:( Khadijah sedang demam. Dah 3 hari sebenarnya. Naik turun suhu badan dia. Semalam bila tengok tonsil dia memang bengkak dan ada putih-putih tanda infeksi. Malam tadi panas sampai 38.4 C. Pagi ni bila dan jelom kepala dan basahkan badan, turun ke 38.1 C. Jadi, ambil keputusan bawa ke Pusat kesihatan uni. Bila doktor semak suhu 38.3 C, terus doktor suruh masuk ubat ikut bontot dan ambil darah. Cubaan teragak-agak jururawat ambil darah tak berhasil. Saya pun cakap pada dia, dah lah tu, memang tak boleh tu dan suruh dia keluarkan jarum tu. Khadijah melalak tak usah ceritalah kan. Dan dan tu juga dia panggil doktor minta buatkan. Bila doktor buat baru dapat dan penuh hemah. Suhu dan turun ke 37.2 C tadi sebelum kelaur dari wad dan doktor maklumkan ada infeksi pada darah dia. Sel darah putih dia 18. Saya pun tak berapa pasti tentang ini. Doktor cakap awasi je lah keadaan dia, bagi antibiotik, ubat batuk dan selsema (belum ada tanda-tanda pun), vitamin, ubat demam.
|
Muka memang ceria, tak sihat pun tapi aktif. Ini sebelum masuk bilik rawatan. |
|
Selepas dah masuk ubat ikut bontot dan doktor ambil darah. |
Moga Khadijah cepat sembuh dan tidak berlarutan. Saya pun sama dapat rawatan tadi. Juga tidak sihat. Dalam tempoh sebulan ini sahaja, dua kali saya selsema dan batuk. Adakah saya mengalami tanda-tanda stress? Kepala rasa berpusing-pusing je ni. Saya dapat mc tapi masih di pejabat juga. Nak makan ubat batuk, ubat ini mengantuk, maka tahan jelah batuk ni. Ada antibiotik sebab batuk berlarutan. Juga ubat gastrik yang tak sedap langsung. Huhu.. Doakan kami cepat sembuh ya.