Friday, November 28, 2008

Summary

Dalam tak menang tangan menyusun jadual utk sepanjang miggu ni, seperti saya mentioned dlm entry lepas, banyak juga perkara yg sungguh terkesan di hati saya. Rupanya kesibukan ini juga membuatkan akal kita jadi semakin aktif berfikir, membuatkan diri makin kuat dan cekal. Ummi bersyukur walaupun mungkin pertolongan tak seberapa, ummi masih mampu uruskan ayah ngah@tok abah sepanjang dia di sini. Juga dapat menjalankan tuntutan dan tanggungjawab diberikan dengan baik. Btw, production susu juga mantain, yang ni memang ummi pun tak sangka, dalam kelam kabut itu, ummi managed pump susu mcm biasa, adalah hari yang skip jadual tapi mesti pump juga di waktu lain. Utk updates, setiap kali ummi perah dapat lah dlm 5-6oz. Alhamdulillah lah. Ummi paste kan gmbr stok susu shingga minggu lepas. Stok bulan 8 dah habis, skrg tgh nak habis kan yg bulan 9 sebab akan expired pd bulan depan.


Allah sentiasa bersama dgn orang2 yang sabar, yang sentiasa mengingatiNya kala senang dan susah.
Dia permudahkan urusan ummi untuk menguruskan dua anak kecil itu sendirian sepanjang minggu ini dan semuanya berjalan dengan baik. Adik pun macam faham2 je, lepas mandikan dia maghrib tu, dia akan minum susu dan tidur. Jadi sempatlah ummi mandi dan solat dgn tenang. Aisyah pun not bad, ok juga, cuma ada lah waktu-waktu dia moody, dia mengamuk juga tapi masih ummi terima dgn akal waras ini. Abah hampir tiap2 hari dalam minggu ni blk kul 3am. Sempat jumpa anak-anak sekejap je di waktu pagi. Takpelah, ummi pun kena cuba memahami tugas abah. Projek ni pun penting utk prospek keje dia akan datang.

Moga-moga kita sentiasa hadapi hari mendatang dengan tenang dan sentiasa bersangka baik dengan Tuhan. Seringkali terdengar ayat ini dibualkan akhir-akhir ini 'Tuhan sedang 'berbicara' dengan kita'. Ya memang benar.

Sekian.

Reports for this week - part last

on wednesday:
ummi free sket. Siapkan report wajaran utk hari kualiti. Settlekan juga kerja-kerja tertangguh disebabkan oleh audit hari sebelumnya. Ada lagi part audit tak siap, so kena sambung buat lagi. Abah cakap mungkin dapat balik awal. Ummi sukalah kan tapi rupanya abah cakap dia balik awal tapi malam nanti kena pergi ofis semula, ada meeting kul 10.30pm. Ada ke mereka ni baut meting waktu tu?mm..ummi pun tak faham lah.. Hajat petang tu nak ajak abah dan anak2 pergi jumpa tok abah, tapi tak dapat sebab tok abah ikut kwan dia keluar berjalan. Pergi mid valley katanya..Huhu jauh tu, kalau tanya pendapat ummi, pergi alamanda pun dh cukup ok..

thursday:
Tgh ummi sibuk menghadap pc mcm biasa, dlm area kul 10am, tok abah call cakap dia dh habis exam, nak gerak balik dah. Nk jumpa sekejap.So ummi pun tinggalkan lah kerja pergi lah jumpa tok abah. Then off they went back heading to trg.
Ada mesyuarat.
Oh ya, my second boss takde skrg, outstation ke Italy. Tup tup petang tu dia sms.
1st sms. 'Salam. We are ok. On the way nak g disneyland. ..............how's preparation 4 sem etno and workshop going? Risau ni .....'
My reply. 'Dont worry Dr. Kita proceed bt seminar tu but tempat dh tukar. Tgh compile their paperworks. For workshop, Prof dr noor azlan agreed utk jd speaker. Prof adrian tgh work on his notes. Skrg tgh riot kat bangkok, not sure samada prof adrian nak pergi sana tak.'
2nd sms. 'Thanx 4 the updates and getting things going. Alhamdulillah semua seems good. Ada nak pesan apa tak? .....'.
My reply. 'Ok Dr. Tak tahu nak pesan apa on particular tapi tgh eyeing on baby sling. Kalau terjumpa kat sana, Dr tlg belikan. ........'

Pastu ummi rasa mcm tak patut je ummi pesan macam tu, jadi ummi cancel lah balik dgn sms 'Dr, abaikan je lah permintaan saya tadi. Menyusahkan Dr saja.' (huhu ada ke patut ummi ni,kn. Tu lah reply sms tanpa fikir panjang. Segan pula dkt boss..)

