Sunday, June 27, 2010

Dalam diam itu..

Memang dah agak lama saya menyepi. Entah ada ke tidak yang sudi baca blog yang tak seberapa ni lagi.. Akhir-akhir ini saya memang sibuk di pejabat, sebab saya kena buat dua kerja dalam satu masa, saya sedang menanggung kerja pegawai yang sedang cuti bersalin. InsyaAllah minggu depan, dia akan balik bertugas, Fuh lega. Banyak tau kerja-kerja bahagian saya yang tertangguh sebab settlekan tugas dia yang merupakan tugas pentadbiran di institut. Dalam erti kata lain, saya kena dahulukan kerja-kerja dia..

Tapi, tak kurus-kurus gak. Haha apa kaitan ni? Ok nak cerita yang berat saya dengan jayanya naik sebanyak 5kg sepanjang 6 bulan pertama tahun ni. Makan macam biasa, in fact dah control juga, tapi perubahan hormon ni memang tak boleh buat apa lah. I've stopped the treatment, so harapnya boleh lose back the 5kg tu, at least turun 2-3kg dalam bulan puasa nanti kan. Sungguh saya tak suka dengan berat ini, ini berat masa pregnant je. Walaupun ramai yang kata tak nampak saya dah gain weight, tapi tuan punya badan rasa sungguh tak selesa ok..

Minggu lepas kami pergi bercuti ke Perhentian, dalam saya kelam kabut di pejabat, dapat juga buat acara selingan pergi bercuti. Actually plan ni dah lama, takkan nak cancel. Adik beradik, makabah suami ikut sama. Makabah saya juga. Mujur mereka ikut sama, kalau tidak, tak dapatlah saya nak terjun dalam air bersnorkeling. Memang best. Cantik pulau tu, dapat tengok penyu siap follow penyu tu, lupa diri yang diri ni penyelam amatur, nasib tak tenggelam ke apa tengah-tengah laut tu. Aisyah sangat seronok bila dia tabur roti, ikan menyerbu datang. Warna-warni. Khadijah tak sihat sangat time tu, dia banyak duk dengan nenek dia. Tambah pula dengan angin sejuk tengah laut. Apapun, kami sangat enjoy. Balik dari sana, memang habis sakit badan, kaki semua.

Alhamdulillah. khadijah dah baik demam. Kesian kat dia, penat agaknya berjalan jauh. Esok dia ada appointment dengan pakar ENT lagi pasal hidung dia berbunyi tu kan. Harap-harap semua ok lah. Oh ya, minggu lepas sebelum kami balik kampung tu, sempat pergi sesi shooting dengan team Pa&Ma. Pasal pengalaman menyusu anak pramatang. Tetiba segan pula nak tengok gambar sendiri dan anak-anak dalam majalah. Btw, khadijah sekarang ni memang dah banyak vocab dia. Dia berusia 2thn 2bln lebih sekarang, sangat aktif, clinging pun masih, still breastfeed, vocab dia dah banyak macam 'nak mandi', 'nak susu', 'nak ikut' etc. Kira dah boleh sebut 2 perkataan mudah. Counting 1-10 dalam dua bahasa pun dia dah tahu, tapi belum teratur lah. Sama juga dengan baca A,B, C sampai Z. Dia suka nyanyi ABC sebab ikut kakak dia nyanyi. Memang betul anak kedua ni mudah sikit pembelajarannya sebab boleh follow si kakak/ abang kan. Aisyah pun banyak perkembangan dari segi pembelajaran dia. Dah kenal huruf dan nombor cuma ada beberapa lagi yang still confuse contohnya, 'p' dengan 'd'. Asyik sebut sama je, sama juga dengan '6' dan '9'. Takpe, slowly ya kakak, practice makes perfect. Sekarang ni memang banyak ajar dia mengeja, buat latihan matematik, sains dan analitikal sket. She's cooperative dan rajin juga lah. Cuma, bab nak mengemas mainan lepas main tu punyalah liat nak buat..

Saya akan ke Kemboja minggu depan, selama 6 hari. Berat hati nak pergi tinggalkan suami dan anak-anak, tapi sebab bos minta saya pergi, mengenangkan tugasan yang perlu dibuat, dan setelah berbincang dengan suami, maka saya ambil keputusan untuk pergi. *Terima kasih abang sebab izinkan syg pergi*. Ini akan jadi tempoh paling lama saya tinggalkan mereka. Sekarang ni perasaan bercampur-baur, risau kan anak-anak, boleh ke khadijah tidur tanpa menyusu dengan saya, malam-malam memang dia jarang nak bottlefeed. Harap-harap ok lah nanti. Mujur makabah dan makabah mertua sanggup datang bergilir menemankan suami dan anak-anak. Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan penyelidikan kami di sana dan Engkau permudahkanlah urusan suami dan anak-anakku di sini. Semoga Engkau beri kekuatan dan ketabahan kepada suamiku dalam melayani karenah anak-anak kami. Amin.

Saya berhenti dulu lah ya. Moga dalam rahmat Allah sentiasa.


p/s: Saya lulus kursus lead assessor tempoh hari. Wah nervousnya bila fikirkan akan jadi ketua juruaudit bagi ptj lain Ogos nanti. Jangan saya menggigil sudah. Cabaran kena ambil dengan positif, kan. Tarik dan hembus nafas..

4 comments:

Pnut said...

psstt tahniah yang ayat p/s kat bawah tu..moga berjaya...

dan moga urusan suami dan anak-anak yang ditinggalkan setika ni dapat berjalan lancar

YuSniZa said...

Tahniah..nampaknya rezeki akak melimpah2.. Doakan utk saya jugak kak..huhu

mirah said...

Kak P nut,
terima kasih..hihi saya takut ni, kalau boleh elak, tak nak tapi nampaknya tidak boleh melarikan diri, unless saya quit.

Amin. Mudah2an begitulah hendaknya.

mirah said...

Yus,
terima kasih.
Alhamdulillah.
InsyaAllah mudah2an awak berjaya juga. Akak doakan ni.
Kekadang kejayaan itu datang cepat dan adakala lambat. Jangan give up ya. Moga rahmat Allah sentiasa dgn awak.. :)