Friday, October 7, 2011

Umrah bersama anak-anak - siri akhir

Untuk entries sebelumnya:
http://nmirah.blogspot.com/2011/07/umrah-dengan-anak-anak-1.html
http://nmirah.blogspot.com/2011/08/umrah-bersama-anak-anak-2.html
http://nmirah.blogspot.com/2011/08/umrah-bersama-anak-anak-3.html

 
Dalam perjalanan ke Madinah
Berselera makan ikan goreng setelah sekian lama tak jumpa lauk ikan. Seekor 10 riyal.

Di hadapan Bukit Uhud
Berlatarbelakangkan Bukit Uhud
Di Airport Madinah. Bersedia untuk pulang ke tanah air. Kami pergi dan balik menggunakan Saudi Air. Masa pergi semua ok, bila balik, kami dapat tiket berlainan tempat. Merata-rata kami anak-beranak terpisah. Mana boleh macam tu kan. Dan penerbangan dari Madinah akan transit ambil penumpang di Jeddah. Di Jeddah, masalah timbul apabila seats yang kami duduk adalah seats orang lain. Sebelum tu, saya bercakap dengan cabin crew yang kami keluarga dan bawa anak-anak jadi nak satu row kalau dapat. Dia janji akan selesaikan masalah kami. Dia ketua kabin ke supervisor, saya lupa dah tapi dia memang cekap. Kami berterima kasih pada dia sebab akhirnya kami dapat duduk satu row. Anak-anak masa tu tengah tidur, kami terpaksa angkat dan dukung sementara menanti urusan selesaipun mereka tak terbangun. Transit yang sepatutnya sejam jadi dua jam. Memang pengalaman tak boleh lupa.
Mereka tidur sepanjang perjalanan lebih kurang 7 jam lebih dan pada jam terakhir baru bangun. Masa ini mata saya semakin kemerahan. Infeksi rasanya sebab debu yang banyak di sana.
 
Tak duduk diam mereka ni. Biarkan saja sebab dah nak sampai.
Ok saya habiskan cerita umrah ini. Saya memang bukan seorang penulis yang baik. Di atas, beberapa keping gambar kami di Madiinah dan dalam perjalanan pulang. Apa yang saya nak simpulkan ialah, perjalanan menunaikan umrah dengan membawa anak-anak kecil itu bukan sesuatu yang mustahil ataupun menyusahkan. Percayalah, bila kita yakin pada Allah, Dia pasti permudahkan urusan kita. Anak-anak saya sampai sekarang asyik sebut seronoknya ke Mekah dan Madinah dan mereka nak pergi lagi. InsyaAllah moga Allah lapangkan lagi rezeki kami akan datang. 

Saya sendiripun rasa rindu sungguh untuk kembali ke sana, tambah-tambah lagi umrah tempoh hari tak sempat menziarah ke Raudhah. InsyaAllah..kami akan kembali ke sana lagi. Amin. Cabaran beramal pun terasa aman sahaja di sana. Tiada banyak benda nak difikirkan, dirisaukan. Bila ke masjidil haram, solat maghrib dan sambil menunggu solat isyak, dapat buat solat sunat, membaca al-quran dan juga di setiap waktu solat lain. Tapi, bila balik ke sini, nak istiqamah itu sungguhlah payah. Moga Allah berikan saya kekuatan untuk memperbanyakkan amal ibadat tak kira di mana berada. Amin.

Monday, October 3, 2011

Lotus Desaru

Aisyah seronok main slide air ni.. Khadijah takut nak cuba.
Yang ini katanya best. Air dari tempurung kelapa mencurah. Saya tak cubapun.

Mandi kolam masa hari pertama. Kolam ini lain dari kolam water park kat atas tadi. Sakan mereka mandi kolam.

Khadijah seronok mandi di kolam cetek itu.

Inilah budak penakut nak main air kat waterpark. Kejap-kejap nangis.

Beberapa minggu lepas kami ke sini. Jauh perjalanannya, penatpun boleh tahanlah kan. Nama penuh resort ini ialah Lotus Desaru Beach Resort. Cantik tempatnya. Di belakang resort mestilah ada pantai tapi saya tak sempat pergipun. Sibuk melayan anak-anak mandi kolam je.

Thursday, September 15, 2011

Semasa cuti lepas

Tak tahu nak letak tajuk apa sebab macam-macam nak cerita sekaligus kat sini. Ya saya sudah mula tak rajin nak update blog. Kita crita lebih kepada gambar lah kan. Saya fokus pada anak-anak je lah. Blog ni saya rasa dah tak ramai followernya, sebab saya dah kurang menulis dan tiada bahan yang menarik untuk dikongsi. Saya tumpukan kepada perihal anak-anak kerana di sinilah tokki dengan nenek dan keluarga dapat lihat aktiviti mereka atau paling tidak melihat mendengar perkhabaran mereka. 
 
Di pagi hari raya pertama di Pasak, Kota Tinggi. Tiada gambar keluarga tahun ini. Tak sempat nak snap, boleh tak bagi alasan tu? hihi
Bersama sepupu dan mak pak sepupu mereka.
 
