Hari Kedua
Untuk hari ke-2 memang rancangannyaa ke Taman Safari di Bogor. Menurut supir, ia akan mengambil masa lebih kurang 3jam. Memang betulpun. Jalannya juga naik-turun bukit. Sebelum pergi sana tu, perut saya rasa tak selesa, saya ingat macam tak nak join tapi semua insist suruh pergi, cakap kalu duk sorang-sorang kat hotel, susah juga, nak makan dan sebagainya. Maka, sayapun ikut juga lah. Sebab naik coaster, jadi tak terasa bumpy sangat jalannya.
Saya recommend tempat ini untuk yang bawa anak-anak kecil berjalanlah sebab ia macam zoo kita tapi lebih real sebab kita hanya boleh duduk dalam kenderaan dan haiwan-haiwa itu berkeliaran je dalam zoo tu. Harga masuk boleh tahan mahal juga, RP 155k seorang dalam lebih kurang RM50, bila dibawa melawat dalam kawasan taman itu lebih kurang sejam juga, kemudian ada tempat rehat di mana banyak pertunjukan haiwan boleh dilihat, even theme park tempat mandi-manda, mini fun-fair pun ada. Tapi dengan cuaca sejuk, sayapun tak pasti ada orang boleh tahan mandi-manda kat situ. Sebelum masuk ke Safari tu, ada gerai kiri-kanan jalan jual lobak kecil-kecil dengan pisang. Rupanya ia untuk kita beli buat bagi haiwan makan dalam safari itu nanti.
|
Haiwan pertama menyapa kami bila masuk Safari ini. |
|
Alma? |
|
Orang Utan |
|
Besar dan cantik tempatnya, standard lah dalam hutan tapi very scenery lah. Tambah pula cuaca yang dingin je. Ada air tu untuk basuh tayar kereta. Bagi elakkan ada haiwan pemangsa dapat hidu dan nak terkam ke kenderaan pula kan. |
|
Khadijah berlatarbelakangkan singa. Gemuk-gemuk singa kat sana. Masa ni sila tutup pintu coaster rapat-rapat ya. |
|
Gajah |
|
Khadijah dan Zebra. Saya tak dapat capture Aisyah dengan haiwan sebab dia kat tingkap belah sana. Mungkin ada dalam kamera dslr adik ipasr. Tapi belum tengok lagi gambarnya pun. :) |
|
Hyppo ni asyik tadah mulut je. Dengan haiwan Alma kot tu sebelahnya. |
|
Monkey itu tengah breastfeed anak dia. |
|
Gambar keluarga di tempat rehat Taman Safari sebelum kami pergi lunch. |
|
Ini di perkampungan cowboy. Kami tengok cowboy show kat sini, memang real tapi bebudak ni nangis takut sebab bunyinya kuat sangat, dengan keluar api, air, bom, pistol, kuda dan sebagainya. |
Kat kawasan tempat rehat juga ada tempat makan, so banyak benda boleh buat di situ cuma kami tak sempat pusing semua. Dah lah masa sampai di kawasan rehat tu hujan renyai-renyai, pastu sejuk, memasing malas nak berjalan, apatah lagi saya, kan. Hihi.. Bila tengok jadual pertunjukan, memang banyak tapi kami pergi ke cowboy show je. Supir tu cakap yang ini kena pergi. Kami masuk cerita dah mula. Memang real scenenya, tak sempat kami nak perhatikan props nya sebab show dah mula kan. Siap dengan bom, pistol, riffle bagai lah. Air pancutnya, bom meletup dalam air, habis kena audience, tapi kami tak sempat kena sebab duduk wing tepi. Saya tak ambil gambar sebab kamera dengan husband, ingatkan dia ambil gambar, diapun fokus tengok cowboy tu rupanya. Pastu Aisyah dengan Khadijah menangis sebab bunyinya agak kuat, pastu siap dengan orang jerit-jerit, bunyi bom, pistol semua tu lah kan. Yang kelakarnya, cowboy cakap Indon lah kan, makanya gigih jugalah nak memahami isi butir dialognya. Apapun, it was really interesting. Boleh pujilah.
Dah habis tengok show, dah pukul 3 ptg lebih, maka kita ambil keputusan solat jamak dulu sebelum gerak balik ke Bandung. Sampai Bandung dah petang sangat dan terus pergi makan. Balik hotel, selesai urus diri memang tidur terus lah.
p/s: gambar-gambar di atas itu hanya sebahgaian sahaja, malas nak edit lagi, sebenarnya ada banyak lagi haiwan dalam safari tu. Ada juga rumah ular, insects, etc. Dan kami tak habis pergi semuapun sebab kekangan masa. Kalau tak kerana perjalanannya jauh, mesti ada lebih masa di sana.