Ummi keluar ofis dlm kul 6pm. Tgk langit sangat gelap, laju lah sket bawak kete dgn harapan sempatlah nak angkut anak-anak sblm hujan turun, gaya mcm nak lebat je tu. Sekali tak sempat sampai pun, hujan turun dgn lebat. Ummi kira terperangkap lah kat umah pengasuh tu sbb hujan lebat sngt, takkan lah nak redah angkut diaorg tgh hujan kn. Akhirnya bila dah reda sket, ummi angkut juga mereka sebab dh maghrib.

Friday:
Pagi pagi lagi ada discussion regarding audit. Huhu tapi ummi masuk lambat sket sbb rush pergi hosp serdang dulu amik ubat khadijah. Ubat ni Ferric ammon citrate kena amik every 2 weeks sbb cepat expired. Biasa tunggu ubat ni ready, lama juga. Jd, ummi pun berjalan-jalan ke sekitar hosp tu dan nampaklah ada gerai2/ booth jualan. Mcm2 ada like books, telekung, baju, tudung, brooch etc. Ummi sempat beli 4 buku + 1cd utk aisyah cost rm25. Then beli tudung ala-ala munawwarah satu utk ummi - rm14 + 2 naskhah mjlh anis yg bulan jun&sept kot dgn harga rm4. pastu ummi back to kaunter ubat, ubat dah ready.

Hari ni sort of relax sket lah sbb byk keje settled. Institut ada organize sem etnomatematik asia tenggara 2008 next week on 3&4 dis. Buat kat upm juga. So dijemput juga datang sapa berminat k.

Reports for this week- part 1

Rasa lama sungguh tak memblog ni, disebabkan kesibukan itu dan akhirnya hari ini macam release lah sbb last day of the week kan. Namun, walaupun tak sempat menulis, sempat juga jengah blog rakan2 tanpa komen ya..(maaf kekadang tak sempat nak follow sbb you all laju je buat entry baru.. huhu).

Despite all the bz moments at work and home, lots of things also happened within this week and i managed to settle them out. Alhamdulillah semuanya dgn ihsan dan pertolongan Dia yang Maha Penyayang. And ummi nak jote down few things happened this week yg ummi rasa sangat significant utk diri ummi, abah and the rest of the family, friends and sesape berkaitan lah kan..

We start with on monday:
Ummi ada audit kendiri kat ofis, dua hari ok. Kena jadi juruaudit dalaman. Memang entah apa-apa je kami ni sbb semua newcomer dlm bidang ni. Really zero, last week punya one day seminar tak mampu nak provide and cover all parts of the modul. Maka, jadi lah kami juruaudit ala-ala buat-ikut-suka-hati-sendiri lah kan.. Tp, based on terms and conditions lah, cuma part klausa tu tak larat nak baca ok. Kami dah buat sehabis preofesional lah rasanya walaupun dalam keadaan separuh informal. Apapun, sesi dua hari itu tak berakhir di situ, tapi baru je habis sebentar td dalam perbincangan dgn Timb Pengarah. Itu baru audit kendiri..
Satu hari duk mengadap tu je, kami berhenti sbb solat, mkn, then sambung balik sampai ke ptg(tp ummi sempat pump susu 2x juga mcm biasa k).

Tuesday:
Sambung balik sesi semalam. Oh ya ummi ada interview. Tak prepare apapun, sijil pun baru sahkan pagi tu. Risau gak sebenarnya tp buat2 tak risau sgt, sbb kalau fikir kan sangat nnt, sakit kepala pula. Jadi calon terakhir. Nervous gak masa mula2 masuk bilik Lembaga tu, tapi Alhamdulillah rasanya berjaya menjawab soalan dgn baik dan penuh confidence (erkk tapi tak tahu lah kalau ummi je yg rasa over-confident sedangkan interviewer tu rasa ummi tak layak..haha..). Jadi, kita tunggu dan lihat je lah keputusannya nanti k. Cuma ummi memang tawakal je lah kan. Kalau benar rezeki ummi dgn post itu, maka adalah tu tapi seandainya tak dapat, ummi yakin Allah pasti janjikan yg lebih baik dari ini.

