Sunday, February 24, 2013

Khadijah and tantrum

Anak ini memang berbeza. Saya sentiasa ingatkan diri bahawa dia adalah istimewa, kerana Allah panjangkan umur dia selepas dia lahir dengan peluang survival tidak sampai 50%. Allahuakbar tetapi dialah baby yang eventful suatu masa dahulu sering menguji tahap iman dan kesabaran saya. Sampai satu waktu, kalau dia tantrum, saya duduk diam tengok je. Last sekali bila dia dah restless, saya cakap dah jom peluk ummi, elok je dia datang peluk dan habis tantrumnya yang amat hebat tadi. 

Mid child syndrome? second child syndrome? Bila saya tanya pada paed dia, paed dia cakap it's normal. It's a second child syndrome. Don't worry. Tetapi, saya tidak mahu ia menjadi rutin seterusnya merosakkan emosi Khadijah. Selalu saya cakap kat mak saya, saya sentiasa pening dengan Khadijah ni, kalau larang dia buat sesuatu, 3-4 kali kita ulang larang/ minta dia berhenti tu biasa sangat sampai kekadang kena pergi bagi tanda sket macam pergi tepuk dia ke, cubit sket ke, tarik tangan dia tanda suruh berhenti buat. Kalau tidak, dia buat tak tahu je. Contohnya pergi kacau adik, suka benar peluk adik macam nak smackdown tu sampai menangis menjerit adik dibuatnya, takpun dipukulnya kakak berulang kali. Pendek kata, dia memang sentiasa jadi pencetus. Hilang sabar juga dibuatnya kekadang.

Ok saya mak anak 3. Belum lagi jadi mak mithali. Masih jauh jalannya. Kekadang si kakak pun mengada-ngada nak perhatian, tidurpun nak bertepuk, bangun pagipun nak berdukung nak kena mandikan. Dia yang nombor dua pun sama, tetapi ada masanya dia lebih independent. Si kecil nombor tiga tu memang centre of attraction lah sebab dia bongsu dan masih kecil. 

Malam tadi kami sampai rumah lambat dalam pukul 9.30 malam selepas keluar lewat petang pergi cari telefon baru untuk adik saya, kemudiannya makan malam dan solat semua. Sebab mereka tak tidur siangnya, si kakak berdua tu lah, maka belum sampai rumah masing-masing dah terlelap dalam kereta. Mm..memang pasti ada yang akan melalak sebab kena paksa bangun kemudian basuh badan dan tukar baju tidur. Dan memang betulpun, mula dengan si kakak, sampai Adampun tak boleh tidur kemudian akhir sekali Khadijah lah paling lama mengamuk. Aisyah cakap dia tak nak mandi, oklah pergi buang air je. Kemudian tukar baju, nak tidur sebelah ummi padahal tempat tidur dia tak sebelah saya patutnya. Takpe layankan je dulu, kemudian nak bantal peluk, saya bagi yang itu dia tak nak, sambil merengek-rengek menangis, nak yang lain, saya kata kakak bangunlah ambil sebab saya tengah tidurkan Adam. Dia tak nak, pastu nak suruh tepuk pula. Allahuakbar, yang dua lagi tu tengah nangis juga. Ok bertenang ummi. Tepuklah juga si kakak sebab saya kena pastikan semua tidur ni. Selesai dengan kakak, nak selesaikan Khadijah. Dia cakap nak tidur sebelah ummi juga, ok saya cakap jomlah tidur sini, sebelah saya juga tapi sebelah Adamlah sebab mestilah Adam tidur dengan saya kan. Oh dia tak nak, pujuk-pujuk tak jalan juga, Dia cakap nak tidur kat bawah pula, ok bila ajak dia tak nak pula. Saya dah hampir hilang sabar jugalah sebab menangis bukan main kuat lagi siap pukul-pukul tangan kat tilam. Protes. Bila bercakap sambil nangis lagilah tak jelas apa kehendaknya. Saya cakap jomlah pergi bawah takpun Khadijah duk sini je lah, ummi nak pergi tidur bilik sebelah. Oh bukan main marah dia siap lompat-lompat dan pukul pintu. Bila tengok dia dah macam kena rasuk hantu ni, saya cepat-cepat cool down diri dulu. Ok ini tak boleh nak berkasar dah. Dia memang tengah high mode tu. Saya cakap ok jomlah masuk bilik semula. Saya cuba tidurkan Adam, ok kena settlekan Adam dulu. Adam pun bila bising dia dah tak nak tidur baring, bagi susu pun tak nak, itu tanda dia dah mengantuk sangat. Akhirnya, saya pangku dia sambil selawat, zikir dalam masa tu Khadijah tengah menangis tolak-tolak bantal, saya dan tumbuk tilam. Kesian saya tengok dia. Ok tak sampai 10 minit, Adam pun lena. Saya letak Adam. Masa ni Khadijahpun dah slow down, dah penat agaknya. Saya panggil dia, khadijah jom peluk ummi. Dia terus datang peluk. Saya tanya Khadijah sayang ummi tak, dia jawab sayang. Khadijah tak penat ke? Dia jawab penat. Ok dah jom tidur. Elok sayapun susun tempat dia, tempat yang tadi saya suruh tidur tu lah. peluk-peluk, kiss semua tepuk sket terus tidur. Habis cerita. Sejam jugalah selesaikan semua. Suami saya taknak masuk campur, saya tahu dia lagilah kurang sabar melayan karenah anak-anak ini.

