Tuesday, November 29, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Saya mungkin terlambat membuat entry ini, tapi lambat daripada tidak ucap langsung adalah berbeza kan. Maka, Selamat menyambut tahun baru 1433H kepada semua. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya dan moga Allah sentiasa limpahkan rahmat dan kasih sayang Dia kepada kita semua. Berdoalah dengan apa yang dimahukan kerana Allah tidak pernah menghampakan permintaan hamba-hamabNya cuma 1. Dia terus makbulkan doa kita atau 2. Dia tangguhkan pemberianNya kepada suatu masa yang kita tak tahu atau 3. Dia gantikan permintaan kita dengan perkara lagi baik dalam pengetahuanNya.

Saya simpan satu hajat besar, besar bagi sayalah ni kan untuk tahun baru ini saya nak berjaya menyiapkan proposal dan membuat permohonan melanjutkan pelajaran lagi. Allahuakbar. Payah benar rasa jihad nak belajar lagi ini. Nak selak satu halaman jurnalpun rasa susah. Dah cari jurnal, dah cetak, dah bawa foldernya ke sana ke mari, tinggal buka je belum. Moga Allah permudahkan urusan saya. rabbi yassir walatu'assir ya kareem.. Itu belum masuk nak fikir nak buat di universiti mana, nak mohon biasiswa dan pelbagai urusan lagi. Moga urusan awal ini dapat saya siapkan dahulu.




Thursday, November 24, 2011

Aisyah

Sudah lama tidak menulis. Sibuk dan pelbagai perkara menghalang. Bukan tak buka blog ini, tapi sekadar merenung skrin sahaja. Paling tidakpun, menerjah blog rakan-rakan dalam senarai melihat perkhabaran mereka. Tapi, hari ini saya nak bercerita pasal Aisyah. Banyak peristiwa melibatkan dia sahaja dalam entry ini sempena usia dia bakal genap 5 tahun Disember nanti.

Pertama, kami benarkan dia mengikuti lawatan taski dia ke Pusat Sains Negara. Lawatan separuh hari. Saya passkan kamera pada cikgu dia minta ambilkan gambar dia nanti. Mula-mula kami berhajat nak ikut dia sama, since ibubapa dibenarkan ikut serta tapi, memikirkan beberapa perkara lain, akhirnya kami tak pergi. Biarlah dia berseronok dengan kawan-kawan dia, lagipun cikgu-cikgu taski tu boleh jaga dia. Aisyah sangat teruja. Balik je asyik ulang cerita dia tengok Dinosaur. Tapi, itu bukan kali pertama dia tengok dinosaur, kami dah 2,3 kali bawa dia ke Petrosains sebelum ini. Jadi, dia tak hairan sangat tapi masih teruja. Anak-anak kecil ini memang cepat belajar, kan. Jom kita tengok gambar Aisyah dan kawan-kawan dia di Pusat Sains Negara.

Dalam bas.
Baru sampai rasanya ni.
Berlatarbelakangkan dinosaur.
Dengan sebahagian kawan-kawan taski dia. Nampak seronok betul kan mereka.
Lawatan ini dibuat sekitar akhir bulan Oktober lepas rasanya. Khadijah nangis-nangis nak ikut kakak dia, takpe dik, nanti kita ajak abah pergi ya. kita ajak abg muaz, abg anas dan fawwaz sekali ya. Eloklah kan waktu cuti sekolah ini masukkan dalam agenda bawa anak-anak ke sini. Saya pasti banyak yang mereka akan belajar.

Ihtifal Taski.
Aisyah tak naik pentas terima hadiah pun tahun ini, dia cuma sertai kawan-kawan dia yang 6 tahun buat persembahan je. Tapi, dia dapat hadiah terbaik matematik, dapat buku latihan. Sekejap je dah nak siap buat. Buku itu tentang jam. Sangat membantu dia mengenal jam dan waktu, sekarang ini kira kalau tengok jam dinding tu dah boleh sebut pukul berapa. Kakak, nanti kita cari buku atihan ajar pasal duit pula ya. Cikgu dia cakap dia kurang mahir dan kurang mengenali nilai duit. Ada dalam silibus katanya, maka kena usaha kenalkan dia juga lah. 
 
Mula-mula kena solek dulu..
Bersama Khadijah.
Atas pentas.
Nyanyi beramai-ramai..
Ada video sebenarnya, tapi saya tak tahu macam mana nak upload. Nanti saya belajar dulu ya..
  
Selepas dah habis persembahan. Senyum meleret dia..

Bersama kawan-kawan dia. Ada yang berlakon jadi ahli bomba, doktor, cikgu (aisyah jadi cikgu) dan petani moden.

