Sunday, January 1, 2012

Pusat Sains Negara

Selamat Tahun Baru 2012. 
Saya nak kongsikan aktiviti terakhir kami sebelum tahun 2011 berakhir iaitu kami ke Pusat Sains Negara. Sebenarnya selepas Muaz, anak saudara saya tengok gambar aisyah pergi ke sana masa lawatan taski dia hari itu, dia pun nak pergi juga, nak tengok dinosaur katanya. Maka, demi mengisi cuti sekolah yang ada dan tidak menghampakan dia, maka pergilah kami ke sana.

Bergambar di akuarium sebelum masuk bahagian dalam. Besar-besar juga ikan-ikan air tawarnya.

Main di playground disediakan sementara menanti sepupu mereka sampai. Suka betul nampaknya mereka. Masa ini baru sampai dalam pukul 12 tengahari gak lah tapi belum begitu ramai orang lagi. Itu yang sakan bebudak dapat main.

Dinosaur yang ingin sangat dilihat. Tengok tu Khadijah yang takut, ah macam biasalah dia. Aisyah je yang cool.

Siap boleh berdayung sampan lagi dalam tu..hehe..

Main gendang eh kompang rasanya tu pun boleh. Saya cakap kat Aisyah, kompang ni kat rumah tokki pun ada.

Trampoline? Sebenarnya Khadijah takleh main benda ni sebab untuk umur 5 tahun ke atas, tapi si adik yang jaga pintu tu bagi dia masuk, takpelah kan..

Mencuba rumah hamster. Boleh pusing-pusing tau.

Lepas mereka dah habis saru sesi pusing kat bawah tu, barulah Muaz, Anas, Fawwaz sampai. Masa ni Fawwaz takde sebab tidur dalam kereta.

Seekor lagi Dinosaurr

Ini antara dinosaur yang dipamerkan kat bahagian atas. Ada banyak sebenarnya tapi banyak gambar gelap sebab dalam tu malap je dan saya malas nak edit pun ada juga..heheh..

Ini bersama robot eh apa namanya eh.
Dan ini gambar terakhir sebelum balik. Semua cucu tokki dengan nenek yang ada kat sini. Nak minta semua pandang kamera memang tak dapatlah. Ini je lah yang terbaik..
Kita yang seronok tengok budak-budak ni gembira. Berbeza juga dengan pengalaman ke Petrosains. Kira kat sini ada tarikan dinosaur lah kan. Cuma kedai cenderahati dia tak strategik, biasa kan kita akan lalu kedai cenderahati bila keluar nak balik kan, tapi di sini, di bangunan berbeza sebelah kafe. Sayapun tak masuk sebab nak cepat balik. Penat dah melayan bebudak ni satu hari. Kami gerak balik hampir pukul 5.00petang juga. Tiketnya murah, boleh suka hati keluar masuk pula tu, tak strict lah yang jaga pintu masuk tu. Surau ok, tandas pun ok, cuma lokasi surau jauh dari tandas tu, ada makcik yang tegur juga lah. Dan lokasi surau kena redah tempat aktiviti. Mungkin boleh diperbaiki pada masa akan datang. Bahagian outdoor kami tak pergi pun, ya memang sebab masa dah petang dan penat. Ada 5 orang kanak-kanak tau.

Ok selamat tahun baru semua. Semoga boleh lihat kembali azam tahun-tahun lepas dan semoga azam tahun 2012 dapat diusahakan dengan jayanya juga. Marilah kita sama-sama muhasabah, meneliti dan menilai kembali sejauh mana kita berada. Semoga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah.


2 comments:

Tirana said...

Rumah kak tirana dekat aje dengan pusat sains negara..:))

mirah said...

k tirana, ya ke. mesti dah boring lalu dpn PSN tu kan.. :)