Ia tak berlaku setiap hari tetapi hampir jugalah. Macam-macam scene ada. Memang ada kalanya hilang sabar saya, tambah lagi bila anak tak hormat kita kan. Aisyah lebih reserved. Dia dah faham bila saya cakap 'No' beberapa kali, dia dapat hint nya tetapi tidak dengan Khadijah. Masa Aisyah kecil-kecilpun dia takde tantrum yang begitu. Memang berbeza amat dua orang tu. 

I am not complaining. Or comparing my kids. Every child is a gift, no matter how, they are all my children. Saya yakin, setiap ini adalah ujian kesabaran Allah bagi nak uji saya. Dan pastinya, setiap masalah akan ada penyelesaiannya. And it's a matter of time also.Moga catatan ini mengingatkan saya betapa anak-anak ini ujian daripadaNya. Saya sentiasa belajar untuk menjadi ibu terbaik buat anak-anak. Moga Allah lembutkanlah hati anak-anak saya dan mudah dilentur.


Ok saya baru kejutkan Khadijah pergi toilet. Time to sleep pula. Habis dah me-time saya. ingatkan nak pump susu tapi Adam dah bangun minum dulu. esok pagi jelah nampaknya. Macam nak lipat kain. tapi tengoklah larat ke tak ni.

p/s: sampai satu tahap, saya rasa nak bawa Khadijah pergi jumpa ustaz je. Perlukan saya? huhu..

4 comments:

ct aju said...

saya dulu pernah diceritakan pasal sindrom anak ke2 ni...tp xpernah ambil kisah pun...now baru perasan anak no2 ni mmg cabarannya lain skit...sama mcm anak kedua sy...bila dia meragam...ragamnya mmg menguji kesabaran sgt2...tp syukurnya dia boleh dikatakan jarang juga nak meragam...coz slalu dia independent...tp bab usik ni mmg dia juara...mcm kepuasan bila dpt usik org...sy cukup risau nak antar dia p school...

Confession of a Coffeeholic Momma said...

its just a phase..

i ada pernah baca, experts kata time toddler tantrum stage & teenage years, human go thru certain chemical imbalance dlm otak/badan (mental illness). so sebab tu dia buat perangai yg kekadang tak bleh terima dek sensible mind.

mirah said...

ct aju,
betul tu. Time dia ok, memang Khadijah ni baik sangat. Senyum meleret comel je, haha tapi tunggulah time dia mengamuk, habis yang comel tu.. :)

mirah said...

Ija,

ya saya selalu ingatkan diri begitu. Sementara nak besar, nak cerdik. Nanti sunyi pula bila takde gaduh-gaduh ni. :)

Anyhow, anak tetap anak kan. Betul orang kata, kalau kita cubit anak takpe, tapi janganlah orang lain cubit anak kita, mesti terasa kan.