We want to be a teacher.
We teach many students
To read, to write and to count
We make sure our students have good behaviour too..
Sampai saya pun dah hafal skrip lagu dia tu. Siap dengan gaya-gaya lagi. Skrip lagu nasyid dan English dia pun panjang gak. Mudah pula mereka menghafal kan. Anak-anak kecil ni memang senang diajar sebenarnya. Minggu ini Aisyah masih ke taski. Isnin dan selasa dia demam, jadi hantar ke rumah pengasuh. Kat taski pun dia tak belajar sangatpun sekarang, cuma ada qiraati dan buat latihan matematik dengan cikgu dia. Selebihnya baca buku dan tengok tv. mm..takpelah, cikgu-cikgu dia pun sibuk kemaskan taski untuk sesi depan.

Aisyah dapat tawaran ke prasekolah tahun depan, tapi selepas dibincangkan kami rasa biar je lah dia di taski tu juga. Boleh temankan khadijah nanti. Lagi pula, jika dia ke prasekola, kena fikirkan transit belah petangnya pastu nak cari kelas ngaji lagi. Baik dia kekal di taski, kat situ qiraati pun dapat baca, tambah lagi macam-macam pendedahan. Sekarang ini, kami takdelah risau sangat dengan perkembangan dia. Membaca dah laju lah, mengira pun ok sebab dia kan masuk kelas kumon. Sekarang baru tengah operasi tambah 8 dan 9. Bab-bab lain macam solat, interaksi sosial, mewarna, menulis dah ok tinggal nak kena gilap je. Kalau kat rumah, dia suka melukis, pastu warnakan. Takpun, dia ambil buku dan baca. Takpun ambil kertas cuba buat origami. Ha bab ni sayalah kena pantau kan, tapi itulah kekadang tak sempat. Banyak perkara dia dapat di sekolah sebenarnya. Sebab itu, saya memang berterima kasih pada taski dia terutama cikgu-cikgu yang ajar dia. Walaupun Aisyah ni cikgu dia cakap dia sensitif, kalau marah/ tertinggi suara, terus mencebik nak nangis (oh sungguh drama queen kan..), ataupun malu nak ke depan, pendek kata belum confident sangat, tapi dia memang rajin. Aisyah dan rakan-rakan sekelas dia memang berlumba-lumba. Itulah yang cikgu mereka pun suka mengajar mereka. Pendekatan juga secara individu. Tahun depan dah 6 tahun kakak, kena lebih rajin terutama baca buku Peter & Jane ya. Nanti kita cari siri baru pula ya.

Saya harap saya ada banyak masa dengan anak-anak. Maksud saya masa berkualiti. Kami suka membaca, anak-anak suka bawa buku dan minta dibacakan, terutama english books lah kan. Kalau yang BM, aisyah baca sendiri je. Tapi, itulah dah lama tak duduk sama-sama. Balik dari pejabat, sambil saya amsak, mereka buat hal sendiri. Ada yang buat latihan, yang baca buku, sepahkan mainan, makan-makan etc. Dah solat maghrib sama-sama, kalau sempat baca qiraati atau hafal surah pendek untuk aisyah. Khadijah duk ulang muka surat pertama qiraati tak lancar-lancar lagi. Oh berikanlah saya kesabaran dalam mengajar dia ni. Khadijah ni semua benda nak cepat, nak short-cut je. Dia nak baca qiraati 3 macam kakak dia, eh mana boleh lah kan, kena mula dari qiraati 1 mukasurat 1 dulu k. Tapi, dia cepat dapat juga sebenarnya, cuma sikap tak berapa nak fokus dia tu merisaukan juga lah. Tapi, masih awal lagi, nanti kita tengok bila dah sekolah tahun depan ya dik.. (She was born as a premature baby, too many things yet to expect about her later on..). Lepas itu makan malam. Then pukul 9, paling lambat pun pukul 10 malam dah tutup lampu. Semua kena tidur. Kalau hujung minggu pula, memang kena pandai sesuaikanlah. Kekadang ada minggu saya kena kerja. Tapi, biasanya sabtu/ ahad memang grocery shopping day. Masa berkualiti kat Carefour. Hihi.. Juga masa bawa anak-anak ke masjid dengar kuliah, dan kalau sempat ke taman permainan. Tapi, sekarang ni asal petang je hujan kan. Kena tukar aktiviti dalam rumah je, itu yang mereka boring tu... Khadijah yang kecil pun pandai demand bila ummi abah tak kerja je, ajak keluar jalan-jalan.. Alahai, sian kat dia kan..


Wednesday, November 2, 2011

Ingatan untuk kita..

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahaminya. 
- surah al-ruum, ayat 24.