Memang dah agak lama saya menyepi. Entah ada ke tidak yang sudi baca blog yang tak seberapa ni lagi.. Akhir-akhir ini saya memang sibuk di pejabat, sebab saya kena buat dua kerja dalam satu masa, saya sedang menanggung kerja pegawai yang sedang cuti bersalin. InsyaAllah minggu depan, dia akan balik bertugas, Fuh lega. Banyak tau kerja-kerja bahagian saya yang tertangguh sebab settlekan tugas dia yang merupakan tugas pentadbiran di institut. Dalam erti kata lain, saya kena dahulukan kerja-kerja dia..
Tapi, tak kurus-kurus gak. Haha apa kaitan ni? Ok nak cerita yang berat saya dengan jayanya naik sebanyak 5kg sepanjang 6 bulan pertama tahun ni. Makan macam biasa, in fact dah control juga, tapi perubahan hormon ni memang tak boleh buat apa lah. I've stopped the treatment, so harapnya boleh lose back the 5kg tu, at least turun 2-3kg dalam bulan puasa nanti kan. Sungguh saya tak suka dengan berat ini, ini berat masa pregnant je. Walaupun ramai yang kata tak nampak saya dah gain weight, tapi tuan punya badan rasa sungguh tak selesa ok..
Minggu lepas kami pergi bercuti ke Perhentian, dalam saya kelam kabut di pejabat, dapat juga buat acara selingan pergi bercuti. Actually plan ni dah lama, takkan nak cancel. Adik beradik, makabah suami ikut sama. Makabah saya juga. Mujur mereka ikut sama, kalau tidak, tak dapatlah saya nak terjun dalam air bersnorkeling. Memang best. Cantik pulau tu, dapat tengok penyu siap follow penyu tu, lupa diri yang diri ni penyelam amatur, nasib tak tenggelam ke apa tengah-tengah laut tu. Aisyah sangat seronok bila dia tabur roti, ikan menyerbu datang. Warna-warni. Khadijah tak sihat sangat time tu, dia banyak duk dengan nenek dia. Tambah pula dengan angin sejuk tengah laut. Apapun, kami sangat enjoy. Balik dari sana, memang habis sakit badan, kaki semua.
Alhamdulillah. khadijah dah baik demam. Kesian kat dia, penat agaknya berjalan jauh. Esok dia ada appointment dengan pakar ENT lagi pasal hidung dia berbunyi tu kan. Harap-harap semua ok lah. Oh ya, minggu lepas sebelum kami balik kampung tu, sempat pergi sesi shooting dengan team Pa&Ma. Pasal pengalaman menyusu anak pramatang. Tetiba segan pula nak tengok gambar sendiri dan anak-anak dalam majalah. Btw, khadijah sekarang ni memang dah banyak vocab dia. Dia berusia 2thn 2bln lebih sekarang, sangat aktif, clinging pun masih, still breastfeed, vocab dia dah banyak macam 'nak mandi', 'nak susu', 'nak ikut' etc. Kira dah boleh sebut 2 perkataan mudah. Counting 1-10 dalam dua bahasa pun dia dah tahu, tapi belum teratur lah. Sama juga dengan baca A,B, C sampai Z. Dia suka nyanyi ABC sebab ikut kakak dia nyanyi. Memang betul anak kedua ni mudah sikit pembelajarannya sebab boleh follow si kakak/ abang kan. Aisyah pun banyak perkembangan dari segi pembelajaran dia. Dah kenal huruf dan nombor cuma ada beberapa lagi yang still confuse contohnya, 'p' dengan 'd'. Asyik sebut sama je, sama juga dengan '6' dan '9'. Takpe, slowly ya kakak, practice makes perfect. Sekarang ni memang banyak ajar dia mengeja, buat latihan matematik, sains dan analitikal sket. She's cooperative dan rajin juga lah. Cuma, bab nak mengemas mainan lepas main tu punyalah liat nak buat..
