Promosi kain English Cotton dari Vietnam. Jom kita tengok sebahagia corak yang ada.
Promosi pembukaan dengan harga RM71 sepasang termasuk pos ke Semenanjung Malaysia.
Kain English Cotton ini lembut materialnya, tidak mudah renyuk, tidak mengecut dan tidak luntur warna. InshaAllah.
Untuk corak-corak yang lebih menarik boleh layari https://www.facebook.com/AssyifaCotton.
Sekian, terima kasih.
Perjalanan hidup ini ialah sebagai mengambil bekalan untuk hari kemudiannya. Beruntunglah barangsiapa yang berfikir dan mengambil peluang tersebut. Hidup ini hanya sementara.
Monday, May 20, 2013
Wednesday, May 8, 2013
Pasca
Lama sungguh tak mengemaskini blog ini. Tiada alasan.
Kami baru pulang dari kampung mengambil kesempatan balik mengundi dan berehat bersama ibubapa dan keluarga. Terasa refreshed. A home is always be a home. Apatah lagi rumah itulah membesarnya kami, suka duka, senang susah semuanya. Suami beri saya pilihan untuk kembali pulang menetap di kampung seusai tamat pengajian dan tempoh ikatan dengan universiti nanti. Bagaimana? Buat masa ini, biarlah masa menentukan. Saya percaya, setiap perancangan yang baik itu pasti akan dipermudahkan.
Pasca pilihanraya.
Banyak ulasan dan komen positif dan negatif mengenai pilihanraya kali ini. Saya bukan pengulas pilihanraya, jauh sekali nak ingat semua fakta itu. Namun, terkilan juga bilamana ia sesuatu yang tidak seperti rasa hati inginkan. Tetapi, saya pasti benarlah ia sebuah kemenangan yang tertangguh. Allah pasti tahu yang terbaik buat kita semua. Muhasabahlah diri dan melihat sejauh mana usaha kita meraih undi Allah pula.
Selesai menjalankan tanggungjawab pada negara :) |
Di sebelah petangnya kita bawa semua anak-anak, anak-anak saudara ke pantai. Seronok semuanya. Asalnya tak bagi mandi sebab ada 6 orang kanak-kanak riang yang tukang nak jaganya seorang je tengah laut tu. Tapi, bila Khadijah suka hati je pergi menadah diri ke ombak tu makanya, terpaksalah bagi izin pada semua. Dengan tak bawa towel, baju sebagainya. Dengan Adam sekali menangis-nagis nak main air. Finally, everyone had fun. Seronokkan membahagiakan orang.. :)
Seronok sungguh dapat mandi laut.. |
Adam yang excited bila dapat jejak kaki di air. |
Move on. Back to work. Back to the square one.
Alhamdulillah syukur Ya Allah di atas segala kurniaanMu.
Mirah
Subscribe to:
Posts (Atom)