Tak tahu nak letak tajuk apa sebab macam-macam nak cerita sekaligus kat sini. Ya saya sudah mula tak rajin nak update blog. Kita crita lebih kepada gambar lah kan. Saya fokus pada anak-anak je lah. Blog ni saya rasa dah tak ramai followernya, sebab saya dah kurang menulis dan tiada bahan yang menarik untuk dikongsi. Saya tumpukan kepada perihal anak-anak kerana di sinilah tokki dengan nenek dan keluarga dapat lihat aktiviti mereka atau paling tidak melihat mendengar perkhabaran mereka.
Di pagi hari raya pertama di Pasak, Kota Tinggi. Tiada gambar keluarga tahun ini. |
Bersama sepupu dan mak pak sepupu mereka. |
Lima orang cucu tokki. Ada lagi 2 tak ikut serta. Takpe, rumah mereka dekat sana juga, bila-bila je boleh pergi :) |
Dan inilah sepupu saya yang melangsungkan perkahwinan tempohari. Tahniah Along dan suami. Moga bertabahlah menghadapi beberapa bulan lagi berjauhan. |
Ini jelah foto bersama anak-anak. Memang malas sungguh nak bergambar. Harapkan kamera adik je lah. Kamera saya simpan dalam beg je. |
Gambar penutup, kemalaangan di area Jabor. Dalam perjalanan kami balik ke Serdang. Lori balak ini terbalik dan merentangi jalan. Hanya sebelah je masih boleh dilalui. |
Aisyah sekarang ini saya rasa boleh tahan jugalah perkembangan dia. Dah agak lancar membaca, juga lancar membaca buku 1a dan 1b Peter and Jane. Hehe baru 2 je pun, tengah mula buku 2a pula. Mengira pun not bad lah sebab kami enrolled kan dia ke kelas Kumon. Sekarang dah masuk worksheet 2A. Sebelum ini couunting up to 14 +3. Qiraati dia rasanya baru nak habis buku 2. Saya rasa cukuplah perkembangan itu dengan usia dia nak mencecah 5 tahun Disember ini. Banyak mengalah dengan adik dia, kalau kita larang dia buat sesuatu pun dia ikut. Tak banyak karenah sangatlah cuma bab nak bersiap pagi-pagi nak ke sekolah tu memang masih tak selesai. Kena psiko dulu baru lah laju. Bab solat pun dah kira ok. Dia dah hafal bacaan dalam solat semua, kalau ajak solat pun dia buat lah. Tapi, biasanya jika kat rumah, solat maghrib je lah dia buat. Isyak dengan Subuh memang tak serius suruhlah. Zuhur dengan Asar dia dah buat kat taski. Saya berterima kasih dengan Taski dia ni, banyak yang dia belajar dan dapat dari sana. Jadi, bila di rumah, kami tolong perkemaskan sahaja.
Khadijah pula masih dalam zon selesa dia. Suka ikut kepala dia je dan selalu kena marah dengan kami. Adoilah memang mencabar tau jaga dia ni. Sangat berbeza dengan si kakak. Walaupun dia kecil dan masih bahasakan diri 'adik', kami tetap juga strict dengan dia. Dia buat salah, kena marah juga. Dan dia suka buat-buat tak dengar kalau kita larang dia buat sesuatu, maka kenalah denda. Contohnya, lepas makan, kita cakap, 'khadijah jangan lalu tempat tu tau, nak lap dulu'. Tapi dia dengan selamba je lalu juga. Hampir setiap masa, boleh saya simpulkan, kalau tak pegang rotan, memang dia tak endahlah apa kita cakap. Habis psiko dah dengan dia ni. Betullah anak prem ni kuat semangat, sebab tu kami rasa dia ni tak heran pun kalau kena cubit sket ke, kena piap dengan rotan pun. Tapi, sebolehnya memang tak nak lah ajar dia begitu. Cuma berdoa agar biarlah habis fasa tantrum dia tu cepat-cepat.
Appoinment dengan paed, kilinik ENT hanya akan ada Januari tahun depan. Bulan 10 nanti appointment Klinik Mata. Suspen juga nak tahu power mata dia bertambah ke tak ni. Dalam beberapa bulan ini juga, dia takde demam teruk dan hanya kena selsema dan batuk sesekali je. Alhamdulillah perkembangan kesihatan yang baik. Berat dia saya rasa dah 13 kg. Khadijah ni 'cepat' juga dapat sesuatu. Sebab dia memang jenis yang suka memerhati dan ikut apa yang dilihat. Yang baik dan buruk pun ada sekali. Ini bila balik rumah, memang kena filter lah.Dia suka ikut kakak dia membaca atau bila kakak menulis atau buat latihan, dia pun sibuk sama. Tahun depan, insyaAllah nak hantar dia ke taski juga. Sekurang-kurangnya dia dapat belajar sesuatu di sekolah, belajar bergaul dan bersosial.
Tetiba rasa cepatnya anak-anak saya membesar. Dan kami tak sabar menunggu kehadiran yang nombor tiga pula. Moga dipermudahkan segalanya. Amin.
Selamat bercuti hujung minggu semua. Kami akan berada di Desaru.
Tetiba rasa cepatnya anak-anak saya membesar. Dan kami tak sabar menunggu kehadiran yang nombor tiga pula. Moga dipermudahkan segalanya. Amin.
Selamat bercuti hujung minggu semua. Kami akan berada di Desaru.