Saya akan ke Kemboja minggu depan, selama 6 hari. Berat hati nak pergi tinggalkan suami dan anak-anak, tapi sebab bos minta saya pergi, mengenangkan tugasan yang perlu dibuat, dan setelah berbincang dengan suami, maka saya ambil keputusan untuk pergi. *Terima kasih abang sebab izinkan syg pergi*. Ini akan jadi tempoh paling lama saya tinggalkan mereka. Sekarang ni perasaan bercampur-baur, risau kan anak-anak, boleh ke khadijah tidur tanpa menyusu dengan saya, malam-malam memang dia jarang nak bottlefeed. Harap-harap ok lah nanti. Mujur makabah dan makabah mertua sanggup datang bergilir menemankan suami dan anak-anak. Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan penyelidikan kami di sana dan Engkau permudahkanlah urusan suami dan anak-anakku di sini. Semoga Engkau beri kekuatan dan ketabahan kepada suamiku dalam melayani karenah anak-anak kami. Amin.
Saya berhenti dulu lah ya. Moga dalam rahmat Allah sentiasa.
p/s: Saya lulus kursus lead assessor tempoh hari. Wah nervousnya bila fikirkan akan jadi ketua juruaudit bagi ptj lain Ogos nanti. Jangan saya menggigil sudah. Cabaran kena ambil dengan positif, kan. Tarik dan hembus nafas..
Perjalanan hidup ini ialah sebagai mengambil bekalan untuk hari kemudiannya. Beruntunglah barangsiapa yang berfikir dan mengambil peluang tersebut. Hidup ini hanya sementara.
Sunday, June 27, 2010
Monday, June 21, 2010
Diam yang panjang..
Belum sempat nak update blog..
Sakit kaki, bahu semua belum hilang lagi.
Nantilah cerita lain k. Banyak ni nak cerita sebenarnya.. hihi

Sunday, June 6, 2010
Cerita basi: Khadijah di ENT
Apa nak cerita ya? Terjaga jam hampir 1 am, then resume mesin basuh yang ada baju rendam malam tadi. Lipat kain sket habiskan yang dalam bakul tu, then tak tahu nak buat apa. Mata tak ngantuk pula. Tetiba teringat nak masak kustard, boleh makan dengan susu cair dengan mixed fruit esok, ala-ala puding jugaklah. Jerang air then masuk custard, maka siap kustard saya. Esok tinggal masak susu cair sket then campur dengan mixed fruit, jelly ke kalau ada. Yummy! eh saya tak puji diri sendiri, memang sedap pun resepi tu.
Lepas dah tak tahu nak buat apa lagi, haruslah on notebook ni kan, teringat lama pula saya tak update blog ni. Tadi baca di blog Put dan Jiey yang si kecil Alanna Qish dah meninggal dunia. Saya takde lah follow sangat dan kenal siapa Alanna Qish personally, tapi menyoroti juga kisah dia dari blog kawan-kawan. Tenanglah dikau di sana, nak. Moga kedua ibubapa si arwah tabah menghadapi ujian ini. Beratnya dugaan Allah bagi, tapi insyaAllah janjiNya pasti. Anak itu pasti menanti kalian di pintu syurga.
Cerita basi: Khadijah di ENT
Isnin baru ni saya bawa khadijah ke ENT Hosp Serdang. Ada appointment dengan Pakar pasal nafas dia yang berbunyi, nak kata snoring pun lebih kurang la. Doktor pakar tu check, then dia buat kesimpulana, bahagian dalam hidung khadijah ni sangat sensitif, maksudnya sentiasa berair, padanlah khadijah senang dapat selsema. Doc cakap tak serius tapi dia bagi ubat suruh guna dalam masa sebulan ni then datang balik jumpa dia. Doc cakap lagi, if bunyi tu still ada, then dia nak check tekak khadijah pula. To confirm yang bahagian hidung khadijah ok ke tak, dia masukkan stetoskop camera,eh betul ke istilah tu dalam hidung khadijah, boleh agaklah kan khadijah nangis sampai satu klinik boleh dengar siap kaki tendang doc tu. Doc tu cakap wah kuat sungguh kaki dia, walaupun tuannya kecik je. Memang pun. Resultnya dia cakap ok. Saya tengok gak skrin tu, tapi entah apa yang nampakpun saya tak pasti. Yang nyata, takdelah nampak ada benda pelik. Kesian khadijah, nangis sedu sedan sampai tertidur. Balik dari hospital, malam tu terus demam. Demam terkejut agaknya. Mujurlah keesokannya dia dah ok semula.