Balik dr interview, dah tengahari, terus pergi lunch provided masa audit tu. Tgh makan, mak mertua called tanya interview macamne. Ummi cakap lah alhamdulillah macam ok tp tak tahu lah kan. Mak cakap, 'takpe lah, insyaAllah moga2 dapat tu. Mak dgn abah doakan kat mirah moga2 dapat, mak dah suh abah doakan juga td ni..' Mmm terharu tau dengar mak cakap mcm tu.. Terima kasih makabah atas doa itu. Pagi sebelum pergi keje ummi call mak ummi (nenek aisyah& khadijah),suh mak abah doakan juga. Mak cakap dh buat solat hajat tak? Ummi jawab lah dah. Ha pastu nenek cakap, dah usaha, tawakal lah pula..

Lepas tu, baru ummi teringat yg tok abah(bapa sedara ummi) nak dtg sini sbb ada exam PTK kat sini. Dia suh carika tempat menginap. Ha sudah. Ummi mmg ingat dia ada called last week suh tengok2 kan tempat menginap tapi ummi tak sangka memang dia harapkan pertolongan ummi. Ingatkan dia dan kawan2 ada alternatif lain. Kalau tok abah dtg sorang, blh je dtg tidur kat umah, ni 4 org. Mana lah selesa nak stay dua malam kat umah kecik kami tu.. Alkisahnya, ummi minta tlg staf carikan no contact. Pilihan pertama, rumah tamu dah penuh. Pilihan kedua, kena cari kolej. Kira last minit sungguh lah ni, dalam dok berkejar dgn audit, wajaran hari kualiti etc, ummi terpaksa larikan diri sekejap ke kolej utk urusan penginapan tersebut.

Alhamdulillah dapat lah bilik tp ummi mcm tak puas hati sbb imagine lah kolej mcamne kan, bukan selesa mcm kat hotel tp ummi memang dah takde idea, takde masa, takde kudrat nak cari tempat lain. Masa tu kul 4.40 pm. Ummi kembali ke ofis kul 5.00pm, sambung balik audit. Tok abah cakap myb sampai area kul 7/8 mlm. Ummi solat, tak sempat pump susu then dlm kul 6.15pm pergi nak amik anak-anak. Dalam pada tu, ummi confuse + blur + tak larat nak fikir dah sbb rasa terlalu tepu dgn mcm2 hal td bila sampai umah pengasuh tu. Ummi tak dapat nak berfikir dgn baik dalam nak buat keputusan macamne nak uruskan anak-anak ni sedangkan jap lagi nak kena keluar semula ambil tok abah dan tunjukkan tempat tinggal mereka. Tengah hujan juga tu. Akhirnya daengan berat hati, ummi discuss dgn kakak pengasuh, then dia setuju ummi tinggalkan dulu khadijah, bawa balik aisyah je. Then lepas dah settle hal tok abah, baru ambil adik semula. Ye lah, imagine mcamne ummi nak manage two kids tu dlm duk ke hulu-hilir nak uruskan tok abah nnt.

Abah memang tak boleh balik awal. Ummi memang kena bergerak solo hari tu. Balik umah, mandikan aisyah, then tok abah called ckp dah sampai. Ummi suh tok abah tunggu sbb ummi nak solat maghrib dulu. Lpas tu, dlm 7.30pm ummi keluarlah berdua dgn aisyah. Takut dan risau pun ada, bukan apa dah lama tak drive malam, biasa mesti dgn abah je kemana kita pergi. Tgh hujan renyai2 lak tu, ummi tawakal je lah. Perut lapar sbb tak makan lagi, ummi sempat capai roti atas meja sambil makan masa drive. Mujur aisyah behaved. Dah jumpa tok abah, ummi guide mereka masuk kolej. Bilik mereka tingkat3. Nak dijadikan cerita, aisyah taknak org lain dukung dia, jadi mengah lah ummi panjat turun tangga tu. Huhu mujur lah ummi larat lagi..
Dah settle situ, guide mereka nak pergi mkn pula. Ummi tunjukkan kedai makan yg mudah mereka nak pergi dan balik semula. Ye lah malam kan, takut sesat ke apa pula nnt.

Ummi ambil adik dalam kul 9 pm lbih.. Sampai umah, mujur adik duk diam, ummi sempat lah mkn dgn kakak. Lauk dan nasi dapat dari lebihan makanan di ofis, banyak sangat tak habis. Jadi semua pakat bungkus bawa balik sket sorang. Ummi pun join lah kan. kalau tak, kena lah pergi kedai beli ataupun masak. sempat pump susu since adik duk diam je. Pastu bawa mereka naik atas, aisyah senang je tidur. Tetiba adik pula meragam. Ummi tak perasan kul berapa ummi tidur. Abah balik pun tak sedar. Bangun balik dalam kul 4am lbih. Rupanya abah balik kul 3am lebih.

to be continue..