Semalam merupakan hari pertama Khadijah di TASKI. Aisyah pula tahun ini dah masuk tahun ke-3 maka dia lebih cool dan rileks je. Alhamdulillah semalam adalah sangat ok. Mereka memang excited, beg, botol air, bekal(biskut je pun) semua isi sendiri dan dah siap pada malam sebelumnya lagi tu. Masa mula-mula sampai terus bawa khadijah ke tempat letak kasut, beg dan masuk ke kelas. Aisyah dah laju ke depan dah cari kawan lama dia. Mula-mula khadijah tak lepas tangan saya juga, tapi dia tak nangis. Dia cakap ummi temankanlah adik. Saya pujuklah lepas tu masa tu kan ramai ibubapa lain hantar anak-anak maka kalut jugalah suasana. Tapi, memandangkan saya dah biasa dengan taski tu jadi, saya tak kisah pun sangat tak mendapat layanan sewajarnya. Lepas dah pujuk-pujuk lebih kurang 10 minit, cikgu dia datang keluarkan lego dan dia nak main tapi dia tak lepaskan tangan saya, dia cakap nak kakak temankan dia. Saya panggil aisyah suh duduk sebelah adik dia sementara saya nak keluar. Bila kakak dah ada sebelah dia, ok je dia salam dan saya pun keluar. Taknak tunggu lama-lama takut dia berubah fikiran pula.. :)
|
Selepas dah siap pakai baju masing-masing. Bukan main comel lagi mereka... :) |
|
Dalam kereta sebelum sampai taski. Khadijah dah siap galas beg tu.. |
|
Muka ceria je kan. Khadijah je dapat tag nama sebab dia pelajar baru.. Dah besar dah anak-anak saya, kan.. |
|
Ini tengah pujuk masa saya nak keluar. Tangan pegang lego, nak main tapi nak minta kakak temankan. Bila aisyah duduk sebelah dia, sayapun keluarlah. Takde pula dia ikut sama atau menangis. |
|
Ini pula gambar khadijah masa saya ambil dia tengahari tu. Ucapan pertama dia, 'ummi, adik tak nangispun...'. Wah bagus kan dia. Alhamdulillah nampak ok setakat ini. |
Aisyah akan berada di taski sampai petang, khadijah ni saya ambil tengahari dan bawa ke rumah pengasuh. Tapi tengah fikir juga ni sebab sukar juga saya tiap-tiap hari nak keluar ambil dia. Masa sampai rumah pengasuh semalam, dia nangis tak nak masuk. Katanya nak balik rumah. Saya rasa dia dah penat dan nak tidur. Dapat upah aiskrim sebatang, dia pun masuk.
Hari ini saya mc sampai esok. Doktor suruh rehat di rumah sebab ada mild/ premature contraction. Nantilah cerita lain pasal tu. Tolong doakan agar semuanya baik-baik saja. Satu beg bawa kerja pejabat ke rumah, tapi baru satu je separuh siap. Haha.. Tengok-tengok dah separuh hari ni ha.. Kejap lagi nak pergi ambil khadijah semula dah. Hari ni percubaan hantar dia sampai pukul 3 petang. Jangan kencing kat seluar dah lah dik... risau dia terbabas masa tidur je. Tapi, sebab tak minum susu, harap-harap ok lah. Pagi tadi, lama juga saya tunggu dia, khadijah cebik-cebik nangis cakap nak gi rumah pengasuh dia. Habis pujuk pastu bawa dia ikut kakak masuk kelas kakak, main-main jigsaw jap pastu ok. Siap dah boleh senyum tu pastu ummi lari keluarlah. Tak sabar nak dengar cerita dia kejap lagi..
3 comments:
dah masuk taski dah ye. senangkan kalau anak tak menangis kalau ditinggalkan
comelnya kakak + adik....khadijah nampak matang :):)
Nadiah,
minggu pertama tu mcm2 cerita ada. Tp skrg dah ok.
K Mieja,
Khadijah very the talkative kat sekolah. Cikgu dia ckp aisyah pun x mcm ni.. hehe..
Post a Comment