Tuesday, April 16, 2013

Khadijah is 5

Ini satu lagi entry tertangguh. Minggu lepas Adam jatuh sakit. Sakit tangan kaki mulut (HFMD). Nanti kita cerita lain pasal ini.

Khadijah genap 5 tahun pada 12 April 2013, Jumaat lepas. Ummi doakan Khadijah membesar sihat, mempunyai akhlak yang mulia, menjadi anak yang solehah, hamba yang bertakwa. Semoga hidupmu diberkati Allah sepanjang hayat. Abah yang inginkan nama Khadijah untuk mu anak. Semoga kental jiwamu untuk berjuang pada masa sakitmu dahulu. Seumpama kental dan besar jiwanya Saidatina Khadijah menjadi ummahatul mukminin. Dan Nur Syifaa' itu sebagai doa agar dirimu senantiasa sihat kerana maksudnya cahaya penyembuh. Doa agar kamu sembuh daripada segala kesakitan yang dihadapi.

Dan peribadimu anak memang 'keras'. Bulat dan jitu keputusannya. Doa ummi agar Khadijah menjadi anak yang baik, mempunyai peribadi mulia dan semakin hilanglah sikap tantrum itu. Membesarkanmu memang menguji kesabaran. Ummi tahu Allah berikanmu sebagai amanah besar untuk ummi. Hari-hari sakitmu dahulu, banyak menginsafkan ummi dan mengingatkan ummi pada hakikat kehambaan. Kamu bawa rahmat kasih sayang. Hari-hari kita berulang alik ke hospital, even sekarangpun biar tidak sekerap dahulu, masih menjadi keutamaan ummi. Kamu layak untuk dapat yang terbaik semampu abahummi ada. 

Cepat benar masa berlalu. Makin hilang sudah ingatan tua ummi pada setiap perkara pertamamu. Makanan pertamamu, langkah pertamamu, gigi pertamamu, panggilan 'ummi' yang pertama  dan semuanya. makin hilang jugalah anak comel ummi yang sering mendapat perhatian di hospital dahulu. Yang ada sekarang Khadijah yang semakin cergas, pintar dan macam-macam karenahnya.. :)

Beberapa tahun lepas
Khadijah dan kakak dalam bot di Sungai Mekong
Bersama kek hari lahirnya yang ke-5

Terima kasih Allah atas pemberianMu. Semoga kami dapat menjadi ibubapa terbaik pada anak-anak kami.


2 comments:

lia said...

lia masih ingt update2 dr mirah psl Khadijah masa awal2 dulu... Alhmdlh da besar dia... and u shold pround of being her mom, dgn apa yg Khadijah ada sekarang ni ;)

mirah said...

Lia, terima kasih.

Bila baca balik post tu, rasa nak nangis pula.. hihi..