Alhamdulillah semalam sampai di kampung saya. Mengambil peluang beberapa hari cuti untuk balik berpuasa di rumah makabah. Tahun ini balik raya Johor dulu lagi, makanya pasti tiada kesempatan nak berpuasa di rumah. Semalam memang penat melayan karenah anak-anak je. Mereka dah tidur dalam kereta sepanjang perjalanan, bila dah sampai rumah, mana boleh nak duk diam lagi. Kita yang nak qada' tidur pun haru dibuatnya.. huhu..
Semalam dapat sms daripada bos besar, ada lagi maklumat yang dikehendaki. Mana nak cari ni, tak save lah pula kerja jumaat hari tu dalam pendrive, ingatkan dah tutup buku dah.. Rakan-rakan setugas, dah siap ke? hihi..
Perjalanan hidup ini ialah sebagai mengambil bekalan untuk hari kemudiannya. Beruntunglah barangsiapa yang berfikir dan mengambil peluang tersebut. Hidup ini hanya sementara.
Sunday, August 29, 2010
Sunday, August 22, 2010
Musim demam agaknya..
Aisyah dan Khadijah tengah demam, batuk, selsema sekarang ni. Siap pakej sekali. Kesian pula tengok mereka. Si Khadijah tu asyik bersin, Aisyah pula batuk-batuk bunyi macam orang tua batuk pun ya juga. Dua-dua dah lena tidur lepas minum ubat tadi. Siang tadi ke PKNS Bangi ada bazaar ramadhan. Aisyah merengek nak bunga api, abahnya layan je lah beli. Lepas abah dia balik dari masjid tadi, terus ajak main. Lepas pegi bazaar, baru ke klinik An Nur. Mujur tak lama sangat menunggu. Balik rumah, mereka layan tidur dan saya pula siap-siap masuk dapur masak nasi minyak. Lepas Asar, bawa mereka ke playground pula, dah banyak kali janji nak pergi. Dapat main setengah jam pun jadilah, balik rumah mandi, dan sama-sama makan maghrib tadi. Aisyah makan banyak, si adik biasalah acting je lebih.
Esok kena lalui rutin kerja macam biasa. Seawal jam 8.30 pagi ada meeting. Inipun online sebab nak siapkan kerja juga, tapi sebelum buat kerja, buat entry blog dulu. Hehe.. Penatnya rasa. Tapi, kena buat juga. Esok nak present kat boss. So, saya takkan buat entry panjang nampaknya. By the way, perasaan membuak-buak nak balik kampung je hujung minggu ni, kan boleh dapat cuti 5 hari jika 30hb tu apply cuti. Dah 2 tahun tak merasa berpuasa di rumah. Rasa rindu pula nak merasa juadah sana. Tapi, beza dengan nak cuti raya hanya lebih kurang 11 hari. Berbaloi ke balik? Kalau fikir kos, memanglah berganda tapi kalau dinilai dari gembiranya hati ibubapa, mesti tak ternilai kan. Siapa nak bagi suggestion kat saya, silakanlah ya..

Friday, August 20, 2010
Ramadhan..
Ya minggu yang sangat hectic. Memenuhi tuntutan tugas, tanggungjawab pada keluarga, pada diri dan pada orang-orang di sekeliling. I've started my day dengan niat dan doa nak buat kebaikan. Sebanyak mana mungkin kebaikan. And it ended well. Sometimes, i missed to sit dan think what i've been doing all this while. Kerja, kerja dan lupa nak muhasabah. Bukan lupa juga, more on melihat dari sesetengah sudut sahaja. Ramadhan ini bulan mendidik jiwa. Ya saya nak mendidik jiwa saya supaya lebih lembut, lebih beriman dan lebih dekat di sisiNya. Kekadang we tend to forget that the tiniest things we did in our lives also have big impacts.
Saya hambaMu yang lemah oh Tuhan!
Moga roh Ramadhan meresap dalam diri ini...Amin.
Saya hambaMu yang lemah oh Tuhan!
Moga roh Ramadhan meresap dalam diri ini...Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)