Esoknya k munirah call saya dia nak pergi buat cermin mata untuk anak dia usia 2 tahun baya khadijah. Anak dia pun sama-sama di NICU dulu. Kesian pula saya dengar bagaimanalah anak usia 2 tahun nak kena train pakai cermin mata kan. K Munirah cakap mata anak dia terima banyak sangat cahaya, bila terlebih cahaya mata jadi kabur, sebab tu kena pakai cermin mata. Ya lah betullah tu, kalau tak pakai, kesian pula lagi teruk rosak mata anak dia.
Dalam hati, saya panjat syukur banyak-banyak sebab khadijah tak perlu pakai cermin mata buat masa inilah. Inilah risiko anak pra-matang, banyak yang immature kan jadi kena bersedia. Last year check up, mata khadijah ok means power mata dia ok, kena buat annual check-up rasanya bulan 10 nanti kot. Harap-harap mata dia mantain ok. Saya dan suami memang ambil berat tentang mata dia sejak kecil. Selain pencahayaan dalam rumah mesti optimum supaya mata dia tak stress nak focus tengok benda, then bagi dia makan banyak sangat carrot, brocolli etc supaya mata dia dapat nutrisi sebaiknya. So far so good. That's the least pun yang kami boleh buat, the rest memang bergantung pada keupayaan mata dia lah. Oh kalau ingat balik masa umur dia sebelum setahun, tiap 3 bulan kot kena pergi check mata, barelah dengar dia melalak dan tengok Doc korek mata dia sampai serik nak bawa pergi chek-up pun ada tapi follow jugalah appointment date ttu nak ensure anak sihat ni. Pastu Doc cakap ada salur darah belakang mata dia belum well matured lagi, pastu maybe dia boleh dapat myopic eyes etc. Kami yang dengar ni pun stress, Doc advised yang penting pencahayaan kena jaga. ALhamdulillah setakat ini nampak dia boleh melihat dengan baik. Dari mata kasar kami lah kan.
Sekarang ni khadijah makin berat badan dia, sebab dia banyak makan. Alhamdulillah juga, lenguh juga mendukung dia. Berat tak tahulah berapa harap-harap bertambah lah dari 9 kg je sejak bulan lepas. Makin banyak mulut. Serius. Dia memang suka ikut kakak dia menyanyi siap buat gaya lagi, membaca, counting, menjerit pun ya. Nanti saya cerita lain bab perkembangan dia ya. Tapi nampaknya dari segi vokal, dia banyak improved sejak dah masuk 2 tahun ni.
Kawan-kawan, saya ada temuduga isnin ni, please doakan saya berjaya ya. InsyaAllah saya yakin, rezeki kita ni masing-masing Allah dah tetapkan kan, lambat atau cepat itu faktor mungkin. Yang penting, kena berusaha, jangan putus doa biar Allah murahkan rezeki. Saya rasa Allah dah bagi saya banyak sangat, sampaikan terasa malu nak minta lagi. Tapi, sebagai manusia biasa, sebagai hambaNya, pada Dialah juga kita memohon. Moga Allah sentiasa lorongkan kita pada jalan kebaikan. Ok, saya sepatutnya kena buat preparation sket ni, study apa yang related, Tapi, badan dah terasa lenguh, ada yang terus tidur semula ni. Hihi..

Subscribe to:
Posts (Atom)