusik. Minggu depan juga ada banyak mesyuarat penting dan ada institut akan ada audit kendiri mungkin awal bulan depan. Saya perlu prepare the letters dan jadual. Ya Allah permudahkanlah urusan kami.
Back to aisyah, she looks really restless, tidur tak lena sebab badan dia rasa miang agaknya, walaupun dah pesan jangan garu, alah budak kecik kan, bila dah gatal, menggaru juga dia. Doktor bagi dia ubat demam, ya memang dia demam, badan dia tengah fight dengan virus tu kan, ubat tahan gatal dan krim sapu. Pity her. Boleh tahan banyak juga biji-biji naik kat dahi, muka dia. Yang paling penting, jangan kasi kena hujan kan, nanti parut tak hilang. Oh i've experienced this before. Pastu selalu mengadu badan dia sakit, kaki dia penat. Sabar ya kakak..
Ok i'll try to update on her later.

Sunday, July 11, 2010
Cambodia
Alhamdulillah saya dah berada di rumah semula. Lama tu 6 hari setengah di tempat orang.
Sangat banyak pengalaman saya dapat sepanjang tempoh berada di Kemboja minggu lepas. Dan sebagai saudara seagama, memang kami sangat simpati dengan masyarakat minoriti Melayu Islam di sana. Walaupun tujuan asal trip tersebut untuk mendapatkan manuskrip, bukan setakat berjaya menemui manuskrip tersebut, malah kami juga turut terlibat dalam membantu meringankan beban mereka. Sungguh besar tanggungjawab mereka di sana. Dan insyaAllah jika dizinkanNya, kami akan kembali ke sana suatu hari nanti dengan misi yang berbeza.
Ok saya share few photos taken masa kat sana ya yang saya rasa takkan dapat jumpa di negara kita ni.
Banyak saya nak kongsikan kerana pegembaraan kami ke sana merupakan pengalaman yang sukar diperoleh. InsyaAllah jika ada kesempatan lain, akan saya kongsikan lagi. Esok akan kembali ke pejabat memulakan rutin harian seperti biasa. :)
Sunday, July 4, 2010
Kerja tak settle..
Weng kan saya, kerja masih ada yang tak siap, ada hati nak update blog.
Masih belum dapat nak tidur. ESok pagi kena keluar sebelum jam 6 pagi.
Huhu saya pasrah dah ni.
Lepas ni, nak habiskan lipat kain sebakul dan susun baju latihan sukan aisyah. Takde lah nanti abahnya tercari-cari pula. Saya berharap dapat online di Kemboja nanti, dengarnya internet caj USD 8 per day. Mahal ke murah? Ok saya nak log off dulu. Bajet nak tidur pukul 2 am, so that dapatlah recharge energy sket sebelum kena bangkit semula jam 5 pagi.
Doakan selamat perjalanan saya dan penyelidik lain pergi dan balik ya... Amin. Tq.

Saturday, July 3, 2010
Belum packing
Saya belum siap packing barang lagi, nak kena settlekan dulu urusan nak tinggalkan suami & anak-anak ni seperti, clearkan laundry basket, lipat kain dan iron baju kerja suami & sekolah aisyah, tak termasuk nak susun siap-siap baju sukan dia. Ini terjaga sebab ingatkan nak siapkan kerja ofis, tapi tak dapat buat sebab colleague saya belum bagi bahagian dia utk saya buat seterusnya. Huhu esok siang pasti saya tak dapat nak online sebab busy dengan anak-anak, settlekan kemas rumah pula, tambah pula makabah saya nak datang esok. Haih sempat ke siap ni?
Saya sungguh penat sebenarnya, sepanjang minggu ni saya asyik terjaga tengah malam dan siapkan kerja ofis dan kerja rumah sekali. Malam tadi masa masak rasa macam nak tidur je. Lepas isyak je terus tidur, terjaga pukul 1 pagi lebih tadi. Harap-harapnya dapat rest dalam perjalanan ke kemboja nanti. Flight saya pukul 9.30 pagi ahad nanti, pukul 6 pagi dah kena keluar rumah. Mujur kenderaan ofis yang bawa ke airport, saja taknak bagi suami hantar ke KLIA, kan jenuh pujuk anak-anak menangis nanti. Kesian kat mereka nanti. Bila tanya khadijah, nanti ummi pergi kerja, adik sleep dengan abah tau. Dia jawab 'nanak(tak nak).., nak ikut ummi..' Huhu..Aisyah nampak ok, maybe sebab dia dah besar sket, cuma dia cakap nak suh ummi juga hantar ke sekolah dia. Mana boleh kakak..
Ok saya nak buat benda lain lak ni, Yus, cepatlah send file tu kat akak ya..hihi.. tq.

Subscribe to:
Posts (Atom)