Ini acara mandi laut di Pantai Bukit Kluang,  Terengganu. Aisyah dan Khadijah bersama tokki mereka. Kalau tak silap ini di petang hari raya ke-5. Sehari sebelum itu dah pergi, Khadijah lah beria nak mandi laut. Tapi sebab tak prepare apa-apa dan tak de ramai penjaga, maka mereka tak dibenarkan mandi. Ramai sungguh orang mengambil kesempatan bercuti itu dengan mandi laut. Saya agak mereka juga anak perantau seperti kami yang balik kampung 3-4 kali sahaja setahun.
Tengok tu, siap baring dan posing lagi. Punyalah seronok kanak-kanak dapat mandi laut. Siap tangkap anak ketam lagi. Selain aisyah dan khadijah, anak-anak saudara lain seperti Muaz, Anas dan Fawwaz pun turut serta. Iya lah, mana nak cari pantai yang masih bersih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ini kan.
Lima orang cucu tokki. Ada lagi 2 tak ikut serta. Takpe, rumah mereka dekat sana juga, bila-bila je boleh pergi :)
Dan inilah sepupu saya yang melangsungkan perkahwinan tempohari. Tahniah Along dan suami. Moga bertabahlah menghadapi beberapa bulan lagi berjauhan.
Saya suka gambar ini. Walaupun tak semua ada, suami pun takde sebab dia sibuk membantu kenduri di luar rumah. Pada masa ini, pengantin sedang sibuk bergambar di pelamin, kami di tepi pelamin sempat bergambar juga. Bersama mak, abah, abang dan kakak ipar juga anak saudara Ammar.
Ini jelah foto bersama anak-anak. Memang malas sungguh nak bergambar. Harapkan kamera adik je lah. Kamera saya simpan dalam beg je.
Gambar penutup, kemalaangan di area Jabor. Dalam perjalanan kami balik ke Serdang. Lori balak ini terbalik dan merentangi jalan. Hanya sebelah je masih boleh dilalui.
  
Aisyah dan Khadijah.
Aisyah sekarang ini saya rasa boleh tahan jugalah perkembangan dia. Dah agak lancar membaca, juga lancar membaca buku 1a dan 1b Peter and Jane. Hehe baru 2 je pun, tengah mula buku 2a pula. Mengira pun not bad lah sebab kami enrolled kan dia ke kelas Kumon. Sekarang dah masuk worksheet 2A. Sebelum ini couunting up to 14 +3. Qiraati dia rasanya baru nak habis buku 2. Saya rasa cukuplah perkembangan itu dengan usia dia nak mencecah 5 tahun Disember ini. Banyak mengalah dengan adik dia, kalau kita larang dia buat sesuatu pun dia ikut. Tak banyak karenah sangatlah cuma bab nak bersiap pagi-pagi nak ke sekolah tu memang masih tak selesai. Kena psiko dulu baru lah laju. Bab solat pun dah kira ok. Dia dah hafal bacaan dalam solat semua, kalau ajak solat pun dia buat lah. Tapi, biasanya jika kat rumah, solat maghrib je lah dia buat. Isyak dengan Subuh memang tak serius suruhlah. Zuhur dengan Asar dia dah buat kat taski. Saya berterima kasih dengan Taski dia ni, banyak yang dia belajar dan dapat dari sana. Jadi, bila di rumah, kami tolong perkemaskan sahaja.

Khadijah pula masih dalam zon selesa dia. Suka ikut kepala dia je dan selalu kena marah dengan kami. Adoilah memang mencabar tau jaga dia ni. Sangat berbeza dengan si kakak. Walaupun dia kecil dan masih bahasakan diri 'adik', kami tetap juga strict dengan dia. Dia buat salah, kena marah juga. Dan dia suka buat-buat tak dengar kalau kita larang dia buat sesuatu, maka kenalah denda. Contohnya, lepas makan, kita cakap, 'khadijah jangan lalu tempat tu tau, nak lap dulu'. Tapi dia dengan selamba je lalu juga. Hampir setiap masa, boleh saya simpulkan, kalau tak pegang rotan, memang dia tak endahlah apa kita cakap. Habis psiko dah dengan dia ni. Betullah anak prem ni kuat semangat, sebab tu kami rasa dia ni tak heran pun kalau kena cubit sket ke, kena piap dengan rotan pun. Tapi, sebolehnya memang tak nak lah ajar dia begitu. Cuma berdoa agar biarlah habis fasa tantrum dia tu cepat-cepat.

Appoinment dengan paed, kilinik ENT hanya akan ada Januari tahun depan. Bulan 10 nanti appointment Klinik Mata. Suspen juga nak tahu power mata dia bertambah ke tak ni. Dalam beberapa bulan ini juga, dia takde demam teruk dan hanya kena selsema dan batuk sesekali je. Alhamdulillah perkembangan kesihatan yang baik. Berat dia saya rasa dah 13 kg. Khadijah ni 'cepat' juga dapat sesuatu. Sebab dia memang jenis yang suka memerhati dan ikut apa yang dilihat. Yang baik dan buruk pun ada sekali. Ini bila balik rumah, memang kena filter lah.Dia suka ikut kakak dia membaca atau bila kakak menulis atau buat latihan, dia pun sibuk sama. Tahun depan, insyaAllah nak hantar dia ke taski juga. Sekurang-kurangnya dia dapat belajar sesuatu di sekolah, belajar bergaul dan bersosial.

Tetiba rasa cepatnya anak-anak saya membesar. Dan kami tak sabar menunggu kehadiran yang nombor tiga pula. Moga dipermudahkan segalanya. Amin.

Selamat bercuti hujung minggu semua. Kami akan berada di Desaru.